Saturday, 23 December 2017

MRS BODYGUARD MR VIP (Chapter 11)

            






Bab 11


ini, mereka berdua hanya mampu duduk diam sahaja di dalam kereta pacuan empat roda milik Aqimi itu. Masing-masing tidak mahu untuk mengutarakan apa yang terbuku dalam hati mereka. Fahrina cuba memberanikan dirinya untuk membuka tirai perbualan bagi memecahkan ruang sepi diantara mereka. Dia tahu yang, dia hanya ‘Bodyguard’ a.k.a pengawal kepada jejaka yang berada di sebelahnya dan Aqimi pula sebagai Boss . Kiranya antara majikan dan pekerja sahaja. Namun Fahrina benar-benar rasa janggal, Fahrina sudah tidak mampu berdiam diri, apalagi ketika dia sedang gemuruh.
Akhirnya, benteng sunyi diantara mereka berdua runtuh. Apa tidaknya, tiba-tiba sahaja si Fahrina memberi soalan cepumas kepada Aqimi sekali lagi.

“Tuan… Nak tanya, minyak wangi yang Tuan pakai ni.. Jenama apa?”

Kreekkkkkkkkk!!!!!

TEKANN BREKKKK TU BOSSSS!!!

Terkejut mendengar soalan itu Aqimi tiba-tiba hilang kawalan panduannya. Hampir sahaja mereka ini dilanggar oleh kereta lain. Fahrina pula, teriak seperti seorang isteri yang hendak melahirkan anak lagaknya apabila Aqimi menekan brek keretanya secara mengejut. Nasiblah mereka selamat dan nasib baik juga Aqimi dapat mengawal semula panduannya dengan pantas. Kalau tidak, Nahas lah cerita.

Aqimi terus memarahi Fahrina.

“Hoiii! Soalan apa yang kau tanya ni?!? Kau tau tak, soalan cepumas kau ni hampir buat kita berdua ni jadi ARWAH tau?!” Bentak Aqimi kepada Fahrina.

Fahrina sekali tertunduk takut dengan amarah Aqimi secara tiba-tiba itu. Tapi bila difikirkan balik, itu memang salahnya juga. Bertanyakan soalan cepumas seperti itu. Tapi (Eiiii banyak pula tapi-tapinya), dia hanya nak mulakan perbualan saja. Itu pun susah. Air mata Fahrina tidak tertahan dan terus mengalir keluar dari kelopak matanya satu per satu. Jiwanya tiba-tiba rasa remuk dan sakit sangat apabila dimarahi seperti itu. Entah kenapa, air matanya menitis. Hatinya kuat, kenapa boleh jadi seperti itu.

Suasana dalam kereta tersebut kembali sepi semula. Aqimi pula meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju. Ditolehnya sekejap gadis yang berada di sebelahnya itu, tedapat bekas-bekas air mata yang telah tumpah di pakaian Fahrina.

Dia menangis?
Bisik hati Aqimi.

Perasaan resah dan gelisah mulai menguasai dirinya. Sebelum ini dia tidak pernah melihat seorang gadis menangis kerananya. Kali terakhir dalam hidupnya melihat perempuan menangis adalh ketika adiknya Fitriey menangis melihat arwah ibu dan ayahnya. Aqimi tidak tenteram. Jiwanya mulai kacau. Dia tak mampu melihat gadis menangis. Tapi perasaan itu terus ditahannya selama mungkin, kerana dia tidak mahu kalah dengan ego.

Keadaan dalam kereta itu sangat sepi kembali. Kedua-dua mereka diam.

 Tiba di destinasi yang ingin dituju dan tepat pada waktunya. Mereka berdua keluar dari kereta tersebut. Aqimi memberikan kunci keretanya kepada penyambut tetamu di hadapan. Ditolehnya sekali lagi Fahrina, masih diam tidak terkutik. Mahu saja ditegurnya, tapi apabila melihat make-up gadis itu nampak luntur sedikit, dia menyelok poket belakangnya yang mempunyai tisu dan Aqimi meminjam sebentar pen yang ada di kaunter hadapan hotel tersebut.

Aqimi memanggil Fahrina yang sudah jauh meninggalkannya.

“Fahrina! Mari sini sekejap.”

Fahrina membalas panggilan itu dengan kesepian. Hatinya masih sakit. Sakit yang tidak tahu mengapa?. Aqimi berasa geram dengan perbuatan gadis di hadapannya itu, dijerit untuk datang ke dia dengan baik. Fahrina pula membalas dengan muka masam. Memang nak kena betul.

Aqimi mengejarnya dari belakang dan apabila berada di belakang Fahrina, dia terus memukul kepala Fahrina dengan telefon pintarnya. Fahrina terkejut dengan perbuatan BELIAU itu dan ingin sahaja dia memberi tumbukan sebagai tanda pembalasan. Bila dia meggerakkan tubuhnya ke belakang.
Fahrina tersentap apabila melihat ada sekeping tisu yang tertulis …


“Muka kau nampak L.E.S.U , dan Make-up kau pun dah Luntur. Gadis kuat mengelamun.”


Fahrina betul-betul terkejut melihat tisu yang dipegang kemas oleh Aqimi. Hatinya, menjerit suka. Mindanya, menjerit penipu. Dua-dua memberontak.  Namun dipadamnya perasaan itu dan terus mengambil tisu yang berada di tangan jejaka yang penuh dengan perangai misteri dan pelik itu, dengan pantas dia terus ke bilik air bersama tisu itu sekali. Aqimi hanya mampu tertawa kecil melihat gadis itu berperangai seperti keanak-anakan.

Hahaha… Kata bodyguard. Tapi perangai macam budak Ribena jer. Gelaknya.

Fahrina pula tidak mempedulikan jejaka pelik itu, tapi dia terus menuju ke bilik air . Sebenarnya tujuan dia bukan sekadar untuk memperbaiki make-upnya tapi dia ingin memberitahu Wawa yang dia sudah tiba di Hotel grand tersebut. Masuk sahaja ke dalam bilik air , dia terus mengunci pintu dan memasang alat pendengar di telinganya dan menghantar isyarat kepada Wawa yang dia dah sampai.

Selesai berbuat demikian, Fahrina keluar dari bilik air tersebut dan berpura-pura menghadap cermin dan mengoleskan lipstick dan mengenakan blusher yang berwarna pink di kedua-dua pipi yang tembam itu. Dilihatnya berkali-kali dan berpuas hati, Fahrina keluar dari bilik air itu dengan perasaan selamba.

Dalam masa yang sama.

Sewaktu Fahrina masih sibuk dalam bilik air itu, Aqimi merasakan seperti ada yang sedang mengekori dia. Namun cepat-cepat dia buang perasaan tidak baik itu. Beberapa minit telah berlalu, dia masih rasa ada seseorang sedang melihatnya. Tapi siapa? orang di lobi utama itu sudah tidak kelihatan lagi. Semuanya sudah mengambil tempat masing-masing untuk menyaksikan event mewah itu.

