K ini, mereka berdua hanya mampu duduk diam sahaja di dalam kereta pacuan empat roda milik Aqimi itu. Masing-masing tidak mahu untuk mengutarakan apa yang terbuku dalam hati mereka. Fahrina cuba memberanikan dirinya untuk membuka tirai perbualan bagi memecahkan ruang sepi diantara mereka. Dia tahu yang, dia hanya ‘Bodyguard’ a.k.a pengawal kepada jejaka yang berada di sebelahnya dan Aqimi pula sebagai Boss . Kiranya antara majikan dan pekerja sahaja. Namun Fahrina benar-benar rasa janggal, Fahrina sudah tidak mampu berdiam diri, apalagi ketika dia sedang gemuruh.
Akhirnya, benteng sunyi diantara mereka berdua runtuh. Apa tidaknya, tiba-tiba sahaja si Fahrina memberi soalan cepumas kepada Aqimi sekali lagi.
“Tuan… Nak tanya, minyak wangi yang Tuan pakai ni.. Jenama apa?”
Kreekkkkkkkkk!!!!!
TEKANN BREKKKK TU BOSSSS!!!
Terkejut mendengar soalan itu Aqimi tiba-tiba hilang kawalan panduannya. Hampir sahaja mereka ini dilanggar oleh kereta lain. Fahrina pula, teriak seperti seorang isteri yang hendak melahirkan anak lagaknya apabila Aqimi menekan brek keretanya secara mengejut. Nasiblah mereka selamat dan nasib baik juga Aqimi dapat mengawal semula panduannya dengan pantas. Kalau tidak, Nahas lah cerita.
Aqimi terus memarahi Fahrina.
“Hoiii! Soalan apa yang kau tanya ni?!? Kau tau tak, soalan cepumas kau ni hampir buat kita berdua ni jadi ARWAH tau?!” Bentak Aqimi kepada Fahrina.
Fahrina sekali tertunduk takut dengan amarah Aqimi secara tiba-tiba itu. Tapi bila difikirkan balik, itu memang salahnya juga. Bertanyakan soalan cepumas seperti itu. Tapi (Eiiii banyak pula tapi-tapinya), dia hanya nak mulakan perbualan saja. Itu pun susah. Air mata Fahrina tidak tertahan dan terus mengalir keluar dari kelopak matanya satu per satu. Jiwanya tiba-tiba rasa remuk dan sakit sangat apabila dimarahi seperti itu. Entah kenapa, air matanya menitis. Hatinya kuat, kenapa boleh jadi seperti itu.
Suasana dalam kereta tersebut kembali sepi semula. Aqimi pula meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju. Ditolehnya sekejap gadis yang berada di sebelahnya itu, tedapat bekas-bekas air mata yang telah tumpah di pakaian Fahrina.
Dia menangis?
Bisik hati Aqimi.
Perasaan resah dan gelisah mulai menguasai dirinya. Sebelum ini dia tidak pernah melihat seorang gadis menangis kerananya. Kali terakhir dalam hidupnya melihat perempuan menangis adalh ketika adiknya Fitriey menangis melihat arwah ibu dan ayahnya. Aqimi tidak tenteram. Jiwanya mulai kacau. Dia tak mampu melihat gadis menangis. Tapi perasaan itu terus ditahannya selama mungkin, kerana dia tidak mahu kalah dengan ego.
Keadaan dalam kereta itu sangat sepi kembali. Kedua-dua mereka diam.
Tiba di destinasi yang ingin dituju dan tepat pada waktunya. Mereka berdua keluar dari kereta tersebut. Aqimi memberikan kunci keretanya kepada penyambut tetamu di hadapan. Ditolehnya sekali lagi Fahrina, masih diam tidak terkutik. Mahu saja ditegurnya, tapi apabila melihat make-up gadis itu nampak luntur sedikit, dia menyelok poket belakangnya yang mempunyai tisu dan Aqimi meminjam sebentar pen yang ada di kaunter hadapan hotel tersebut.
