F itriey, tolong jaga adab kau kali ini.
Abang nak berjumpa dengan “client”. Abang malaslah nak layan karenah kau ni.
Asyik-asyik menghilang. Balik tengah malam. Fitriey tu perempuan, bukan
lelaki.” Omel Aqimi sambil membetulkan tali lehernya.
“Blah blah blahh… Whatever. Fitriey dah besar lah. I know how to take care about myself. So don’t you worry about me. Alright?”
“Ah! Kau tu. Cakap tak serupa bikin. Abang balik pukul 9 malam. Kalau Sayang tak ada di sini. Siap! Pleaseeee lah Fitriey. Adik kesayangan abang ni oiii.. Jangan buat masalah. Untuk hari ini jerrr.”
“Okey…”
“Thanks. Be a good girl.” Aqimi memasang kasutnya lalu meninggalkan Fitriey sendiri di rumah yang besar ini.
“Fahrina, Tuan Aqimi nak jumpa cik sekarang.
Silakan masuk.” Pelawa setiausaha jelita itu kepada Fahrina yang duduk di
kerusi jati yang empuk itu. Fahrina dengan segera masuk ke dalam pejabat
tersebut. Ketika sahaja Fahrina masuk ke dalam pejabat itu, matanya melilau
melihat keindahan dan keunikan yang terdapat dalam reka bentuk bilik tersebut.
Sungguh unik baginya. Sebelum ini, belum pernah lagi dia melihat sebuah pejabat
yang secantik ini. Matanya melilau ke sini dan ke sana sehingga membuat dia
lupa Aqimi berada di hadapannya tertunggu-tunggu. Tanpa membuang masa, Aqimi
mengambil pen dan membuangnya tepat kepada kepala Fahrina.
“Ouchh!!!” Jerit Fahrina.
“Tau sakit?”
“Ouchh!!!” Jerit Fahrina.
“Tau sakit?”
Ishhh?!! Dia ni.. Tak boleh ke aku nak tengok sekejap keindahan bilik kau. Tu pun nak kedekut. Omel
Fahrina dalam hati.
“Apahal ni buang-buang pen segala. Sakit tau!”
“Amboi.. Tau sakit ye. Habis aku menunggu kau untuk duduk dan perkenalkan diri, tak pula kau
ingat?.” Gumam Aqimi.
Bukkkk!!! Kan dah kenaa.
Melihat keadaan itu dia kembali dalam dunia nyata semula, Fahrina segera meminta maaf kepada jejaka tersebut. Lalu memperkenalkan dirinya.
“Begini kah Bodyguard yang dikatakan hebat ? Wah! Wah! Dah lah lambat. Tak boleh kawal emosi. Sikit-sikit nak marah. Begini kah? “
Fahrina tersentak mendengar kata-kata Aqimi sebentar tadi. Hendak sahaja dia menambah perisa cili di mulut lelaki itu. Tak habis-habis dengan keangkuhannya dari hari pertama mereka bertemu. Rasa nak tumbuk jer muka dia ni.
“Mulai hari ini. Kau kena ingat Fahrina. Kau mesti ada di samping aku. Sebab kauu?????”
Belum sempat Fahrina menjawab. Aqimi melintas dahulu.
“Kau adalah bodyguard aku. Faham tak?! Aku tak nak dengar alasan yang keluar dari mulut kau. Bila waktunya serius aku akan serius. Aku tak suka orang yang ambil enteng bila aku sedang dalam mood serius. Apalagi dengan perempuan macam kau. Aku boleh buat apa saja yang aku nak.” Bentak Aqimi kepada Fahrina yang masih terdiam.
Monolog Fahrina dalam hati
“Eleh! Aku bagi kau makan high heels aku dulu . Tapi…..Kenapa aku jadi kaku ni..? Biasanya aku akan lawan bila orang tu dah melampau. Kenapaaa aku kaku niiii………?”
“Soo… Petang ni aku akan menghadiri event besar di Hotel Kainsley. Kau kena ikut sekali. Jelas?”
Hotel Kainsley?
Macam pernah dengar. Tapi kat mana?
“Baiklah.. Tu…”
“Sebelum tu, pakaian kau untuk jamuan malam ni, setiausaha aku akan sediakan untuk kau.Nanti aku ambil pukul 6.”
Sedang mata Fahrina ralit memerhati, pandangan Aqimi di sebelah sana bertembung dengannya. Renungan lelaki itu begitu lunak menatapnya membuatkan suasana di pejabat tesebut bertukar menjadi pegun secara tiba-tiba. Fahrina dengan segera melarikan ekor matanya ke arah lain. Namun jiwanya masih berdebar-debar apabila melihat jejaka yang berada di hadapannya itu.
