W hen the world’s on fire we won’t even move….
There is no reason if I’m here with you…
Aqimi sedang leka menyanyi lagu kegemarannya ketika memandu dengan penuh berperasaan dan sehingga sampai pada ‘’chorus’’ lagu itu, nyanyiannya semakin kuat. Nasib baik suaranya merdu apabila didengar, kalau tak ada juga yang kena hempup dengan barang dari kereta sebelah.
Setibanya dia di tempat yang mahu ditujunya itu, Aqimi memberhentikan enjin kereta Volkswagen warna biru metallic miliknya itu di hadapan restoran tersebut. Lalu dia membuka daun pintu kereta mewahnya itu dengan cermat. Tanpa membuang masa Aqimi terus menguncikan pintu keretanya dan menghala ke dalam restoran.
Apabila melihat sekumpulan manusia sedang duduk di dalam restoran tersebut memanggil-manggil namanya. Memang pasti dan tepat sekali bahawa itu adalah rakannya.
‘’Woi! Aqimi kat sini bro. Kau mau pergi mana tu?’’ jerit rakannya yang memakai kaca mata yang berwarna hitam walaupun matahari sudah lama melabuhkan tirai sinarannya. Pelik betul manusia zaman sekarang ni.
‘’Nak ke situ lah. Abis ko ingat aku nak ke mana pulak. Buang masa betul’’
Tanpa dipelawa duduk dia terus mengambil tempat duduk bersama dengan rakan-rakannya. Tak tahu malu langsung.
Dia dan rakan-rakannya bergelak tawa dan bergurau senda sehingga terjadi pergaduhan kecil disebabkan mulut celupar mereka yang mengalahkan kaum wanita. Ada sesetengah dari mereka berdua-duaan dengan kekasih tercinta dan pergi jauh ke tempat mereka sendiri pun tak tahu di manakah lokasinya. Mereka yang lain bising bertaruh tentang bola termasuklah juga Aqimi. Tidak lama kemudian, Aqimi Ter-perasan ada sandiwara sedang berlaku berdekatan dengan restoran tepi pantai ini.
Tak sangka.
‘’Woii! Aqimi kau ni pulak berhenti kenapa? Kami sedang sibuk membincangkan hal ekonomi negara yang kau pulak sibuk mengelamun kenapa?. Nampak ‘’cik cong’’ ke bro..?’’ Sakat Shafizan rakan baik Aqimi semenjak di bangku persekolahan lagi. Apabila mendengar kata-kata daripada shafizan seperti itu, berasa jengkel pula Aqimi dengan rakannya itu.
‘’Hisy! Ko ni pehal?! ’’ jawab Aqimi dengan marah.
“Rileks lah bro. Benda kecik je tuh, boleh bawa bincang lah. Bukan macam kami ni , benda besar.” sambung Shafizan sambil menayangkan baris giginya yang tersusun rapi. Comel!
“Hal besar lah sangat. Pasal bola je pun. Tu pun nak dibesar-besarkan, mengalahkan Menteri.” Balas Aqimi lalu membuat muka selamba.
‘’Habis kau tu?’’ seorang lagi kawan baik Aqimi yang bernama Khairil turut serta untuk menyampuk perbualan mereka berdua.
Tiba-tiba Khairil juga perasan benda yang sama. Sebenarnya Aqimi sedang memandang gadis ayu yang memakai shawl berwarna biru muda itu. Dari tadi gadis itu duduk berseorangan sahaja. Apabila dilihat berkali-kali, tak jemu mata memandang. Anggun sungguh,sesiapa saja boleh jatuh hati dengan penampilannya yang konservatif itu.
Khairil pun mulalah tersenyum meleret.
‘’Kau ni kenapa Khai. Tersenyum-senyum macam kerang busuk je aku tengok kau ni… Apahal?!’’ tegur Aqimi.
Diam seketika, namun…
Dalam kepala Khairil dengan ligatnya berfikir satu rancangan untuk mengenakan rakannya dan tidak lama kemudian terlintas di mindanya sesuatu yang agak bernas bagi mengenakan rakannya itu dengan mencabar Aqimi jika dia mampu atau tidak memikat gadis bertudung biru itu dalam sekelip mata je. Kalau tak dapat ajak ‘’dinner’’ pun tak apa asal nombor phone gadis tu mesti WAJIB ada.
