Assalammualaikum …
Today…
Nothing Happen as usual, same old life … Nothing change about me.
(Kat atas tu just intro.. Tak ada kaitan pun dengan cerita hari ni.)
Okey… Setelah penat berhempas pulas mencari idea merata tempat, Finally chapter seterusnya bagi MRS BODYGUARD MRVIP dah siap. Humpp! Tak pe,
biarlah penat asalkan MRS BODYGUARD MR VIP
ni siap hingga ke akhir bab. Uishh XD
InshaAllah … Walaupun agak slow at least ad lah jgak perkembangan seterusnya tentang cerita ni. Sebelum korang memulakan membaca, baca bismillah dulu, (Hahahaha)
Kalau ad salah dan silapnya contohnya masalah bahasa ke? apa ke? minta maaf sangat-sangat. Budak baru nak belajar, still banyak lagi error-nya..
dan sekali lagi saya nak memohon maaf, cerita buat bab kali ini agak pendek sikit. Dah tak da idea. huhuhuhu....
Okey lahhh, dah banyak sangat aku membebel.
Hope you guys Love my work. Love from me Atikah.
Sambungan ...
Bab 3
“A rgh! Mana fon aku pulak ni. Puas aku cari tak jumpa juga,Hshh! geramnya aku.’’Omel Aqimi.
Ahh! Lelaki itu melepaskan geramnya. Bilik yang bergaya maskulin miliknya bergema akibat suara seorang lelaki yang tengah ‘’stress’’ mencari telefonnya yang menghilang entah ke mana.
‘’ Fitriey!!’’ Sekali lagi bergema suaranya di dalam bilik itu.
Apasal abang panggil nama aku tu. Dah lah tadi pagi aku jadi mangsa menggosok baju dia kali ni apalagi dia nak.Bebel Fitriey adik bongsu kepada jejaka itu sambil mengeluh.Akhirnya terpaksa juga dia ke tempat bilik abangnya.
‘’Fitriey!! Mana fon aku kau letak. Aku nak cepat ni ada hal.Urgent!.’’marah lelaki itu sambil menunjukkan muka singa yang tengah lapar.
Fitriey terkejut melihat muka abangnya itu. Eee! Kalau boleh mahu saja aku cili mulut dia nie tau.Mulut tak de insurans .Kalau ye pun tanya lah baik-baik,nie tak macam nak telan aku hidup-hidup je. Sekali lagi Ratna membebel dalam hatinya.
‘’Woi!’’ Lelaki tersebut bertambah marah kerana soalannya dibiarkan sepi begitu sahaja.
‘’Apa woi-woi ni! Tak boleh tanya baik-baik ke..?!’’ balas Fitriey dengan marah.
Dia marah aku balik. Ada juga ni yang mau kena pelempang ni karang. Sabar..Sabar. Jejaka itu cuba memujuk hatinya yang tengah panas membakar.
Dalam tidak sedar.
Lagu Me and My Broken Heart yang dinyanyikan oleh kumpulan ‘’RIXTON’’ berkumandang di dalam bilik mandinya.
‘’Hah tu kat dalam ‘toilet’ tu apa..?!’’ balas adik kesayangannya tersengih-sengih.
Apabila mendengar nada dering itu, malu sendiri lelaki itu di hadapan adiknya. Dengan pantas dia menolak adiknya itu keluar dari biliknya dan menutup semula pintu biliknya dan menuju ke bilik mandi.
‘’Grrr! Pelik betul aku dengan perangai abang aku ni. Eee geram-geramnya!’’ Perasaan yang geram mulai menguasai minda, gadis putih berseri itu meninggalkan bilik abangnya sambil mulutnya tidak berhenti-henti mengomel. Lagaknya sama seperti bomoh yang tengah membacakan mentera.
Tidak lama kemudian lelaki dengan segaknya menuruni anak tangga dengan keadaan tergesa-gesa.