Aqimi memanggil Fahrina yang sudah jauh meninggalkannya.
“Fahrina! Mari sini sekejap.”
Fahrina membalas panggilan itu dengan kesepian. Hatinya masih sakit. Sakit yang tidak tahu mengapa?. Aqimi berasa geram dengan perbuatan gadis di hadapannya itu, dijerit untuk datang ke dia dengan baik. Fahrina pula membalas dengan muka masam. Memang nak kena betul.
Aqimi mengejarnya dari belakang dan apabila berada di belakang Fahrina, dia terus memukul kepala Fahrina dengan telefon pintarnya. Fahrina terkejut dengan perbuatan BELIAU itu dan ingin sahaja dia memberi tumbukan sebagai tanda pembalasan. Bila dia meggerakkan tubuhnya ke belakang.
Fahrina tersentap apabila melihat ada sekeping tisu yang tertulis …
“Muka kau nampak L.E.S.U , dan Make-up kau pun dah Luntur. Gadis kuat mengelamun.”
Fahrina betul-betul terkejut melihat tisu yang dipegang kemas oleh Aqimi. Hatinya, menjerit suka. Mindanya, menjerit penipu. Dua-dua memberontak. Namun dipadamnya perasaan itu dan terus mengambil tisu yang berada di tangan jejaka yang penuh dengan perangai misteri dan pelik itu, dengan pantas dia terus ke bilik air bersama tisu itu sekali. Aqimi hanya mampu tertawa kecil melihat gadis itu berperangai seperti keanak-anakan.
Hahaha… Kata bodyguard. Tapi perangai macam budak Ribena jer. Gelaknya.
Fahrina pula tidak mempedulikan jejaka pelik itu, tapi dia terus menuju ke bilik air . Sebenarnya tujuan dia bukan sekadar untuk memperbaiki make-upnya tapi dia ingin memberitahu Wawa yang dia sudah tiba di Hotel grand tersebut. Masuk sahaja ke dalam bilik air , dia terus mengunci pintu dan memasang alat pendengar di telinganya dan menghantar isyarat kepada Wawa yang dia dah sampai.
Selesai berbuat demikian, Fahrina keluar dari bilik air tersebut dan berpura-pura menghadap cermin dan mengoleskan lipstick dan mengenakan blusher yang berwarna pink di kedua-dua pipi yang tembam itu. Dilihatnya berkali-kali dan berpuas hati, Fahrina keluar dari bilik air itu dengan perasaan selamba.
Dalam masa yang sama.
Sewaktu Fahrina masih sibuk dalam bilik air itu, Aqimi merasakan seperti ada yang sedang mengekori dia. Namun cepat-cepat dia buang perasaan tidak baik itu. Beberapa minit telah berlalu, dia masih rasa ada seseorang sedang melihatnya. Tapi siapa? orang di lobi utama itu sudah tidak kelihatan lagi. Semuanya sudah mengambil tempat masing-masing untuk menyaksikan event mewah itu.
Hisyyy.. Perempuan ni di mana juga? Gumam Aqimi dalam hati.
Tiba-tiba, bahunya ditepuk dari belakang oleh seseorang. Aqimi cuba melihat siapakah gerangan itu. Tapi dia masih rasa sangsi dan berwaspada, takut orang yang menepuk bahunya adalah orang-orang jahat.
Dipandangnya ke belakang….
“Woii! Apa pandang-pandang. Aku dah siap. Jom pergi.” Tegur Fahrina dengan nada sedikit ganas . Aqimi, berasa tenang kembali. Orang itu adalah Fahrina. Mujurlah. Aqimi tersenyum kepada Fahrina secara tiba-tiba, menampakkan lesung pipit di sebelah pipi kanannya. Sekali lagi mengingatkan dia kepada seseorang, bahang di mukanya mula membara, pandangan antara mereka berdua saling bertaut. Keadaan yang sunyi di lobi itu, membuatkan hati Fahrina seolah-olah di dalam cerita hindi. Aqimi juga dalam keadaan itu.
