Friday, 2 December 2016

Mrs Bodyguard Mr VIP





karya

Nor Atikah Mona Montilla







               Prolog



A ssalammualaikum sayang…
Maafkan abang sebab tak bagi tau Rina yang abang keluar kerja awal hari ni.
Jangan risau, Mira ada dengan abang. Abang bawa dia ikut hari ni, lagipun abang tahu Sayang ‘’Buzy’’ … Soo , Sayang tak payah nak risaukan Mira ok. Sarapan abang dah siapkan. Kegemaran Sayang.

Ok lah sayang, abang ada meeting ni. Kalau ada apa-apa hal ‘’Just Call me’’

I love you. . .



       ‘’Tak sangka pula, awal juga dia bangun hari ni. Biasanya laki aku ni liat betul nak bangun. Tak pe lah, yang penting dia dah berubah.’’ Bisik gadis itu sambil tersenyum hingga ke telinga melihat pesanan itu lalu bingkas bangun dari tempat tidurnya menuju ke bilik air.
        Baru sebulan kedua-dua pasangan suami isteri itu menduduki rumah banglo yang terletak sedikit jauh dari Bandar Metropolitan Kuala Lumpur yang sentiasa tidak pernah lekang dengan manusia di sana.
        Walaupun sudah hampir 5 tahun mereka berdua bergelar suami dan isteri malah mereka juga mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 3 tahun , namun cahaya kasih sayang diantara mereka berdua masih tidak pernah hilang dalam diri mereka berdua.
        Suami bagi si isteri tersebut cukup melayani dia bagaikan pemaisuri, sentiasa mengambil berat dan menyayangi dirinya. Baginya suaminya itu benar-benar membuat dirinya bagaikan di awangan yang terbentang luas.
        Siapa sangka, dahulu dia yang terpaksa menjaga suaminya itu. Tapi kini sudah bertukar pula angin.


      ‘’Alhamdulillah, segarnya badan kalau dah mandi awal pagi macam ni… Yess! Aku pasti hari ni akan jadi hari yang amat mengembirakan sekali dalam hidup aku. ‘’Dinner Date with my Beloved husband’ Yahooo!.’’ kata gadis itu melompat-lompat seperti tupai sambil mencari-cari pakaian yang sesuai untuk dipakai malam hari.
      Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi dengan mengumandangkan lagu nada dering kegemarannya “Me and My Broken Heart’’ oleh kumpulan Rixton, dengan Sepantas mungkin dia mencapai telefonnya yang berada di atas tilam yang empuk itu.




      ‘’Assalammualaikum… Rin tunggu je abang, maybe abang balik lambat sikit. Ada kerja yang belum siap lagi ni.’’ jawab si suami tercinta itu.
      Menghela nafas. Kemudian gadis itu menjawab.
      ‘’ Waalaikumsalam, tak apa, Rin akan tunggu abang. Tapi Mira macam mana? Rin risau… Mira mana abang? Rin nak cakap dengan dia kejap.”
     ‘’ Jangan risau sayang. Mira ada kat sebelah abang je ni, tengah main-main dengan handphone dia. Jap! abang bagi dengan Mira…   Mira sayang, Ibu nak cakap dengan Mira. Mari sini kejap.”
       Kedengaran suara si suami itu memanggil anak kesayangannya itu ketika dalam panggilan sudah membuatkan gadis itu rindu dan bersyukur kerana anak emasnya itu masih selamat di pangkuan Ayahnya.
        ‘’Ibu? Ibu? ibu?’’
Tiba-tiba lamunan gadis itu terpadam lalu kembali ke realiti.
       ‘’ Ya sayang. Mira okey tak ni? Ibu risau dengan Mira. Mira dah makan? ‘’ tanya gadis itu dengan penuh kerisauan.
       ‘’Ibu… Mira okey. Mira dah besar lah bu, ayah dah bawa Mira makan tadi kat restoran. Cuma.. Mi.. Mi…’’
      ‘’ Cuma apa sayang?’’ Tiba-tiba hatinya mula berasa tidak sedap. Seolah-olah bakal ada sesuatu yang akan terjadi.
      ‘’Tak ada lah ibu! Ibu dah kena.. Hihihihi.. Sayang ibu!’’
      ‘’Sayang juga Mira. Hati-hati ya sayang. Gigit Ayah Mira kalau Ayah Mira cuba nak ngorat  awek kat ofis tu tau. Okey”
       “Okey ibu! Roger!” kemudian si suami mula mencelah apabila mendengar gadis itu berkata seperti itu. ‘’Mira, bagi ayah phone tu kejap. Boleh?”
Nah ayah.
        Alamak habis lah aku. Dia dengar tak tadi apa yang aku cakap dengan Mira, habislah, bisik gadis itu dalam hati.
       ‘’Sayang… Sayang..”
        ‘’ Ya abang.?’’ gadis itu berkata dengan penuh lemah lembut. Takut nanti ketahuan pula apa yang dia kata tadi.
        ‘’Okeylah sayang. Abang nak sambung buat kerja dulu. Pasal Mira sayang jangan risau, abang dah minta tolong dengan Mak Tok minta tolong jagakan Mira untuk malam ni. So malam nanti abang datang jemput sayang ok…. bye sayang. Assalammualaikum.’’
        ‘’ Oh, okey. bye juga. Waalaikumsalam. I love you.’’ balas gadis itu.
       ‘’Eh! tak pernah pernah sayang cakap I Love you kat abang… Hehehe thank you soo muchh.’’ sakat si suami dengan gadis itu sehingga membuat gadis itu merasakan bahang di mukanya.
       ‘’ Ihh perasan! I love you tu untuk Mira. Bukan abang okey. ‘’
       ‘’Okey fine! abang merajuk dengan sayang 1 minit. Hump!’’
       ‘’ Yalah tu, mengada sangat. Hahaha!’’ gelak gadis itu kepada si suami.
        ‘’ Okey-okey. ok sayang.. Bye.”
        ‘’Bye”.