Hisyyy.. Perempuan ni di mana juga? Gumam Aqimi dalam hati.

Tiba-tiba, bahunya ditepuk dari belakang oleh seseorang. Aqimi cuba melihat siapakah gerangan itu. Tapi dia masih rasa sangsi dan berwaspada, takut orang yang menepuk bahunya adalah orang-orang jahat.

Dipandangnya  ke belakang….

“Woii! Apa pandang-pandang. Aku dah siap. Jom pergi.” Tegur Fahrina dengan nada sedikit ganas . Aqimi, berasa tenang kembali. Orang itu adalah Fahrina. Mujurlah.  Aqimi tersenyum kepada Fahrina secara tiba-tiba, menampakkan lesung pipit di sebelah pipi kanannya. Sekali lagi mengingatkan dia kepada seseorang, bahang di mukanya mula membara, pandangan antara mereka berdua saling bertaut. Keadaan yang sunyi di lobi itu, membuatkan hati Fahrina seolah-olah di dalam cerita hindi. Aqimi juga dalam keadaan itu.

Aqimi dalam hati…
   “Cantik juga perempuan ganas ni bila tengok dekat-dekat. Ayu dan dalam masa yang sama anggun”

Fahrina dalam hati…
   “Apa aku buat ni??? Kenapa aku rasa  macam dah jatu hati ni?!? Weiii bangun Fahrina!”

Ehem! Ehem! Suara seorang gadis datang dari hadapan mereka.
“Maaf mengganggu Encik dan Puan, Event Dato’ Syed Samsul dah nak mula.” Pelawa gadis itu tersipu-sipu.

Aqimi dan Fahrina tersentap dan mematikan lamunan drama hindi mereka dan terus meluru masuk dan mengambil tempat duduk.

……............................

Cisss tak guna! Bedebah betul perempuan tu. Suka hati dia je nak gagalkan racangan aku. Dia fikir dia siapa?!?
Sekujur tubuh yang berbaju hitam dan memakai mask yang mempunyai corak naga meninggalkan lobi itu.
………..........................

Aqimi dan Fahrina tidak duduk dalam meja yang sama. Fahrina nun jauh terpinggir di bahagian belakang. Aqimi pula berada di hadapan, di bahagian meja VIP. Dalam kesibukan Aqimi bercerita dengan para Dato yang bercerita hal-hal urus niaga dan bisness serta Datin-Datin yang sibuk bertanya kepada Aqimi jika berkenan atau dijodohkan dengan anak mereka. Fahrina menerima beberapa jpg (Gambar) yang dihantar oleh wawa kepada.

Memang benar tekaan Fahrina, seorang lelaki atau perempuan yang memakai pakaian serba hitam yang melanggarnya ketika dia baru keluar dari bilik air itu tidak sah lagi, orang yang mereka cari… dan … sudah pasti orang ini juga sedang memburu Tuan Aqimi. Kerana dia perasan lelaki itu sedang menunggu untuk menerkam mangsanya yang tertinggal sendirian. Mujur dia cepat. Kalau tidak hancur misinya.

Pesanan ringkas
………………….
-Wawa boleh tak guna hack CCTV dalam hotel ni? Aku nak cari siapa orang ni sebenarnya.
-Orait! Sekejap.
…………………


“Tuan-tuan dan Puan-puan serta hadirin sekalian, kini tibalah masanya untuk Dato’ Syed Samsul untuk memberi ucapan pada event yang penuh gilang-gemilang ini. Beri tepukan!” Pengacara majlis berkata.

Semua para hadirin yang berada di situ bertepuk tangan sebaik sahaja Dato’ Syed Samsul itu keluar dari belakang pentas. Dalam masa yang sama Aqimi tiba-tiba sahaja berdiri dan keluar dari tempat tersebut.

Fahrina pula masih sibuk meneliti gambar yang dihantar oleh Wawa. Walhal, orang yang mesti dijaganya telah keluar dari tempat yang riuh ini.


Pesanan ringkas
…...................
-Okey rin! Dah settle.
-Baiklah.
-Eh ! Kejap!  Fahrina keluar sekarangg!!!!!”
………….........


Fahrina terkejut melihat pesanan wawa seperti itu dan segera melihat keberadaan Aqimi. Aqimi sudah tidak kelihatan lagi. Fahrina mulai berasa cemas lalu dia meminta diri untuk keluar dan mencari Tuan Aqimi di Hotel besar ini.

“Hello?!? Wawa dengar tak?” Panggilnya dalam panggilan rahsia.
“Rina?! Baik kau ke tingkat 5 sekarang. Tuan Aqimi sedang diekori ni oleh orang yang kau nampak tu. Cepatttt?!!” Jawab Wawa berseloroh.

Fahrina segera memasukkan peluru ke dalam pistol yang di bawanya dan naik ke tingkat 5. Bila dia tiba di tingkat 5, satu bangunan tiba-tiba sahaja menjadi gelap gelita. Kedengaran jeritan manusia di dalam Hotel itu berlarian keluar kerana terkejut apabila lampu dipadamkan satu Hotel itu. Fahrina mula gusar. Di cuba memanggil Wawa dalam talian. Namun gagal! Tidak dapt disambungkan.

cisss! Tak guna.

Tuan Aqimi!!! Tuan kat mana?! Tuan Aqimi! Jeritnya di tingkat 5 itu. Setiap bilik di bahagian itu dibukanya dengan cermat. Hampir sejam dia mencari dan memanggil masih tidak berjawab. Tiba-tiba pembesar suara di tingkat tersebut berdesing. Bingit bunyi lalu bertukar menjadi suara manusia.

“Fahrina. Apa khabar? Lama kita bertemu?” seseorang sedang bercakap dengan nada yang agak garau. Fahrina menyuluh speakers kecil itu dan cuba menangkap dan mengecam pemilik suara itu.

“Kau siapa?! Dari mana kau tau nama aku?”

“Hahahahahaha. Nampaknya kau semakin lemah! Penglihatan kau dan pergerakan kau semakin Lemah! Perwatakan kau juga semakin ayu macam kucing! Hahahahahahah !!! LEMAH” Tawa suara misteri itu mengejek diri Fahrina.

Fahrina cuba mencari CCTV di kawasan itu. Tapi dia tidak menjumpainya, keadaan di situ sangat gelap dan Fahrina hanya berbekalkan lampu suluh yang tidak beberapa terang. Dia semakin bengang dengan pemilik suara itu.