Terasa setiap gerak-gerinya sedang diperhatikan lelaki itu. Nalurinya kuat menyuruh untuk dia melontar pandang sekali lagi ke arah Aqimi. Perlahan-lahan Fahrinah mengangkat anak matanya. Seperti ada satu kuasa magnet, menyebabkan kedua-duanya saling terpaku memandang antara satu sama lain.
“Ehem!” Aqimi mematikan lamunan mereka berdua.
“Baiklah Fahrina, awak boleh beredar sekarang. Ingat jangan terlupa.”Jelas Aqimi sekali lagi kepada Fahrina sebagai peringatan kali terakhir.
Fahrina bangun dan meminta untuk beredar. Bahang di mukanya masih lagi tidak hilang. Malu mengingatkan semula kejadian sebentar tadi dia segera keluar dan menuju ke dalam keretanya.
“Ya Allah...... Apa yang berlaku tadi tu?!? Biar betul??” Sekali lagi Fahrina teringatkan kisah itu. (Bersabarlaa duhai hati)
4 pm
“Cik Fahrina, ini pakaian awak. Boss suruh saya hantar awal sikit. Hehehe.” Pesan setiausaha Aqimi kepada Fahrina . Ibu Fahrina hanya mampu melihat apa yang terjadi di ruang tamunya. Apa tidaknya, tiba-tiba sahaja seorang wanita jelita datang ke rumahnya dan siap membawa baju untuk Fahrina lagi. Wah wah… Tak semena-mena.
“Terima kasih ya cik ……..” (Alamak nama dia siapa? )
“Panggil sahaja Zue. “ Balas setiausaha itu kepada Fahrina tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Ahh.. Terima kasih sekali lagi. Hehehe” (Adoiii bikin malu aku jak)
“Ermm, baiklah cik. Saya nak balik dulu, kerja kat office masih banyak lagi. Sebelum tu, jangan lupa jam 6 nanti. Pesanan Boss ;) ”
“Okey okey… Jangan risau. Pesanan BELIAU BELIAU akan ku ingat.”
“Baiklah.
Assalammualaikum.”
“Wa…”
“Wa…”
Puan Kasmirah
menjerit di dapurnya. “Fahrinaaaa! Kawan kau mau balik ka sudah? Aduii makcik
baru jak mau belanja minum. Marilah masuk dulu sekejap”
Fahrina dan Zue tergelak melihat karenah Puan Kasmirah seperti itu. Tapi Zue menolak pelawaan Puan Kasmirah itu dengan baik. Takut terkecil hati pula Puan Kasmirah.
“Tak mengapa puan. Saya nak cepat ni. Nanti kena marah pula oleh Boss”Pintanya dengan baik.
“Alaaa.. yeke?
Tak pe lain kali Sue.. EH! Salah. Zue datang pergi sini ya? Mak cik belanja .
Hahahaha”
“Amboii… Mama pandai pula berguaru.” Cebik Fahrina .
“Amboii… Mama pandai pula berguaru.” Cebik Fahrina .
“Ehh! Mestilah.
Mama kau ni nak masuk MLM tau”
Mendengar luahan hati ibunya seperti itu. Gelak tawa mereka bertiga menyelubungi rumah tersebut. Sebelum Zue pulang, sempat lagi dia mengingatkan pesanan Aqimi kepada Fahrina. Rasa muak mendengar pesanan itu pun ada.
6 PM
Cantik juga baju yang Zue pilih untuk aku. Puji Fahrina tak semena-mena kepada gadis setiausaha itu.
“Eh! Hampir lagi aku lupa tau. Call Wawa.”
“Wawa!”
“Yessss! Kau ni Fahrina! Telefon aku tak ada adab langsung. Suka betul main terjah orang. Ye kenapa? Kau dah kat mana ni? Misi hari ni mesti dijalankan juga.” Balas Wawa dengan bertubi-tubi kepada Fahrina yang baru sahaja siap memakai tudungnya. Lalu Fahrina memasang alat pendengar di telinga kanannya.
“Aku OTW dah ni. Tinggal tunggu Tuan Aqimi je ambil aku kat rumah ni. ”
“Okey, nanti kau
beritahu jak arahan seterusnya. Aku sedang memerhati ni sekarang.”
“Eh .. Japp.
Encik Jazrin dah approve ke?”
“Dah dah.. Yang
tu kau jangan risau. Everything dah settle.”
“Alright! Thanks
Wawa. Aku gerak sekarang”
Panggilan mereka berdua dimatikan.
BIPPPPPPP!!!!
Bunyi hon kereta Aqimi mengejutkan satu rumah Puan Kasmirah. Lalu Puan Kasmirah memanggil anak daranya itu untuk turun ke bawah.
“Fahrinaaa! Boss kau dah sampai tu.”Jerit Puan Kasmirah di ruang tamu.
“Ye yee.. Mama, Rin gerak dulu. Assalammualaikum”
“Waalaikumsalam. Hati-hati!”
“Baiklah”
………….
No comments:
Post a Comment