Wednesday, 6 December 2017

My Craziestt Bae.

Assalammualaikum w.b.t.
Dear Blog,


Okey, today topic is about my bestfriend. Yupp, bestfriend topic.
Alaa... Budak-budak wechat selalu kata "Desc" (Describe) pasal apa yang tahu pasal personaliti dorang. Haaa, macam tu lah yang aku nak kongsi hari ini.

Nak cerita pasal siapa dulu.?

Ouhh cerita pasal Bae ku yang still be with me until today. 
Well her name is Nurul Ain Abdullah.

This girl, 
I met her since form 1 at SMK SILABUKAN . Tapi masa tingkatan 1 tu, kami berdua ni belum rapat lagi. Just kenal-kenal begitu jak. Hye-hye bye-bye gitu. Kawan dia masa tu, dorang-dorang c Azlan, Timiey, Vina, dan entah lagi siapa genknya tu. Tapi yang aku ingat tu lah antara kawan-kawannya.Aku waktu tu masa berkawan dengan dorang hamizah azlin, sakila dan banyak lagi la nama dorang yang aku lupa. Belum rapat sangat.

Masuk sahaja tingkatan 2, well.. still same. Hye-hye bye-bye punya cerita. Tak rapat lagi..
But when we in form 3. Aku tetiba rapat sudah sama dia. Entah macam mana cerita dia. Lupa sudah aku... Tapi yang aku masih ingat tu sebab EX dia dulu tu. Serius dia punya problem dengan That Guy got complicated. You know what, that guy cheated on her. He's got another girl. OMG!!! Tak sangka. Tapi yang buatkan keadaan dia bertambah teruk apabila girlfriend BARU lelaki tu satu sekolah dengan kami dan she is older than us?!?. Waktu tu aku dengan ain baru form 3 dan kakak tu tingkatan 5 sudah. Hahahaha. Budak tingkatan 2 ada gelfrengg lagi tua dari dia. Funny right.

Things got even worst....

Dia terpaksa menghadap 2 orang hamba Allah tu hari-hari di sekolah, terserempak dengan dua orang lagi ni be-dating. Jalan pulang pun sama-sama. Naaa.. Tak ka itu naiya namanya. Sandi!!
Ain ... Apa lagi... sedih la, sakit hati , kena kecam pun ada. 
Nangis sak kerja dia waktu tu. Hahaha.

Tapi, sebenarnya...
Ada hikmah juga dari kejadian itu. Kami mula rapat dari kawan biasa sahaja, akhirnya jadi Bestfrengg. Ini bermula apabila dia selalu berkongsi cerita, luahan hatinya, rasa marahnya, tangisannya di bahu ku pasal lelaki yang tidak berperi kemanusiaan itu. Dari waktu itulah aku dan dia memang segila macam orang gila. Hhahaha. 

Bila aku sedih, dia datang cheer me up again. Bila dia sedih, aku datang bantu dia gembira. Bila aku bosan dia datang buat aku ketawa dengan ceritanya. Bila aku lapar dan tak da duit mau beli makanan, dia bagi aku kongsi bekal makanannya dengan aku. Bila aku sakit di sekolah, dia lah yang paling risau, terutamanya bila aku selesema dan lupa bawa sapu tangan atau tisu. Bila aku belum siapkan nota, dia yang datang beri aku pinjamkan notanya. Sebab dia rajin buat nota. 

Fuhhh... To much.
There is soooo many things about her that make me Love her until these day. 

Aku dah boleh list apa lagi yang bagusnya tentang dia. Memori yang dia bagi sangat banyak untuk aku. Dan sangat bermakna.....

Kadang-kadang, aku tak suka dengan dia bila dia nangis dan berputus asa... Sebab bila dia begitu aku pun akan turut rasa mau menangis. Aku juga tak suka bila dia marah tak tentu pasal. Mulutnya ni juga kadang-kadang LASER juga. 
p/s:ingat ka lagi c dallek cakap kita bdua ni mulut laser?

Bila dia tak suka dengan benda tu, kena banyak bawa bersabarla ya. Mulutnya tu mengalahkan Pisau-pisau yang ada di dunia ni. Orang yang tak biasa sama dia, boleh jadi bgaduh ni. Hahahaha. Aku pernah juga bgaduh dengan dia ni. 
Bukan bgaduh sampai bertumbuk or tarik tudung bagai. Bukan laa. Gaduh tak blayan slama 3 hari gitu. Hahahah, lucu kan. At the end, salah seorang dari kami bdua akan minta maaf dulu. Tapi biasanya aku la yang mengaku kalah dulu . Hahahaha.
:P

Reality of friendship.