“Apa yang kau nak hah?! Bedebah betul kau ni kan?!? Kalau berani keluar laaa!”
“Hahahahaha!  Mungkin lain kali aku akan keluar. Sebelum itu, aku nak ingatkan kau. Misi yang kau buat dulu telah banyak menyakitkan hati aku.! Semuanya kau sapu! Kau fikir aku akan lepaskan kau senang-senang sahaja.? Fahrina, kau kena ingat walaupun Aqimi tidak tahu kau ini adalah perisik yang menyamar sebagai “Bodyguard” sahaja, ingat dia orang penting untuk aku jadikan sebagai tikus putih. Hahahahhahahahaha” Sekali lagi suara garau itu berseloroh menceritakan kisah hidupnya lalu dia menyambung lagi,

“Tak mengapa. Kali ini aku lepaskan kau Fahrina. Dan ingat rahsia kau juga akan bocor. Kau dan Aqimi akan jadi Tikus putih aku. HAHAHAHAH!!!”

Booomm!!


Speakers itu meletup dan seluruh bangunan hidup kembali.
Fahrina semakin binggung. Misinya kini semakin rumit.

“Berani kau ugut aku?!!?!?!?! Arghhhhh!! keluar laaa pengecut.“ jeritnya.

Tiba-tiba, kedengaran satu suara memanggil namanya. FAHRINAA!
Fahrina menoleh ke belakang, dan panggilan itu adalah dari Aqimi. Dia segera menyembunyikan pistol yang berada di tangannya dan menuju kepada Aqimi.

“Tuan?! Tak apa-apa ke? Tuan okey?” Tanya Fahrina bertalu-talu.

 “Err..r.. Aku rasa aku okey.. Cuma kepala aku sakit sangat.” Jawab Aqimi tergagap-gagap lalu dia jatuh terkulai di lantai itu dengan keadaan tidak sedarkan diri. Fahrina menjadi cemas dan apabila dia cuba untuk mengangkat Aqimi, terdapat kesan darah di bajunya. Bila dia melihat kepada Aqimi, darah itu dari kepala Aqimi.

“Tuan!!!!!!!!!!”






“Wawa.. wawa.. wawaa! Hello waa…
TOLONGLAH JAWAB!”


…………………………

MRS BODYGUARD MR VIP (Chapter 10)

           






Bab 10


F itriey, tolong jaga adab kau kali ini. Abang nak berjumpa dengan “client”. Abang malaslah nak layan karenah kau ni. Asyik-asyik menghilang. Balik tengah malam. Fitriey tu perempuan, bukan lelaki.” Omel Aqimi sambil membetulkan tali lehernya.

“Blah blah blahh… Whatever. Fitriey dah besar lah. I know how to take care about myself. So don’t you worry about me. Alright?”

“Ah! Kau tu. Cakap tak serupa bikin. Abang balik pukul 9 malam. Kalau Sayang tak ada di sini. Siap! Pleaseeee lah Fitriey. Adik kesayangan abang ni oiii.. Jangan buat masalah. Untuk hari ini jerrr.”

“Okey…”

“Thanks. Be a good girl.” Aqimi memasang kasutnya lalu meninggalkan Fitriey sendiri di rumah yang besar ini.

“Fahrina, Tuan Aqimi nak jumpa cik sekarang. Silakan masuk.” Pelawa setiausaha jelita itu kepada Fahrina yang duduk di kerusi jati yang empuk itu. Fahrina dengan segera masuk ke dalam pejabat tersebut. Ketika sahaja Fahrina masuk ke dalam pejabat itu, matanya melilau melihat keindahan dan keunikan yang terdapat dalam reka bentuk bilik tersebut. Sungguh unik baginya. Sebelum ini, belum pernah lagi dia melihat sebuah pejabat yang secantik ini. Matanya melilau ke sini dan ke sana sehingga membuat dia lupa Aqimi berada di hadapannya tertunggu-tunggu. Tanpa membuang masa, Aqimi mengambil pen dan membuangnya tepat kepada kepala Fahrina.

“Ouchh!!!” Jerit Fahrina.
 “Tau sakit?”

Ishhh?!! Dia ni.. Tak boleh ke aku nak tengok sekejap keindahan bilik kau. Tu pun nak kedekut. Omel
Fahrina dalam hati.

“Apahal ni buang-buang pen segala. Sakit tau!”

“Amboi.. Tau sakit ye. Habis aku menunggu kau untuk duduk dan perkenalkan diri, tak pula kau
ingat?.” Gumam Aqimi.

Bukkkk!!! Kan dah kenaa.

Melihat keadaan itu dia kembali dalam dunia nyata semula, Fahrina segera meminta maaf kepada jejaka tersebut. Lalu memperkenalkan dirinya.

“Begini kah Bodyguard yang dikatakan hebat ? Wah! Wah! Dah lah lambat. Tak boleh kawal emosi. Sikit-sikit nak marah. Begini kah? “

Fahrina tersentak mendengar kata-kata Aqimi sebentar tadi. Hendak sahaja dia menambah perisa cili di mulut lelaki itu. Tak habis-habis dengan keangkuhannya dari hari pertama mereka bertemu. Rasa nak tumbuk jer muka dia ni.

“Mulai hari ini. Kau kena ingat Fahrina. Kau mesti ada di samping aku. Sebab kauu?????”

Belum sempat Fahrina menjawab. Aqimi melintas dahulu.

 “Kau adalah bodyguard aku. Faham tak?! Aku tak nak dengar alasan yang keluar dari mulut kau. Bila waktunya serius aku akan serius. Aku tak suka orang yang ambil enteng bila aku sedang dalam mood serius. Apalagi dengan perempuan macam kau. Aku boleh buat apa saja yang aku nak.” Bentak Aqimi  kepada Fahrina yang masih terdiam.

Monolog Fahrina dalam hati
“Eleh! Aku bagi kau makan high heels aku dulu . Tapi…..Kenapa aku jadi kaku ni..? Biasanya aku akan lawan bila orang tu dah melampau. Kenapaaa aku kaku niiii………?”

“Soo… Petang ni aku akan menghadiri event besar di Hotel Kainsley. Kau kena ikut sekali. Jelas?”
Hotel Kainsley? Macam pernah dengar. Tapi kat mana?

“Baiklah.. Tu…”

“Sebelum tu, pakaian kau untuk jamuan malam ni, setiausaha aku akan sediakan untuk kau.Nanti aku ambil pukul 6.”

Sedang mata Fahrina ralit memerhati, pandangan Aqimi di sebelah sana bertembung dengannya. Renungan lelaki itu begitu lunak menatapnya membuatkan suasana di pejabat tesebut bertukar menjadi pegun secara tiba-tiba. Fahrina dengan segera melarikan ekor matanya ke arah lain. Namun jiwanya masih berdebar-debar apabila melihat jejaka yang berada di hadapannya itu.

Terasa setiap gerak-gerinya sedang diperhatikan lelaki itu. Nalurinya kuat menyuruh untuk dia melontar pandang sekali lagi ke arah Aqimi. Perlahan-lahan Fahrinah mengangkat anak matanya. Seperti ada satu kuasa magnet, menyebabkan kedua-duanya saling terpaku memandang antara satu sama lain.

“Ehem!” Aqimi mematikan lamunan mereka berdua.