Khairil pun berdiri dengan gahnya di hadapan rakan-rakannya tanpa segan dan silu.
Tak tahu malu langsung!
‘’Aqimi aku cabar ko pikat gadis tudung biru tu! Lepas tu mintak phone number dia. Boleh ker…? ’’Khairil bersuara dengan lantangnya.
Aqimi tersentap dengan cabaran Khairil secara mengejutkan itu. Kemudian dia Aqimi pun turut serta berdiri dengan gahnya lalu menghadap Khairil yang sedang tersenyum sinis padanya.
‘’Boleh, dengan syarat kau bayar hutang aku yang sebelum ni,Okey… Deal!” Aqimi bersuara.
“ Erm hutang apa pula.? Aku lupa.Hi..Hi..Hi”
Aqimi mengeluh malas.
‘’Hutang tu… takkan dah lupa”
Lelaki itu terus menganguk-angguk kepalanya, tanda faham maksud tersirat kata-kata Aqimi tadi. Aqimi pun beredar meninggalkan rakan-rakannya yang sedang bersorak untuk kejayaannya.
Tak ada makna semuanya tu. Bebel Aqim dalam hati.
Semakin Aqimi mendekati wanita itu, dalam masa yang sama seorang lelaki sudah memegang erat tangan wanita tersebut. Aqimi terkejut melihat apa yang sedang berlaku di depan matanya. Otak dan mindanya ligat berfikir apakah yang sedang berlaku!?
‘’Abang! Lepaslah.” Seorang lagi wanita yang sedang menjerit ke arah lelaki misteri itu sambil memanggil lelaki itu dengan panggilan abang.
huh?
Apa yang sedang berlaku ni?
Dorang tengah mempermainkan aku ke apa……?! Apa yang jadi niii
Urgh! Fahrina mengeluh malas.
‘’Comel dan cantik kawan kau nie Atul, kirim salam boleh?’’
“Abang tak malu ke?! Dah jangan ganggu kami..!” Arah Rabiatul Aina Nazuha atau nama singkatannya Ain atau Atul kepada abangnya, Zaidan.
“Ermm..Nama awak Fahrina kan?” kata Zaidan
“Ya..’’ balas Fahrina dengan nada malas. Boleh ke bercakap tu jangan pakai “awak-awak”rimaasss. Omelnya lagi dalam hati.
“Nah ni number saya. Kalau ada masa call okey.” sambung Zaidan sambil menghulurkan sekeping kertas yang tertulis nombor telefonnya kepada Fahrina dengan tersenyum-senyum seperti kambing… Fahrina mengambil kertas tersebut dengan teragak-agak.
Tak tahu malu betul. Dah lah pegang tangan aku ikut sedap hati dia je, ada hati pula nak suruh aku call ni. Tolong lah! bisik hati Fahrina.
“Baiklah cik Abang, kami nak ke sana. Dah lah jangan kacau kami!” Marah Ain kepada abangnya itu.
Jom! ajak Ain kepada Fahrina sambil memegang tangannya dengan begitu mesra sekali. Sama sepeti kanak-kanak riang a.k.a Kanak-kanak Ribena.
All I need is a little love in my life , Me and my broken heart . . . .
Ketika Ain membawa Fahrina jauh dari Zaidan, telefon Fahrina berbunyi dan berkumandang lah Me and My Broken Heart dari kumpulan yang diminati olehnya. Tiba-tiba dalam masa yang sama dia terdengar bunyi yang sama datang dari arah hadapannya. Dia segera melihat siapakah gerangan lelaki tersebut.
Rupanya itu adalah lelaki yang pernah dia terserempak sewaktu dia bertugas pada hari Jumaat yang lepas! Itu adalah jejaka yang melanggarnya dulu! Tak mungkin?!
Pada waktu itu Aqimi sudah hendak beredar dari tempat tersebut dan secara mengejut telefon bimbitnya berkumandang menyanyikan lagu kegemarannya “Me and my broken Heart” dan masa yang sama dia terdengar lagu yang sebiji sama dengan nada dering miliknya itu. Apabila dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain dan bukan pada telefon. Aqimi memandang ke hadapan.
Aqimi terpaku!
‘’Awak!!!!!!” jerit Aqimi dan Fahrina serentak!
Disebabkan lagu.. Bertemulah dua insan. Ciaaa XD
ReplyDelete