Banyak-banyak memori yang pernah berlaku, paling aku suka adalah waktu aku sambut birthday mu masa form 5 dulu di kelas. Semua genk PBB ada di situ. Kita sambut 3 orang sekali gus... waktu tu.
Birthday ain, vina dan juga aelang. Hahaha dak-dak paling tertua di kelas 5 Arif dulu.  
Yang buat aku lucu tu, bila aku sama timiey bertapuk menutup kek si ain. Hahaha... round-round c ain jalan di sekolah tu cari kami. Ermm.. aku cuba recall dulu kelas mana kami btapuk tu.???

tut tut tut tut ttt...

Okey Aku lupa. Hahahaha.

Ouh iya, aku ingat lagi c syadah sponser ayam goreng macik kantin tu lagi.Isam sama milin cuba distract dorang c ain sama c vina. Hahahaha.. Lucu bah XD.

But at the end, kami semua berkumpul... dalam kelas petang tu. Nyanyi birthday song untuk 3 orang hamba Allah yang dikasihi ni. Hahahaha. Ouhh iya. Sir K.A sempat lagi mnegur kami untuk jangan buatkan sepah lepas sambut birthday ni. hurmmmm..... Rindu dia Arwah...

Apa-apa pun, Moment tu memang aku tak boleh lupa. Waktu itulah persahabatan kami dalam genk PBB makin rapat. Sangat rapat........

sangat.

Sekarang..?

Semua sudah di haluan masing-masing. Ada yang nun jauh di Semenanjung, ada yang hilang tiba-tiba, ada yang jumpa kawan baru... dan yang masih kekal aku, ain ,vina dan dila ....

Eh!! Melalut sudah cerita ku ni tau . ahahaha. 

back too desc c ain.
Okey , c ain ni juga seorang yang cute, pendek, putih molek dan suaranya kicik-kicik bgitu. Bila marah, nauzubillah min zalik... Menyeramkan.. Hahaha
This girl also , really love make-up since last year tak silap. Suka selfie ala-ala model pun semenjak last year juga. Ain ni juga , kepala hotak dia ni bergeliga. Budak pandai siot. Balik-balik no 1. Pergghhh.... Tabek. But bila dia study di sekolah... jangan cuba kacau dia. Nescaya anda akan menjadi tikus mondok. Muahahaha.

Kuat bgaduh manja dengan ibunya, dan seorang yang sangat setia dengan kekasihnya. Sampai sekarang. Kan?? HAHAHA. MR L.
Dia ni juga, bila dah taksub dengan something , kau larang macam mana pun. Tak akan dia dengar oooo.

Kan ain?

Tapi sekarang ni, rasa gila-gila dengan dia ni makin kurang sudah. Dia lebih rapat dengan c atira sudahh. Macam c tira lebih kenal dengan dia lebih dari aku. Dan c tira lah tempat dia meluahkan rasa sakit hatinya.............

Well, aku bukannya syok pun dibawa berkawan. kan?
Aku kan kuat marah, kuat ambil hati bercerita pun kadang-kadang tak masuk ceritanya.. Membosankan.... Hahaha.. siapa lah mau berkawan dengan aku ni? Yang membosankan.

Derghh... hidup memang begini.
But anyway..
Biar pun kau ada kawan baharu yang boleh kau gelar sebagai Bae atau Bestie mu. Aku akan sentiasa di sisi mu sebagai penyokong mu dalam gelap sahaja .. 
Kau tetap kawan ku. Kau tetap Bae ku.

Aku faham... kau dah ada kawan baru. Kawan yang fahami perasaan mu. Tak mengapa lah. :)  aku just gembira untukmu.


Woaa woaa... dah kenapa aku ni..? Hahahaha. Okey lah. Tu je lah aku desc pasal c ain ni. 

Maafkan seandainya terdapat kesalahan yang aku buat dengan dia.
Apa-apa pun, goodluck k dalam menuju kejayaan mu. Aaaminn...

Thats all. 
Thanks..

xoxo atikah.



No comments:

Post a Comment

I dunno what title to make

Assalammualaikum Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun st...