“Baiklah Fahrina, awak boleh beredar sekarang. Ingat jangan terlupa.”Jelas Aqimi sekali lagi kepada Fahrina sebagai peringatan kali terakhir.

Fahrina bangun dan meminta untuk beredar. Bahang di mukanya masih lagi tidak hilang. Malu mengingatkan semula kejadian sebentar tadi dia segera keluar dan menuju ke dalam keretanya.

“Ya Allah...... Apa yang berlaku tadi tu?!? Biar betul??” Sekali lagi Fahrina teringatkan kisah itu. (Bersabarlaa duhai hati)

4 pm

“Cik Fahrina, ini pakaian awak. Boss suruh saya hantar awal sikit. Hehehe.” Pesan setiausaha Aqimi kepada Fahrina . Ibu Fahrina hanya mampu melihat apa yang terjadi di ruang tamunya. Apa tidaknya, tiba-tiba sahaja seorang wanita jelita datang ke rumahnya dan siap membawa baju untuk Fahrina lagi. Wah wah… Tak semena-mena.

“Terima kasih ya cik ……..” (Alamak nama dia siapa? )

“Panggil sahaja Zue. “ Balas setiausaha itu kepada Fahrina tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Ahh.. Terima kasih sekali lagi. Hehehe” (Adoiii bikin malu aku jak)

“Ermm, baiklah cik. Saya nak balik dulu, kerja kat office masih banyak lagi. Sebelum tu, jangan lupa jam 6 nanti. Pesanan Boss ;) ”

“Okey okey… Jangan risau. Pesanan BELIAU BELIAU akan ku ingat.”
“Baiklah. Assalammualaikum.”
“Wa…”

Puan Kasmirah menjerit di dapurnya. “Fahrinaaaa! Kawan kau mau balik ka sudah? Aduii makcik baru jak mau belanja minum. Marilah masuk dulu sekejap”

Fahrina dan Zue tergelak melihat karenah Puan Kasmirah seperti itu. Tapi Zue menolak pelawaan Puan Kasmirah itu dengan baik. Takut terkecil hati pula Puan Kasmirah.

“Tak mengapa puan. Saya nak cepat ni. Nanti kena marah pula oleh Boss”Pintanya dengan baik.
“Alaaa.. yeke? Tak pe lain kali Sue.. EH! Salah. Zue datang pergi sini ya? Mak cik belanja . Hahahaha”
“Amboii… Mama pandai pula berguaru.” Cebik Fahrina .
“Ehh! Mestilah. Mama kau ni nak masuk MLM tau”

Mendengar luahan hati ibunya seperti itu. Gelak tawa mereka bertiga menyelubungi rumah tersebut. Sebelum Zue pulang, sempat lagi dia mengingatkan pesanan Aqimi kepada Fahrina. Rasa muak mendengar pesanan itu pun ada.


6 PM

Cantik juga baju yang Zue pilih untuk aku. Puji Fahrina tak semena-mena kepada gadis setiausaha itu.

“Eh! Hampir lagi aku lupa tau. Call Wawa.”

“Wawa!”

 “Yessss! Kau ni Fahrina! Telefon aku tak ada adab langsung. Suka betul main terjah orang. Ye kenapa? Kau dah kat mana ni? Misi hari ni mesti dijalankan juga.” Balas Wawa dengan bertubi-tubi kepada Fahrina yang baru sahaja siap memakai tudungnya. Lalu Fahrina memasang alat pendengar di telinga kanannya.

“Aku OTW dah ni. Tinggal tunggu Tuan Aqimi je ambil aku kat rumah ni. ”
“Okey, nanti kau beritahu jak arahan seterusnya. Aku sedang memerhati ni sekarang.”
“Eh .. Japp. Encik Jazrin dah approve ke?”
“Dah dah.. Yang tu kau jangan risau. Everything dah settle.”
“Alright! Thanks Wawa. Aku gerak sekarang”

Panggilan mereka berdua dimatikan.


 BIPPPPPPP!!!!

Bunyi hon kereta Aqimi mengejutkan satu rumah Puan Kasmirah. Lalu Puan Kasmirah memanggil anak daranya itu untuk turun ke bawah. 

“Fahrinaaa! Boss kau dah sampai tu.”Jerit Puan Kasmirah di ruang tamu.

“Ye yee.. Mama, Rin gerak dulu. Assalammualaikum”

“Waalaikumsalam. Hati-hati!”
“Baiklah”
………….

MRS BODYGUARD MR VIP (Chapter 9)

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. 
Syukur ke atas hadrat Ilahi
Kerana aku masih diberi nafas unutk hidup di atas muka bumi ALLAH SWT ini. Dan juga Allah juga masih beri aku peluang untuk menyambung semula cerita MRS BODYGUARD dan MR VIP ni. Berkat kepada Saudari Asnira, aku mula bersemangat semula untuk menyambung cerita ini. 

InshaAllah, seandainya masih diberi peluang. 
Mudah-mudahan cerita ini dapat ku buat sehingga ke penamatnya.

Well... Ini sekadar mukaddimah sahaja. Hahahaha.

Apa-apa pun hari ni, aku post 3 BAB dalam satu hari .
MRS BODYGUARD MR VIP dari bab 9 dan 11.

Ohh iya.. kepada yang belum atau sudah membaca cerita ini dari permulaan... Harap kamu baca lah Bab 1 tu sampai bab ini, sebab aku ada update sedikit cerita dalamnya tu.

Soo , 
That's it for today.
Hope you like my work...

Love from me..
Atikah.



SaAMBUNGAN.....






                                                                 




Bab 9




 K enapa aku harus diberi ‘’Task’’ begini. Sepatutnya tugas seperti ni patut diberikan dengan ‘’trainer’’ yang baru nak mulakan kerja. Bukannya aku.

Hmp! Dah lah malas nak fikir, Just focus on my duty tomorrow. Tidur lagi bagus.
Ucap Fahrina dalam hatinya yang masih tidak mampu menerima keadaan yang telah berlaku. Apatah lagi dia harus menjadi ‘’BodyGuard” kepada jejaka misteri itu, kata-kata Ketuanya Encik Jazrin masih lagi ter-ngiang-ngiang dalam kotak fikirannya. Andai sahaja dia mampu untuk mem “Format” keseluruhan memori yang ada dalam fikirannya sudah tentu dia segera melakukannya. Tetapi malang, manusia tidak mempunyai suis untuk memadam memori.
          Walaupun Fahrina masih lagi dalam keadaan agak merunsingkan, dia sempat berfikir. Apa makna yang tersirat dalam semua ini. Malah kenapa dia harus berjumpa dan lebih teruk menjadi ‘’BodyGuard’’ dengan lelaki ini. Dia dapat rasakan seolah-olah misi ini akan menjadi lagi teruk lepas ini.
             ketika Fahrina cuba untuk melelapkan matanya yang kuyu itu. Kedengaran telefon bimbitnya sedang menyanyi-nyanyi di atas rak buku yang mempunyai pelbagai jenis novel yang berkaitan dengan ‘’fiction’’ dan ‘’non-fiction’’.
           “urgh! Siapa lagi call aku tengah malam macam ni…?” katanya sambil mengambil telefon bimbitnya itu lalu menyambut panggilan tersebut.
   