Aqimi dalam hati…
“Cantik juga perempuan ganas ni bila tengok dekat-dekat. Ayu dan dalam masa yang sama anggun”
Fahrina dalam hati…
“Apa aku buat ni??? Kenapa aku rasa macam dah jatu hati ni?!? Weiii bangun Fahrina!”
Ehem! Ehem! Suara seorang gadis datang dari hadapan mereka.
“Maaf mengganggu Encik dan Puan, Event Dato’ Syed Samsul dah nak mula.” Pelawa gadis itu tersipu-sipu.
Aqimi dan Fahrina tersentap dan mematikan lamunan drama hindi mereka dan terus meluru masuk dan mengambil tempat duduk.
……............................
Cisss tak guna! Bedebah betul perempuan tu. Suka hati dia je nak gagalkan racangan aku. Dia fikir dia siapa?!?
Sekujur tubuh yang berbaju hitam dan memakai mask yang mempunyai corak naga meninggalkan lobi itu.
………..........................
Aqimi dan Fahrina tidak duduk dalam meja yang sama. Fahrina nun jauh terpinggir di bahagian belakang. Aqimi pula berada di hadapan, di bahagian meja VIP. Dalam kesibukan Aqimi bercerita dengan para Dato yang bercerita hal-hal urus niaga dan bisness serta Datin-Datin yang sibuk bertanya kepada Aqimi jika berkenan atau dijodohkan dengan anak mereka. Fahrina menerima beberapa jpg (Gambar) yang dihantar oleh wawa kepada.
Memang benar tekaan Fahrina, seorang lelaki atau perempuan yang memakai pakaian serba hitam yang melanggarnya ketika dia baru keluar dari bilik air itu tidak sah lagi, orang yang mereka cari… dan … sudah pasti orang ini juga sedang memburu Tuan Aqimi. Kerana dia perasan lelaki itu sedang menunggu untuk menerkam mangsanya yang tertinggal sendirian. Mujur dia cepat. Kalau tidak hancur misinya.
Pesanan ringkas
………………….
-Wawa boleh tak guna hack CCTV dalam hotel ni? Aku nak cari siapa orang ni sebenarnya.
-Orait! Sekejap.
…………………
“Tuan-tuan dan Puan-puan serta hadirin sekalian, kini tibalah masanya untuk Dato’ Syed Samsul untuk memberi ucapan pada event yang penuh gilang-gemilang ini. Beri tepukan!” Pengacara majlis berkata.
Semua para hadirin yang berada di situ bertepuk tangan sebaik sahaja Dato’ Syed Samsul itu keluar dari belakang pentas. Dalam masa yang sama Aqimi tiba-tiba sahaja berdiri dan keluar dari tempat tersebut.
Fahrina pula masih sibuk meneliti gambar yang dihantar oleh Wawa. Walhal, orang yang mesti dijaganya telah keluar dari tempat yang riuh ini.
Pesanan ringkas
…...................
-Okey rin! Dah settle.
-Baiklah.
-Eh ! Kejap! Fahrina keluar sekarangg!!!!!”
………….........
Fahrina terkejut melihat pesanan wawa seperti itu dan segera melihat keberadaan Aqimi. Aqimi sudah tidak kelihatan lagi. Fahrina mulai berasa cemas lalu dia meminta diri untuk keluar dan mencari Tuan Aqimi di Hotel besar ini.
“Hello?!? Wawa dengar tak?” Panggilnya dalam panggilan rahsia.
“Rina?! Baik kau ke tingkat 5 sekarang. Tuan Aqimi sedang diekori ni oleh orang yang kau nampak tu. Cepatttt?!!” Jawab Wawa berseloroh.
