Thursday, 23 February 2017

THE BAD DAY !!!

Assalammualaikum. . .

04:16 PM

         Arrrghhh… Malang sangat hari pertama aku di penang ni tau..urgh ..
Ingatkan jaga c ayyiid (anak buah) ni senang… Rupanya, aku silap! Ianya satu cabaran yang amat besar buat aku. Dah lah aku ni x tau macam mana nak jaga budak kecil macam dia… Memang nahas lah ceritanya.
      
       Ceritanya macam ni….

       Lepas jerr abang ayai dan kak lyan jalan … aku dan c ayyid jer tinggal kat uma ni…
Pertama tu memang c ayyid ni ada nangis… Nangis disebabkan ayah dan ibunya tinggalkan dia, tapi tu sekejap jak.. Soo habis jerr dia nangis tu aku bawa lah dia ni main-main .

     Tapi….

      Beberapa minit jer … Aku perasan ada air kat tempat duduk c ayyid tu. Aku sangka dia kencing ke apa ke? .. Tapi bukan! Ianya disebabkan oleh air yang keluar dari mesin basuh tu! Ya Allah, banjir satu rumah ni. Jadi aku terus cepat-cepat bagi pindah c ayyid pegi dalam kolam dia dan terus aku mencari sesuatu untuk mengelap air tu…

      Pertama tu aku guna kain yang aku pakai untuk mandi tadi . Tapi, still tak berkesan. Air tu banyak sangat!!! Start time tu aku mula panic … Tapi tak panic sangat lah …
   
    Dalam kekalutan aku mencari mop, tetiba jak c ayyid ni mula menangis pula…. Aduuuuuuuuuuu
Bertambah pening pulak aku time tu..  dengan cepat aku angkat c ayyid keluar dari tempat kolamnya dan bawa ke bilik  ibu dan ayahnya… Jantung aku mula kalut macam nak meletoppp jak… Tapi lepas jer aku bawa c ayyid p bilik, tangisannya masih tak reda.. dia nak juga keluar sama-sama dengan aku.. (Waktu tu aku dah telefon kak lyan tanya di mana mop tu dan akhirnya aku jumpa). Aku takut sangat! Takut dia tergelincir . . .Aku pegang tangannya, tapi c ayyid tak nak… Jadi disebabkan dia begitu , aku terus angkat dia masuk ke dalam kolam tu.

        Apabila jerr aku bagi masuk dia ke dalam kolam….. Tangisannya bertambah kuat dan kuat dan KUATTTT! Aku sedaya upaya memujuk dia. Bagi tengok Didi and Friends lah, angkat dia bawa p bilik lah ,itu lah ini lah… dan paling last aku bawa dia balik pi kolamnya. Tangisannya masih tak berhenti –henti malah makin menjadi-jadi… Dan sampai satu masa aku call abang ayai , mamak dan bapak… Waktu tu aku betul-betul kalut! Panik tak terkata! Takut! Begegar seluruh tubuh ku… Aku dah tak boleh fikir apa-apa dah time tu , sampai aku sendiri ikut menangis, hanya disebabkan ketakutan… Hanya tuhan jerr yang tahu perasaan aku time tu…
Mak dan ayah tak henti-henti call aku…

    Aku mula naik pening.
    Jiwa nak meletup
    Hati dah kalut
   Air mata tak henti-henti
   Baju habis basah lecun..
    Hanya Allah yang tahu
   Perasaan ku tika itu..


Dalam beberapa minit kemudian…

    C ayyid masih menangis, situ sini sana.. Last-last dia pergi ke paha ku dengan keadaan menangis dan aku terus tepuk-tepuk belakangnya sampai dia tertidur… Air mata ku waktu tu masih tidak lagi berhenti…

    Tak lama kemudian abang ayai pun sampai… Abang ayai melihat keadaan ku sudah penuh dengan air mata…


    Fuhhh… syukur lah time tu c ayyid dah berhenti menangis…. abang ayai ketawa menengok aku menangis gara-gara c ayyid jer.

     Arhh… Serius, nil ah pengalaman yang takkan aku lupa buat selama-lamanya… Tak akan!
But anyway, semua dah settle , abang ayai dah mop semua air bertakung tu dan aku… hurmm macam biasalah.. mata merah disebabkan menangis.. fuaaaa

     Tak tahu lah esok dan seterusnya… mudah-mudahan lah Allah tolong permudahkan semuanya untuk aku.. Aamin Aamin….

      This Day I am now the Failure babysitter… Hahahaha


Thanks for reading my story guys..
Love like a star from me Atikah

xoxoA

1 comment:

I dunno what title to make

Assalammualaikum Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun st...