Wednesday, 24 June 2020

I dunno what title to make

Assalammualaikum

Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun start macam biasa. Tapi biasanya di sini lain sedikit. Kelas bersemuka secara online.

Kelas online bagi aku okey .. Okey bila line internet kau unlimited dan laju.
Yang tidak okeynya bila data bulanan sedikit saja dan line selalu slow dan lost connection bila online classes. Aku la tu dan juga pelajar lain d luar sana.

Ada juga aku terbaca daripada facebook, dia merupakan pelajar mahasiswa yang tinggal di Kota Kinabalu. Dia hidup di kawasan pendalaman yang mempunyai line internet yang slow sehingga keluarga dan rakan-rakannya membuat pondok kecil buatnya untuk kelas online. Rasa terharu dan sedih kesanggupan dia mengharungi cabaran kelas online macam tu sekali.

Meanwhile me. Line memang kadang-kadang okey dan tidak, tapi kebelakangan ni aku selalu stress dan rasa anxiety tu makin menebal. Entah kenapa bila aku d rumah selalu ja rasa begini. Mungkin sebab kerja rumah kena urus juga... Anak buah seorang kena jaga.. Beliau ku skrg ni tak berapa sihat. Ya mungkin itu puncanya.

Aku sampai menangis sebab terpaksa simpan sendiri rasa stress dan Anxiety ni...
Macam kelas tadi petang. Aku memang nak present gambar aku kat sir... Tapi macam-macam aku fikir.
Tangan aku sejuk, bkringat...
Tak henti-henti rasa aku kena present juga dengan sir
Otak aku tu jadi narcisistic ... Bangga dengan kerja sendiri 
Mengharapkan orang akan bagi pujian... Mengharapkan orang akan memanggil nama ku untuk present... Macam-macam aku fikir

At the end bila present semua benda tak jadi... 
Rasa nak mati rasa nak hilang ja lepas present kerja ku tadi..
Aku rasa seolah-olah aku dipandang serong.. Serong seperti menunjuk-nunjuk kerja. Aku rasa macam tu.... Anxiety ke ni .. Aku pun tak pasti...

Terus semangat ku down.. Rasa tidak mahu untuk participate lagi secara terbuka... Rasa nak diam ja...Aku wujud ka tak wujud ka tak kisah.... Aku selalu fikir negatif.. Kuat sangat sampai aku rasa orang sekelilingku muak melihat diriku.

Kadangkala aku cuba buat diriku terbaik di depan orang, walhal benda bgitu memakan diriku sendiri. Aku sedar keadaan tu tapi aku tetap buat. Bila benda tu terjadi aku menyesalinya. Rasa menyesal teramat.

Aku tak tahu apa orang fikirkan sebenarnya, tapi kata hati ku lebih kuat menyatakan aku ni hina dan suka menunjuk-nunjuk... Rasa begini aku tak suka.. Fikiran begini paling ku benci tapi tetap terjadi.

Apa aku harus lakukan ?
Aku sendiri tidak tahu jawapannya
Buat masa sekarang cukupla aku mendiamkan diri
Sama seperti orang lain. 


Diam
ya...
Diam itu lebih baik..



Sekian

I dunno what title to make

Assalammualaikum Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun st...