Fahrina segera memasukkan peluru ke dalam pistol yang di bawanya dan naik ke tingkat 5. Bila dia tiba di tingkat 5, satu bangunan tiba-tiba sahaja menjadi gelap gelita. Kedengaran jeritan manusia di dalam Hotel itu berlarian keluar kerana terkejut apabila lampu dipadamkan satu Hotel itu. Fahrina mula gusar. Di cuba memanggil Wawa dalam talian. Namun gagal! Tidak dapt disambungkan.
cisss! Tak guna.
Tuan Aqimi!!! Tuan kat mana?! Tuan Aqimi! Jeritnya di tingkat 5 itu. Setiap bilik di bahagian itu dibukanya dengan cermat. Hampir sejam dia mencari dan memanggil masih tidak berjawab. Tiba-tiba pembesar suara di tingkat tersebut berdesing. Bingit bunyi lalu bertukar menjadi suara manusia.
“Fahrina. Apa khabar? Lama kita bertemu?” seseorang sedang bercakap dengan nada yang agak garau. Fahrina menyuluh speakers kecil itu dan cuba menangkap dan mengecam pemilik suara itu.
“Kau siapa?! Dari mana kau tau nama aku?”
“Hahahahahaha. Nampaknya kau semakin lemah! Penglihatan kau dan pergerakan kau semakin Lemah! Perwatakan kau juga semakin ayu macam kucing! Hahahahahahah !!! LEMAH” Tawa suara misteri itu mengejek diri Fahrina.
Fahrina cuba mencari CCTV di kawasan itu. Tapi dia tidak menjumpainya, keadaan di situ sangat gelap dan Fahrina hanya berbekalkan lampu suluh yang tidak beberapa terang. Dia semakin bengang dengan pemilik suara itu.
“Apa yang kau nak hah?! Bedebah betul kau ni kan?!? Kalau berani keluar laaa!”
“Hahahahaha! Mungkin lain kali aku akan keluar. Sebelum itu, aku nak ingatkan kau. Misi yang kau buat dulu telah banyak menyakitkan hati aku.! Semuanya kau sapu! Kau fikir aku akan lepaskan kau senang-senang sahaja.? Fahrina, kau kena ingat walaupun Aqimi tidak tahu kau ini adalah perisik yang menyamar sebagai “Bodyguard” sahaja, ingat dia orang penting untuk aku jadikan sebagai tikus putih. Hahahahhahahahaha” Sekali lagi suara garau itu berseloroh menceritakan kisah hidupnya lalu dia menyambung lagi,
“Tak mengapa. Kali ini aku lepaskan kau Fahrina. Dan ingat rahsia kau juga akan bocor. Kau dan Aqimi akan jadi Tikus putih aku. HAHAHAHAH!!!”
Booomm!!
Speakers itu meletup dan seluruh bangunan hidup kembali.
Fahrina semakin binggung. Misinya kini semakin rumit.
“Berani kau ugut aku?!!?!?!?! Arghhhhh!! keluar laaa pengecut.“ jeritnya.
Tiba-tiba, kedengaran satu suara memanggil namanya. FAHRINAA!
Fahrina menoleh ke belakang, dan panggilan itu adalah dari Aqimi. Dia segera menyembunyikan pistol yang berada di tangannya dan menuju kepada Aqimi.
“Tuan?! Tak apa-apa ke? Tuan okey?” Tanya Fahrina bertalu-talu.
“Err..r.. Aku rasa aku okey.. Cuma kepala aku sakit sangat.” Jawab Aqimi tergagap-gagap lalu dia jatuh terkulai di lantai itu dengan keadaan tidak sedarkan diri. Fahrina menjadi cemas dan apabila dia cuba untuk mengangkat Aqimi, terdapat kesan darah di bajunya. Bila dia melihat kepada Aqimi, darah itu dari kepala Aqimi.
“Tuan!!!!!!!!!!”
“Wawa.. wawa.. wawaa! Hello waa…
TOLONGLAH JAWAB!”
…………………………