Bip! punat telefon yang berwarna merah ditekan oleh gadis itu.
       Hati gadis itu masih lagi tidak berasa tenteram selepas apa yang dikatakan oleh anaknya sebentar tadi. Seolah-olah anaknya itu sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya. Tapi gadis itu cuba padamkan perasaan yang tidak baik itu. Takut pula menjadi fitnah akhirnya. Lalu gadis itu keluar dari kamarnya dan menuju ke dapur sambil menyanyi lagu ‘’Fifth Harmony’’ yang bejudul ‘’Work’’.

‘’But you gonna to work.. work.. work.. work.. work” gadis itu menyanyi dengan penuh kesungguhan. Nasib baik aku ni bukan artis, kalau tak dah Lama aku buat album sendiri. Mana tau boleh masuk GV yang seterusnya ke.. kan? Hahaha.
Lawak.



    08.32 PM.


     Gadis itu cepat-cepat menguncikan pintu rumah di hadapan kemudian di belakang rumah. Takut nanti ada yang dipecah masuk.
    Ketika gadis itu sedang menghala keluar daripada rumah banglo itu, dia menunggu di hadapan pagar itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lalu dia segera menjawab panggilan tersebut dengan penuh rasa ria riang di dalam hati. Panggilan itu datangnya daripada suaminya yang amat dia cintai sepenuh hati.


     Punat butang hijau ditekan.


‘’Assalammualaikum. Abang.. Rin dah kat luar rumah ni. Abang kat mana?” tanya gadis itu .
      ‘’ Waalaikumsalam… Minta maaf ya…… Puan ke isteri kepada pemilik telefon ini.?’’ balas lelaki yang tidak diketahui itu.
     ‘’ Ya. Sayalah isteri dia. Kenapa ya Encik? Boleh saya bantu? dan boleh saya tanya kenapa telefon suami saya ada dengan Encik? Suami saya di mana? Saya nak bercakap dengan dia sekejap? Tolong Encik? Kenapa Diam? Encik cakaplah? Mana dia?”. Jawab gadis itu bertubi-tubi dan hatinya mulai resah dan tidak keruan.
      ‘’Puan… (Diam sebentar) Puan, suami puan kemalangan…. Sekarang ni dia kat dalam hospital. Bahagian ICU dan masih tidak sedarkan diri…’’ jawab lelaki itu dengan tergagap-gagap.


Gadis itu mulai merasakan jiwanya bagai ditusuk sebilah pisau yang amat tajam.

      ‘’Tak mungkin! Ini semua tak mungkin!!! Ini semua mimpi aku je… Aku… Aku…
 tak percayakan kamu! Kamu penipu! Suami aku mana?!! Aku nak dia! Tolonglah Encik jangan permainkan saya… Encik tau ke yang hari ni hari yang paling bahagia untuk aku! Encik tolong faham! Jangan tipu saya!!!” Jerit si gadis itu dengan penuh  marah. Namun dalam pada masa yang sama, matanya sudah mula menjatuhkan buti-butir air mata tidak henti-henti. Hatinya bagaikan diremuk dengan begitu kuat sekali malah jiwanya sudah tidak dapat dikawal dan menjadi mula tidak keruan bagaikan orang yang sudah hilang akal dan fikiran.
  

     Apa dosa aku kepada-Mu Ya Allah…. Jawablah pertanyaan ku ini Ya Allah. Tolong hamba mu ini ya Rabb. Tolong lah….
      ‘’Puan bawa bersabar. Puan…?!’’ pertanyaan lelaki yang tidak dikenali itu tidak lagi berjawab dari gadi itu.



  Astagfirullahallazim…Ya Allah, Rina!
     Rina?!
     Rina?!


 ‘’Mak….? Abang Farhan…..Abang Farhan…..’’
“Sayang anak ibu… Farhan kenapa? Rina kenapa ni???”


(Diam sebentar)


‘’Abang Farhan accident mak……”

Tiba-tiba sahaja gadis itu terkulai jatuh di pangkuan ibunya dengan keadaannya yang pucat dan lesu.
Dunianya kini menjadi pudar dalam gelap gelita.




Rina!
Rina!
Rina!!!



......

5 comments:

I dunno what title to make

Assalammualaikum Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun st...