  Nombor ‘’Private’’ ?
Peduli la.. Malas nak layan.
Matanya sudah tidak mampu bertahan lagi dan Fahrina menukarkan mod “Sound” pada telefon pintar itu kepada mod “Silent”.
Dia tidak mahu di ganggu buat sementara waktu ini.

    Aku hanya nak ketenangan…
    Aku nak lupakan ….
    Lupakan… se…mua
memori aku dengan d……..

Akhirnya Fahrina kalah dalam buaian mimpi dan kata-katanya tidak mampu dia ucapkan lagi. Hatinya sudah cukup terluka.
   AKU nak minta tolong dengan kau boleh…?
    Tolong apa?
    Aku sebenarnya dah jatuh hati dengan….



BIPP! BIP!!! BIP!!



     Ohhhh mak kau!!! Apa dah jadi? Ya Allah… aku bermimpi rupanya.
Baik aku bangun, sekarang dah pukul berapa ye.?

     Gadis itu bingkas bangun dari tempat beradunya dengan wajah yang sedikit lesu. Dia mengambil jam loceng yang berada di tepinya dan melihat waktu yang tertera pada skrin jam loceng digital itu.

      Ya Allah! Aku dah lambat!!!
      Baik aku cepat siappp. Alamakkk!!
  
     Fahrina dengan segeranya pergi ke bilik mandi dan usai sahaja dia menyegarkan badan Fahrina cepat-cepat memakai pakaian yang agak sedikit lusuh dan mengenakan selendang yang mempunyai corak bunga yang bewarna biru muda.
Walaupun ringkas tapi masih lagi cantik dan bergaya.
    Sewaktu Ibu Fahrina hendak memanggilnya untuk bersarapan bersamanya Fahrina secara tiba-tiba memeluk dan mencium tangan Puan Kasmirah dengan penuh kasih sayang lalu meminta restu untuk pergi ke tempat kerja. Puan Kasmirah hanya mampu melihat insiden itu dengan wajahnya berkerut-kerut.

    Apa dah nak jadi dengan anak aku ni…. hmmmm, kalau macam ni siapa lah lelaki nak kan anak aku ni.. Fahrina… Fahrina..  kata puan Kasmirah dalam hatinya.
        Setibanya Fahrina di tempat yang hendak dituju, jiwanya masih tidak tenteram dan hatinya juga menyatakan bakal akan ada sesuatu yang berlaku. Namun Fahrina cepat-cepat memadamkan perasaan tidak baik itu. Lalu Fahrina membuka pintu kereta dan membawa beberapa fail penting untuk diberikan kepada ketuanya yang baru.
        Apabila Fahrina membuka sahaja pintu yang amat besar, Fahrina tergamam melihat keluasan tempat tersebut amat luas dan besar. Siap dengan penghawa dingin di setiap penjuru. Ketika Fahrina sedang leka melihat kawasan tempat kerjanya yang baru ini tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang. Terkejut Fahrina dibuatnya dan melihat siapakah gerangan yang menepuk bahunya.

        Awakkk?! Jerit Fahrina dan serta merta dewan yang besar itu bergema.

      “Hai Fahrina. Tak sangka dapat jumpa awak kat sini.. Awak buat apa kat sini???” Tanya Zaidan kepada Fahrina, tetapi pertanyaan Zaidan dibiarkan menyepi begitu sahaja kerana terkejut melihat lelaki ini.

      “Fahrina? Fah.. Ri.. Na???
     “Ouhh ya.. ya… saya kat sini ada hal nak jumpa dengan Boss awak.” jelas Fahrina.
     “Ouh macam tu…. Saya ingatkan awak nak berjumpa dengan saya… HEHEHE”

Fahrina mengeluh.
    
    “Tak ada masa nak jumpa kau. ok lah bai.”
    “Eh! Fahrina tunggu lah jap.”
    Zaidan kamu jangan ganggu dia! Ucap ketuanya.

Urghhh… Nasib baik boss dia ni backup aku.. Syukur… Kalau tak memang jenuh aku melayan dia..
  
   “Baik Guru!”
  
   Guru??? hahaha lucu sangat.!


THROWBACK.

Sebaik sahaja tiba di hadapan muka pintu tempat kerjanya, hatinya berasa berdebar sakan. Berdegup dengan pantas sedangkan dia naik bukannya menggunakan tangga, tetapi  menggunakan lif. Pelik

      Selepas sahaja membaca Bismillah dan selawat ke atas Nabi, diia akhirnya memberanikan diri untuk membuka pintu dan seperti biasa, tiada perbezaan dan perubahan yang berlaku.

     “Good morning Rina! ‘’ Wawa menyapanya dari belakang secara mengejut.

   Astagfirullahalazim! Budak ni tau! Latah Fahrina secara perlahan kerana terkejut dek perbuatan Wawa sebentar tadi.
      “Ya morning… Ermm Boss kita ada kat bilik dia ke?” balas Fahrina seperti ketakutan bagaikan seekor tikus yang bakal terperangkap dengan kesedapan bau keju.
    ‘’Yupp dia dah ada kat dalam pejabat tu. Awal pagi lagi dia dah sampai.. Ko ni dah kenapa , muka macam baru habis gaduh je ko ni. Kenapa wei?!”

    “Nantilah aku cerita. Bai” sambung Fahrina ringkas.
  
Pelik benar semua orang hari ni tau.. hmmmm.. Wawa bermonolog sendiri.
     Fahrina mengetuk pintu pejabat Encik Jazrin sambil dalam hatinya dia tak berhenti-henti berdoa agar tugasan yang bakal diberikan kepadanya lebih baik berbanding sebelum ini.
  
      “Masuk!” ucap Encik Jazrin padanya.
      Fahrina memasukinya pejabat yang agak sedikit gelap dan segera memberi hormat dan salam kepada Ketuanya yang garang itu.

       “Waalaikumsalam..Duduk.”
       “Terima kasih Tuan…” hatinya berdebar-debar.
       “Sarjan Fahrina. Dah sedia untuk menerima tugas baru kamu.?” tanya Encik jazrin sambil membelek-belek fail yang berkulit kuning itu.
        “Sedia Tuan.”
       “Buka fail yang bewarna puith itu.”
      
 Lalu Fahrina membuka fail yang berhadapan dengannya itu, dan perkara yang paling pertama yang dia terlihat adalah gambar berukuran passport itu ialah jejaka yang dia terserempak temph hari di Pantai dan ketika dia diajak sekali untuk makan tengah hari di hotel 5 bintang! Sekali lagi dia rasa amat geram apabila melihat lelaki ini.

