Bab 1
“A wak tahu ke siapa yang buat laporan ni dengan Boss kita si Jazrin tu?’’
‘’Tak tahu lah Fahrina. Setahu aku, Arman ada bagi tahu yang misi ni kena dihentikan segera. Sebab kata dorang misi yang koe buat ni bahaya…’’
‘’Eh? Aku jalankan misi ni okey je pun. Apa benda yang bahayanya?’’
‘’Ermm.. Misi ni melibatkan nyawa orang Fahrina. Memang lah kau siasat misi ni macam misi-misi lain yang koe dah buat. Tapi sebenarnya, majoriti orang yang terlibat dalam kes ni kebanyakan orang yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran dalam menggunakan senjata tau dan…..”
‘’Nurul Fahrina binti Hamid.!”
“Kejap weii. Aku rasa Boss Jaz panggil aku lah. Nanti sambung balik cerita kau Wawa’’
‘’Ok. Aku doakan kau semoga berjaya keluar dari pejabat ‘’BOSS’’dengan selamat’’
‘’Apa kau ni?! Kau doakan aku mati ke apa?!”
‘’ Hehe tak de lah. Dah pergi cepat, kang marah pula nanti BOSS kita tu.”
‘’Nurul Fahrina binti Hamid!!!”
“ Saya tuan!”
‘’kau tunggu aku tau.”
‘’ Ye, ye.” sambung wawa sambil menjelirkan lidahnya kepada Fahrina
“ Masuk ke pejabat saya sekarang!”
‘’B…b..Ba..Baik Tuan!”
Habis lah aku, bisik Rina dalam hati kecilnya yang mengecil disebabkan ketakutan mendengar arahan daripada Ketuanya Encik Jazrin lalu beredar dari tempat rakan sekerjanya itu dan menuju ke pejabat tersebut dengan segera.
‘’Duduk…’’ pelawa Encik Jazrin.
‘’Terima kasih tuan.’’ Balas Rina dengan nada ketakutan seperti tikus mondok.
‘’Fahrina.. Adakah kamu tahu kenapa saya panggil awak masuk ke pejabat saya?.”
“S..sebab…?”
“Sebab kamu dah buat kesalahan yang amat besar, Iaitu melanggar peraturan ketika menjalankan tugas!” sambung Encik Jazrin kepada Fahrina dengan begitu marah sekali sehinggakan pekerja yang berada jauh daripada pejabat Encik Jazrin boleh mendengar suaranya dengan lantang dan jelas sekali. Tidak perlu menggunakan alat pembesar suara.
“Me..m..maafkan saya tuan.’’ jawab Rina dengan menundukkan kepalanya .
Lalu Encik Jazrin duduk di kerusi empuknya itu menghadap dan melihat Fahrina yang menundukkan wajahnya.
‘’ Fahrina, saya dah banyak bagi peluang dengan kamu. Malah misi yang sepatutnya Arman lakukan saya berikan dengan kamu untuk membuktikan kamu benar-benar layak dalam cawangan di kawasan ini. Tapi lihat, hasilnya saya juga yang harus bertanggungjawab untuk berhadapan dengan Ketua Polis Negara esok, hanya disebabkan perkara yang kamu lakukan ini.” kata Encik Jazrin kepada Fahrina dengan nada agak sedikit bercampur dengan perasaan marah dan kecewa. kemudian Encik Jazrin menyambung lagi.
‘’Fahrina, saya terpaksa... singkirkan kamu daripada menjalankan tugas ini .”
“T…t.Tapi tuan? Saya dah banyak kumpulkan maklumat tentang misi ni dan saya menjalankan tugas ini mengikut protokol yang telah diberikan. Mengapa saya harus disingkirkan Tuan?!” Tanya Fahrina kepada ketuanya itu dengan begitu marah sekali.
“Fahrina, Cukup! Saya tidak mahu perkara seperti ini dibesar-besarkan. Terima sahaja apa yang berlaku ini. Baiklah itu sahaja. Awak boleh keluar.”
“Tuan…Tuan tak akan pernah hargai apa yang telah saya lakukan. Baiklah, terima kasih tuan.” Kata Fahrina dengan penuh rasa kekecewaan dalam hati lalu bingkas bangun dari tempat duduk itu dan menuju keluar. Namun ketika Fahrina keluar dari pejabat tersebut. Tiba-tiba, Encik Jazrin memanggilnya semula.
‘’ Saya akan berikan kamu tugas yang baru mulai Khamis minggu depan. Jadi, esok jangan pula tak datang .”
“Hmmm… Baiklah Tuan’’jawab Fahrina lalu dia menutup pintu bilik Encik Jazrin.
Sebaik sahaja Fahrina keluar dari pejabat tersebut, hatinya masih berasa sakit dan kecewa atas apa yang telah berlaku. Malahan dia tidak henti-henti mengomel dan memaki hamun dalam hatinya ke atas orang yang telah membuat laporan itu . Jikalau boleh mahu sahaja dia memberikan tumbukan kepada orang itu.
Setelah tiba di tempat bilik kerjanya itu, tiba-tiba Armina rakan sekerjanya mengetuk daun pintu biliknya.
Masuk! ujar Fahrina.
‘’Awak okey ke tak?’’ Berkata Armina dengan nada selamba.
‘’ Okey…” Jawabnya.
‘’ Rina. I just nak bagi tahu u, yang misi ni dah diberikan dengan aku tadi. ‘’
‘’Misi apa?”