‘’Abang nak pergi mana tu..?’’ tanya Fitriey dengan perasaan yang pelik.Namun
soalan daripada Fitriey dibiarkan sepi begitu sahaja oleh lelaki itu. Tanpa mempedulikan adiknya dia terus menyarungkan ‘’sneakers’’ kesukaannya.
‘’Abang!’’marahnya apabila ditanya tidak menjawab.
‘’Apalagi!’’ Lelaki itu marah.
Melihat lagak abangnya yang begitu melecehkan dan disimpulkan dengan perasaan yang teramat geram dia menjeling ke arahnya dengan tajam. Fitriey mula bersuara tanda protes!
“Ada apa-apa yang tertinggal kat dalam “toilet’ abang tu ker.” Sindir Ratna kepada lelaki itu.
Dalam keadaan tergesa-gesa, sempat lagi dia dengar mendengar sindiran adiknya itu dan dengan sepantas kilat dia menjeling ke arah adiknya yang sedang tersenyum sinis . Tanpa membuang masa dia segera meninggalkan adiknya yang sedang ketawa terbahak-bahak di dalam banglo besar yang mempunyai 3 tingkat itu.
‘’Ambik kau. Nak kenakan aku sangat kan.Hump! Balasan.’’ Fitriey Ratna ketawa lagi seperti hantu.
8:30 PM
Fahrina mulai berasa rimas apabila gerak gerinya diperhatikan sejak tadi lagi oleh sekumpulan manusia yang sedang bermain gitar. Sempat lagi dia mengelar mereka yang bermain gitar itu dengan nama “GENG BUDAK GITAR TAK TAU MALU”.
Tidak lama kemudian, gadis itu beredar dari tempat tersebut apabila salah seorang dari ‘Geng’ tersebut cuba mendekatinya. Belum sempat melarikan diri, dia tersentap apabila lelaki yang cuba mendekatinya itu telah memenggang kemas tangannya. Melihat keadaan seperti itu, hatinya mula berang.
‘’Hei! Apa nie lepas lah!!’’ Jerit Fahrina ke arah pemuda yang berwajah kacak itu.
‘’Lepaslah aku kata?! Tak tau hukum mahram ke haa?!‘’. Suaranya semakin garang.
Tetapi dalam masa yang sama,
Fahrina berasa pelik. Kenapa pemuda itu diam tak berkutik. Walaupun dia menjerit separuh mati meminta lepas namun lelaki itu tetap tidak melepaskan tangannya malah tangannya digengam lebih erat lagi. Perasaan marah yang membuak-buak timbul dalam hati Fahrina lalu memberanikan diri untuk memandang siapakah gerangan yang berani menyentuhnya.
Secara tiba-tiba dia terpana. Melihat wajah pemuda yang kacak itu dengan jarak yang agak dekat membuatkan dia berasa lemah gemalai dan apabila dia ingin melihat ke arah yang lain, dia tidak mampu melarikan anak matanya ke tempat lain, seolah-olah ada magnet yang menghalangnya dari melarikan muka nya ke tempat lain.
‘’Abang! Lepaslah.” jerit Ain apabila melihat abangnya memegang tangan rakannya.
Mereka berdua terkejut serta merta mematikan lamunan mereka berdua sebentar tadi. Lelaki itu dengan sepantas kilat melepaskan genggamannya.
Kacau betullah budak ni! Hati jejaka muda itu berkata-kata.
‘’Huh! Ab..ang..?!’’ Fahrina terkejut beruk apabila Ain memanggil lelaki itu abang.
‘’Rabiatul?!” jerit Jejaka kacak itu.
“Abang Long?!” sambung Ain dengan penuh rasa kejutan yang amat besar!
…..
Today…
Nothing Happen as usual, same old life … Nothing change about me.
(Kat atas tu just intro.. Tak ada kaitan pun dengan cerita hari ni.)
Okey… Setelah penat berhempas pulas mencari idea merata tempat, Finally chapter seterusnya bagi MRS BODYGUARD MR

Weeiii.. Apa hal nie pegang2 tangan? Wkwkkwkk πππ
ReplyDelete