Mengapa dia lagi yang aku jumpa?!
dan kenapa misi ni ada kena mengena dengan orang ni?!!

Tak mungkin! Ni semua mimpi aku je..

    “Fahrina?!!” Bentak Encik Jazrin.
    “Ya Tuan.”
     “Ko ni dah kenapa huh?! Awak kenal dia ke?” Sambungnya lagi.
  “Err..err… Tak kenal Tuan!” jawab Fahrina tergagap-gagap.
   “Ouhh… Okey back to the main point.”

Diam seketika.

   “Tugasan yang baru ini berkaitan dengan lelaki yang ada dalam gambar tersebut. Saya nak kamu jadi teman baiknya. Macam kira ‘’Bodyguard” dia.”

Mulut Fahrina terlopong luas.
   
   “Jadi ‘’bodyguard dia?! Tuan … Tuan tak kan nak gurau dengan saya… Tuan??” sambung Fahrina yang masih lagi terkejut mendengar arahan lelaki yang berumur kira-kira 50an lebih itu.
   “Saya tak main-main. Dalam misi kali ni kamu hanya jadi ‘’BodyGuard” dia. Mulai esok kamu kena berada di cawangan lain di mana kamu akan di latih untuk menjadi seorang bodyguard dan nama kamu telah saya masukkan dalam system. Nanti kamu boleh lah cek lepas ni.” jelas Encik Jazrin panjang lebar kepada Fahrina yang masih lagi terlopong melihat gambar yang berada di tangannya tika ini.

“dan, terlupa pula.  Kamu dah secara sah menjadi Pembantu peribadinya. Kamu akan lindungi dia.! Faham!”

     Lalu Fahrina mencelah.
     “Tuan! Kenapa saya diberikan tugas seperti ini. Ini semua tak masuk akal?! Kenapa saya yang perlu jadi ‘’Bodyguard” dia pula??”
      “Awak nak tahu kenapa? Sebab dia tu antara orang yang amat penting dan merupakan Aset utama kita dalam misi kali ini. So , kali ini jangan rosakkan lagi misi ini kalau awak nak teruskan berada dalam cawangan ni. Faham!” Jawabnya ringkas.

     “Hmmmm faham tuan” jawabnya sambil mengeluh.
  
    “ Awak boleh keluar. “


    Fahrina menghala keluar daripada pejabat Encik Jazrin dan menuju ke bilik kerjanya. Segala peralatan dan fail-fail dia kemaskan dan diletakkan ke dalam kotak dan dalam dia sibuk melakukan kerja tersebut Wawa ternampaknya. Tanpa membuang masa Wawa masuk ke dalam bilik Fahrina dan menegurnya.

      “Assalammualaikum Rin! .. Buat apa tu? Kenapa kau kemas barang-barang kau ni.? Nak pindah mana???” Tanya Wawa bertubi-tubi. dan dengan selamba Fahrina membalasnya.
      “Waalaikumsalam. Aku dah kena transfer ke tempat lain”
      “Hah?! Transfer? Transfer kat mana Rina?! Jangan lah bergurau.”
      “Ya betul! Aku dah kena transfer dan kat mana saya tak boleh beritahu kau wa… Boss kita kata ini SULIT!”
    
      Tapi…
     “Sorry wa… aku tak boleh bagitahu kau. Nanti ada masa baru aku bagitahu ok”
     “Anyway jaga diri kau ya Rin. Aku doakan kau sentiasa selamat okey.”
    “Ya… Doakan aku ya Wa… Okey lah aku dah nak gerak. See you okey”
    “Okey ya.. Take care….” jawab Wawa kepada Fahrina.
   
     Akhirnya Fahrina bersama kotaknya yang penuh dengan barang kepunyaannya melangkah keluar dari biliknya dan terus menuju keluar. Wawa hanya mampu melihat kepergiannya.

Tak sangka…

  
…….

(P/S sorryla mengelirukan anda. Membaca pun tunggang tabalik)

“Jadi Fahfina …”
 ‘’Errr, maaf mencelah tuan. Bukan Fahfina, tapi Fahrina.”
“Oh! Maafkan saya Fahrina. Jadi awak dah baca semua dokumen-dokumen penting yang Encik Jazrin beri pada awak dulu?”
“Dah tuan.”
“Dan… Memang tak ada bantahan lah ni kan?”
Fahrina mula berasa hairan. Mengapa pula ketua yang berada di hadapanya ini berkata sedemikian. Sedangkan dia memang sudah diberitahu oleh Encik Jazrin yang Fahrina akan berkerja di cawangan ini sehingga selesai tugasnya. Nyanyuk barangkali?
“Err… Tak  ada tuan.” Balas Fahrina ringkas sahaja.
“Baiklah. Segala keperluan yang awak nak ataupun apa sahaja dalam pejabat ini tanya dengan jejaka ini. Zaidan .. Nama glamour dia Zizi.”
Tiba-tiba pintu bilik ketuanya yang baru itu dibuka dan Fahrina melihat sekujur tubuh yang dikenali olehnya. Zaidan masuk ke dalam bilik tersebut sambil menayangkan baris giginya yang lengkap serta berseri putih. (Nak buat iklan gigi ke apa?) Zaidan segera menghulurkan tangannya kepada Fahrina tanda salam perkenalan yang buat kali kedua buatnya. Namun, dengan segera tangan Zaidan ditepis oleh Encik Arshad (ketua mereka) .
 “Oii, zizi bukan mahram kau!”
Zaidan segera berbuat-buat macho, membuat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Walhal si Fahrina hanya duduk menahan tawanya apabila melihat insiden sebentar tadi.
“Saya Zaidan. Nice to meet you” Ucap Zaidan kepada Fahrina sambil menundukkan sedikit kepalanya sebagai tanda hormat kepada Fahrina.
“Heh? Tak payah mau guna “saya” . Kau orang Sabah, cakap jak lah macam orang sabah. Bah” Balas Fahrina kepada Zaidan.
“Hahaha… Sorry la, aku dah terbiasa cakap macam tu dengan orang yang secantik awak ni.”
 Tiba-tiba Encik Arshad mencelah. “Dah dah! Jangan nak bergaduh dalam office aku. Kalau nak bergaduh ka? Apa ke? Dekat luar pejabat. Zizi kamu bawa dia pusing-pusing tempat ini dulu dan lepas tu bawa dia ke pejabat dia. Faham?!?”
“B..be..baiklah Tuan”
“Fahrina…..”
“Yupp?”
“Lepas dah susun semua barang awak. Awak boleh balik dan berehat . Esok sahaja lah kamu mula kerja. Jelas?”
Fahrina hanya mengangguk faham.