“Misi berkaitan penjualan senjata haram yang baru tu ‘’ jawab Armina.
Tiba-tiba, hati Fahrina terluka kembali malah lebih teruk dia terkejut bagai nak gugur jantungnya apabila mendengar apa yang dikatakan sebentar tadi oleh Armina.
Mereka diam seketika…
“Kau boleh tak keluar?!” arah Fahrina.
“Haih? kenapa. Sakit hati ke cik sayang oii?”
‘’Kau keluar je lah! Arahan aku tu senang je, tak susah. Soo just get out from my room!!” sembur Fahrina sekali lagi dengan Armina.
‘’Aku tau kau J.E.L.O.U.S dengan aku. Sebab Tugas ni Encik Jazrin dah beri dengan aku, so aku minta lepas ni janganlah terlalu mengharapkan tugas ni akan kembali kepada kau okey. Opps! And one more thing awak nak tahu siapa gerangan yang buat laporan tu.” kata Armina kepada Fahrina dengan nada sinis sehingga boleh membuatkan cermin bilik pejabatnya retak terbelah-belah menjadi serpihan kecil.
‘’Siapa?” tanya Fahrina dengan wajahnya yang begitu serius.
Armina tidak menjawab pertanyaan Fahrina, tetapi Cuma meninggalkan Fahrina dengan senyuman sinisnya itu dan menutup pintu bilik itu dengan hentakan yang amat kuat
Aku dah agak ni semua angkara kau Armina!!! Jerit Fahrina di dalam biliknya itu sepenuh hati.
Fahrina kini ditinggalkan sendirian di dalam biliknya. Lalu Fahrina menekup mukanya yang sudah menitiskan air mata kekecewaan. Dia sudah tidak mampu menahan lagi perasaannya. Cuma itu sahaja cara yang boleh melegakan jiwanya.Tidak lama kemudian, rakan sekerjanya masuk ke dalam biliknya dan terkejut melihat keadaan Fahrina yang menangis dengan teresak-esak. Tanpa membuang masa Wawa segera memeluk erat Fahrina untuk menenangkan hatinya.
‘’Wa…..”
“Ya Rina? Kenapa kau nangis ni. Kau kan seorang gadis yang kuat. Macam mana kau boleh menitiskan Air mata …’
“Wawa rupanya Armina yang buat laporan tu kat Boss kita… “ balas Fahrina dengan nada yang tersekat-sekat.
“Apa?! perempuan bedebah betul! Kalau aku jumpa dia kat luar memang habis aku kerjakan dia. Hishhh! Geram pula aku dengar.”
‘’Tak mengapa lah Wa..Barangkali ni adalah balasan untuk aku atas segala perbuatan yang telah aku buat kat dunia ni.” sambung Farihna sambil mengelap air matanya itu.
‘’ Sabar ya Rina. kau kena kuat. mana tahu tugasan baru yang akan diberikan dengan kau ni lebih baik dari itu.?”
‘’Huh? Dari mana kau dapat tahu yang aku ada tugasan yang baru.?”
“Adalah…. hehehe”
‘’ Hurmmm…Betul cakap kau tu.”
“Sabar je tau. Allah tu Maha Adil.. Dah lah, jom kita pergi surau kat tingkat 3 tu. Lagipun dah masuk waktu dah ni. Jom!”
“ Okey Wa, thanks’’
‘’Your most welcome’’
Mereka berdua beredar dari bilik tersebut dan pergi ke surau dan menunaikan solat Zohor bersama-sama. Selesai sahaja mereka beribadah, ketika berdoa sempat juga Fahrina menyisipkan permintaannya untuk menjadikan dia lebih tabah di dalam doanya kepada Allah. Siapa sangka, hatinya yang tadi membakar kini sudah terpadam, dan kini ketenangan pula mengetuk pintu hatinya.
Usai menunaikan solat, ketika Fahrina memakai kasut hitamnya itu dan berdiri tiba-tiba bahunya dilanggar begitu kuat sekali sehinggakan dia jatuh terkulai di atas lantai. Fahrina bangun dan melihat apakah yang melanggarnya tadi. Namun ketika cuba melihat benda tersebut, mulut Fahrina terlopong luas kerana ianya bukan benda tapi seorang jejaka yang memakai kaca mata hitam dan bertopi kelabu sedang melihatnya sambil tersenyum manis padanya.
Tapi Fahrina tidak semudah itu cair dengan senyuman jejaka itu lalu dia bangun dan meminta lelaki itu ke tepi. Baru sahaja aku hendak merasakan ketenangan dlam jiwa, tapi malangnya ada pula yang buatkan aku hilang mood! bisik hati Rina.
‘’Cik, minta maaf ye.’’ kata jejaka itu sambil memberikan Fahrina senyuman.
‘’ Hump! Jalan tu Encik pakai mata. Jangan pakai lutut boleh tak?!. Apa guna yang mata yang di beri kalau tak digunakan. Lain kali jalan pakai mata bukan lutut. Sekian
terima kasih. Ke tepi!!” Marah Fahrina dengan jejaka itu lalu membiarkan jejaka itu sendirian di luar surau tersebut.
Garangnya dia. Tapi comel… bisik hati jejaka itu..
Haa.. ada pun.. hahahahah
ReplyDeleteWaa.. jejaka tu akk rasa laki nya
ReplyDelete