   Sepanjang hari tersebut, Fahrina hanya mendengar segala bebelan yang keluar dari mulut lelaki itu. Mendengar ayat-ayat manis bak wayang P.Ramlee pun ada. Ingin sahaja si Fahrina ini menghempaskan dirinya ke diding. Apa tidaknya, penat melayan karenah rakannya ini.
    Selesai sahaja sesi suai kenal dengan rakan sepejabatnya yang baru. Kini barulah dia dapat memanjakan dirinya dengan kelembutan katil di biliknya.
“Hurgghh….. Penatnya hari niiii…..” Fahrina mengeluh.
“Esok, kena jumpa bakal orang penting. Si Aqimi tu. Erghh.. Bolehkah dalam sehari aku tak nak jumpa dengan dia. Malas! Baik aku tidur.”
Tapi…. Mungkin kah ada maksud dalam semua ini? Siapa tahu?









Wednesday, 6 December 2017

My Craziestt Bae.

Assalammualaikum w.b.t.
Dear Blog,


Okey, today topic is about my bestfriend. Yupp, bestfriend topic.
Alaa... Budak-budak wechat selalu kata "Desc" (Describe) pasal apa yang tahu pasal personaliti dorang. Haaa, macam tu lah yang aku nak kongsi hari ini.

Nak cerita pasal siapa dulu.?

Ouhh cerita pasal Bae ku yang still be with me until today. 
Well her name is Nurul Ain Abdullah.

This girl, 
I met her since form 1 at SMK SILABUKAN . Tapi masa tingkatan 1 tu, kami berdua ni belum rapat lagi. Just kenal-kenal begitu jak. Hye-hye bye-bye gitu. Kawan dia masa tu, dorang-dorang c Azlan, Timiey, Vina, dan entah lagi siapa genknya tu. Tapi yang aku ingat tu lah antara kawan-kawannya.Aku waktu tu masa berkawan dengan dorang hamizah azlin, sakila dan banyak lagi la nama dorang yang aku lupa. Belum rapat sangat.

Masuk sahaja tingkatan 2, well.. still same. Hye-hye bye-bye punya cerita. Tak rapat lagi..
But when we in form 3. Aku tetiba rapat sudah sama dia. Entah macam mana cerita dia. Lupa sudah aku... Tapi yang aku masih ingat tu sebab EX dia dulu tu. Serius dia punya problem dengan That Guy got complicated. You know what, that guy cheated on her. He's got another girl. OMG!!! Tak sangka. Tapi yang buatkan keadaan dia bertambah teruk apabila girlfriend BARU lelaki tu satu sekolah dengan kami dan she is older than us?!?. Waktu tu aku dengan ain baru form 3 dan kakak tu tingkatan 5 sudah. Hahahaha. Budak tingkatan 2 ada gelfrengg lagi tua dari dia. Funny right.

Things got even worst....

Dia terpaksa menghadap 2 orang hamba Allah tu hari-hari di sekolah, terserempak dengan dua orang lagi ni be-dating. Jalan pulang pun sama-sama. Naaa.. Tak ka itu naiya namanya. Sandi!!
Ain ... Apa lagi... sedih la, sakit hati , kena kecam pun ada. 
Nangis sak kerja dia waktu tu. Hahaha.

Tapi, sebenarnya...
Ada hikmah juga dari kejadian itu. Kami mula rapat dari kawan biasa sahaja, akhirnya jadi Bestfrengg. Ini bermula apabila dia selalu berkongsi cerita, luahan hatinya, rasa marahnya, tangisannya di bahu ku pasal lelaki yang tidak berperi kemanusiaan itu. Dari waktu itulah aku dan dia memang segila macam orang gila. Hhahaha. 

Bila aku sedih, dia datang cheer me up again. Bila dia sedih, aku datang bantu dia gembira. Bila aku bosan dia datang buat aku ketawa dengan ceritanya. Bila aku lapar dan tak da duit mau beli makanan, dia bagi aku kongsi bekal makanannya dengan aku. Bila aku sakit di sekolah, dia lah yang paling risau, terutamanya bila aku selesema dan lupa bawa sapu tangan atau tisu. Bila aku belum siapkan nota, dia yang datang beri aku pinjamkan notanya. Sebab dia rajin buat nota. 

Fuhhh... To much.
There is soooo many things about her that make me Love her until these day. 

Aku dah boleh list apa lagi yang bagusnya tentang dia. Memori yang dia bagi sangat banyak untuk aku. Dan sangat bermakna.....

Kadang-kadang, aku tak suka dengan dia bila dia nangis dan berputus asa... Sebab bila dia begitu aku pun akan turut rasa mau menangis. Aku juga tak suka bila dia marah tak tentu pasal. Mulutnya ni juga kadang-kadang LASER juga. 
p/s:ingat ka lagi c dallek cakap kita bdua ni mulut laser?

Bila dia tak suka dengan benda tu, kena banyak bawa bersabarla ya. Mulutnya tu mengalahkan Pisau-pisau yang ada di dunia ni. Orang yang tak biasa sama dia, boleh jadi bgaduh ni. Hahahaha. Aku pernah juga bgaduh dengan dia ni. 
Bukan bgaduh sampai bertumbuk or tarik tudung bagai. Bukan laa. Gaduh tak blayan slama 3 hari gitu. Hahahah, lucu kan. At the end, salah seorang dari kami bdua akan minta maaf dulu. Tapi biasanya aku la yang mengaku kalah dulu . Hahahaha.
:P

Reality of friendship.

Banyak-banyak memori yang pernah berlaku, paling aku suka adalah waktu aku sambut birthday mu masa form 5 dulu di kelas. Semua genk PBB ada di situ. Kita sambut 3 orang sekali gus... waktu tu.
Birthday ain, vina dan juga aelang. Hahaha dak-dak paling tertua di kelas 5 Arif dulu.  
Yang buat aku lucu tu, bila aku sama timiey bertapuk menutup kek si ain. Hahaha... round-round c ain jalan di sekolah tu cari kami. Ermm.. aku cuba recall dulu kelas mana kami btapuk tu.???

tut tut tut tut ttt...

Okey Aku lupa. Hahahaha.

Ouh iya, aku ingat lagi c syadah sponser ayam goreng macik kantin tu lagi.Isam sama milin cuba distract dorang c ain sama c vina. Hahahaha.. Lucu bah XD.

But at the end, kami semua berkumpul... dalam kelas petang tu. Nyanyi birthday song untuk 3 orang hamba Allah yang dikasihi ni. Hahahaha. Ouhh iya. Sir K.A sempat lagi mnegur kami untuk jangan buatkan sepah lepas sambut birthday ni. hurmmmm..... Rindu dia Arwah...

Apa-apa pun, Moment tu memang aku tak boleh lupa. Waktu itulah persahabatan kami dalam genk PBB makin rapat. Sangat rapat........

sangat.

Sekarang..?

Semua sudah di haluan masing-masing. Ada yang nun jauh di Semenanjung, ada yang hilang tiba-tiba, ada yang jumpa kawan baru... dan yang masih kekal aku, ain ,vina dan dila ....

Eh!! Melalut sudah cerita ku ni tau . ahahaha. 

back too desc c ain.
Okey , c ain ni juga seorang yang cute, pendek, putih molek dan suaranya kicik-kicik bgitu. Bila marah, nauzubillah min zalik... Menyeramkan.. Hahaha
This girl also , really love make-up since last year tak silap. Suka selfie ala-ala model pun semenjak last year juga. Ain ni juga , kepala hotak dia ni bergeliga. Budak pandai siot. Balik-balik no 1. Pergghhh.... Tabek. But bila dia study di sekolah... jangan cuba kacau dia. Nescaya anda akan menjadi tikus mondok. Muahahaha.

Kuat bgaduh manja dengan ibunya, dan seorang yang sangat setia dengan kekasihnya. Sampai sekarang. Kan?? HAHAHA. MR L.
Dia ni juga, bila dah taksub dengan something , kau larang macam mana pun. Tak akan dia dengar oooo.

Kan ain?

Tapi sekarang ni, rasa gila-gila dengan dia ni makin kurang sudah. Dia lebih rapat dengan c atira sudahh. Macam c tira lebih kenal dengan dia lebih dari aku. Dan c tira lah tempat dia meluahkan rasa sakit hatinya.............

Well, aku bukannya syok pun dibawa berkawan. kan?
Aku kan kuat marah, kuat ambil hati bercerita pun kadang-kadang tak masuk ceritanya.. Membosankan.... Hahaha.. siapa lah mau berkawan dengan aku ni? Yang membosankan.

Derghh... hidup memang begini.
But anyway..
Biar pun kau ada kawan baharu yang boleh kau gelar sebagai Bae atau Bestie mu. Aku akan sentiasa di sisi mu sebagai penyokong mu dalam gelap sahaja .. 
Kau tetap kawan ku. Kau tetap Bae ku.

Aku faham... kau dah ada kawan baru. Kawan yang fahami perasaan mu. Tak mengapa lah. :)  aku just gembira untukmu.


Woaa woaa... dah kenapa aku ni..? Hahahaha. Okey lah. Tu je lah aku desc pasal c ain ni. 

Maafkan seandainya terdapat kesalahan yang aku buat dengan dia.
Apa-apa pun, goodluck k dalam menuju kejayaan mu. Aaaminn...

Thats all. 
Thanks..

xoxo atikah.



Tuesday, 5 December 2017

Luahan Hati diri (Mungkin?)

Assalammualaikum w.b.t




Dear Blog.

It is been a while that i didn't post anything in this blog...

Boleh kata dah penuh sarang labah-labah kot blog ni. But anyway, terdetik di hati kecil ku ni nak berkongsi cerita sepanjang bulan ni dan juga bulan-bulan yang lepas.

Banyak benda yang berlaku di sekeliling ku ni. Terutamanya, MASA! Tak sangkanya tahun depan aku akan menjadi pelajar tingkatan 6 atas yaa. Level UP  sudah. Tak sangka! Tapi kan, entah lah macam banyak yang akan pindah dari SMK AGASEH tu. Dengar-dengar khabar ada yang akan berpindah ke POLITEKNIK, UiTM, dan kolej tak tau apa nama dia.
Hurmm...
Makin berkurangan sudah pelajar dalam kelas 6UPM ni nanti. Tak akan meriah seperti yang dulu lagi lah kot.?

sedihnyaaaa TT^TT

Yaa..
Memang benar tingkatan 6 ni bukan senang macam masa tingkatan 5 dulu. Memang tak.
Boleh katakan antara exam yang paling susah laa. Tapi nak kata apa lagi. Kami .... especially for me. Dah memang tak ada choice sudah. Itu sahaja pilihan yang terbuka untuk kami.

Bukan nak kata kami semua ni tak dapat Tawaran sambung belajar ke Uni atau Kolej. Kami semua dapat. Namun, kami masing-masing ada alasan dan halangan yang tersendiri yang buat kami stay di tingkatan 6. Tetapi ada juga yang stay belajar di tingkatan 6 ni yang memang dikatakan tegar dan memang Mau la untuk menghadapi cabaran yang begitu menggemparkan ini.

Well that is for them...

But others?
Dorang stay untuk tahun ni untuk lihat diri mereka adakah mereka boleh bertahan dan berpegang teguh dengan tingkatan 6? lepas tu? Tak boleh bawa.... Berhenti?

Begitu kah.?

Aku memang tak boleh jawab soalan ini juga. Sebab kenapa? Aku pun sedang mengalami benda yang sama.


Apa kan daya, aku sudah memang tak boleh ke mana-mana. Family ku memang nak aku stay dekat Lahad Datu ni. Aku pun sudah tetapkan niat untuk belajar di sini sampai ke penamat.
Tapi yang buat hati ku menjadi gusar sekarang ni, tahun depan silibus untuk sejarah tingkatan 6 rendah akan diubah sudah. Bukan lagi Sejarah Dunia. Entah apa yang akan ditukar oleh MPM kali ini. Cuba bayangkan kalau kami mengulang sejarah untuk penggal 1. Pelajarannya sudah tidak sama seperti kami dahulu. Ianya sudah berbeza dan yang paling menyedihkan .....

Pelajar yang akan mngulang ni nanti , terpaksa mengulang kaji sendiri. Tak apa lah kalau tahun depan tu silibus dia masih sama. Tapi ini, bertukar sudah, naaa. Tak ka itu menyakitkan.? Dah lah mau fokus untuk p2 dan p3. Ya Allah.. serabut gila.


Fuhhh...

Itulah kegusaran yang aku hadapi sekarang ni plus itu jugalah luahan hatiku ini pada tika ini.

Ermm... mudah-mudah je lah semua perkara Allah bantu permudahkannya.
InshAllah.

But...
Sebagai langkah berjaga-jaga agar aku ni tidak akan gila/histeria akibat mengambil exam tingkatan 6 ni. Aku ada buat satu lagi PLAN B.
PLAN B ni, sebenarnya SPAi8. Aku just apply jak. Mana lah tau dapat ka? kan?

apa-apa pun tak boleh terlalu mengharap sangat. Nanti tak dapat, merana jiwa.
Hahahaha.


OKEY! just stop this nonsense. Well this month is my time for relaxing my BRAIN before it will explode just like a BOMB. Noooooo!
nanti-nantila aku berfikir pasal benda-benda di atas tu. Sekarang ni aku kena regang-regangkan my brain muscles. cewahhh.

Sooo, that's all for today. InshAllah lain kali akan ku berkongsi lagi cerita-cerita hidup ku .

Before that, for my friends or all of you guys out there.
Hidup kena diteruskan, walaupun susah macam mana pun. Sebab Allah tak pernah berputus harap dengan kamu untuk bangkit dan pulang kepadaNYA . Hidup juga tak pernah berputus asa dengan kau! Ingat tu.

Good Night.


xoxo Atikah

I dunno what title to make

Assalammualaikum Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun st...