Tuesday, 5 November 2019

Life Here In UPSI.

Assalammualaikum W.b.t


Hi reader.
Apa khabar anda ketika ini? Anda sihat atau tak seberapa nak sihat ?
Kalau tak sihat tu, semoga diberikan kesembuhan daripada Allah S.W.T.
Jadi, hari ni...

Aku nak cerita la sikit dengan life baru aku. Dulu life aku dengan tingkatan 6 di Agaseh, sekarang ni adalah life aku yang baru di UPSI.
Woahhhhh Upsi!

Actually, I still can't imagine myself being here as a STUDENT. Well, cuba bayangkan betapa ramainya students lepasan STPM, Matriks dan Diploma yang berebut'' nak masuk sini. Tambahan lagi, kawan-kawan aku yang di agaseh dulu hampir majoriti pilih UPSI sebagai pilihan pertama mereka bila nak sambung Universiti nanti.

Allahuakhbar!

Sesungguhnya kuasa Allah itu sangatlah tidak terjangkau oleh manusia.
Tak sangka aku di sini belajar.
Akhirnya, mulut penemuduga SPA8 tu pun masin jugak. Kalau ingat balik kisah masa aku interview Spa haritu. Ketawa sendiri aku plus depress la jgak ( yalah, siapa bah tu ndak mau kerja kerajaan. Begitu lagi kau sudah diberi harapan tinggi oleh parents mu. Ndak kau depress bila ndak dapt ).
Aku ingat balik, masa interview tu penemuduga tu balik'' bagi soalan pasal sambung uni, and so on.
(Macam dorang tau-tau ja aku mau belajar).

Last sebelum aku keluar dari bilik interview tu, penemudga tu kata apa..... Dia cakap, kalau tak dapat kerja ni pun, saya doakan dan harap kamu dapat sambung universiti. Dan kalau kamu diterima bekerja di sini, saya pun doa dan harap juga kamu teruskan belajar.

hmm

memang sd tau tu, kompom ndak dapat punya lah.

Dan lihatla saya. Di sini.. Sebab kemasinan mulut dua orang pegawai tu. GAHAHAHHAHA.
Eh! Tak la, semua ini rezeki Allah. Allah yang berikan aku rezeki untuk belajar di sini.
Banyak dugaan dan demi dugaan Allah beri sebelum aku masuk ke sini.
From Medsi, Interview dan lepas dapat keputusan UPU ni. Sangat banyak yang aku kena lalui.

Depress itu ada. Aku tak boleh nafikan. Sampai sebab hatiku terlampau sakit dan sedih aku buat kerat tangan (whoopps! Aku buat tak sampai berdarah'' ya ) . Yalah, sebab sakitnya tu, kau mau cerita dengan orang pun masih ndak boleh bawa bincang.

hehehe.... Syukur Alhamdulillah, kerana Allah aku di sini dan kerana Restu Mak dan Ayah serta Family ku. Akhirnya aku menjejakkan kaki di sini.

Okay! Back to the first main point of the story.

Soo, life baru di UPSI ni macam mana?
Well, at first. Minggu pertama kau di sni sebagai anak perantau memang HOMESICK GILA!!!. Yalah kau jauh dengan parents mu, jauh dari rumah, jauh dari bilik rumah mu, rindu dengan suasana kampung halaman dan so on yang menarik di rumah DESA BAJAU LAHAD DATU tu. Serius, aku homesick sangat. Mana lagi aku di tambah dengan rasa sedih dengan Ayah ku yang selalu sakit-sakit sudah. Aku menangis mau katakan hari-hari di sini.
Tapi, lama-lama dah okey.

Sebab kau kenal ramai kawan (Walaupun aku sebenarnya rasa masih lonely), Anne dan Ain pun ada di sini sambung belajar di Upsi n then kau sudah mula sibuk dengan Assignments. Ni benda buat kau sedikit sebanyak belajar untuk tidak terlampau homesick dengan rumah.
Syukur.
Rutin harian macam biasa la, bangun pagi gosok gigi, cuci muka terus mandi....... sambung.....

HHAHAHHAHA
Mesti kamu menyanyi ni kan.

Okey, lepas tu pergi kelas. Upsi ni ada dua kampus. Kampus Baru dan Kampus Lama.
Kampus baru ni lah tempat aku tinggal sekarang ni untuk sem satu (next sem ditendang suda). Di sini jak yang ada DTC (dewan tuanku canselor). Tambahan lagi, di kampus baru ni majoriti banyak bangunan baru (lah suda namanya kampus baru kan). Kalau Kampus lama pula, di sini banyak bangunan lama" sudah. Suasana nya pun di sini macam suasana rustik. Lama'' sudah.

Bah.... Memang siuk la juga belajar di sini. Biasala tu stress belajar. F6 pun stress ni kan uni.
huhuhuhu


Tuesday, 5 February 2019

2K19

Assalammualaikum W.B.T

Lamanya aku tak update cerita untuk blog ni. Kononnya, lepas saja STPM ni… Aku nak lebih regulary update cerita untuk blog ni walaupun aku tahu, tak da orang pun nak baca. Hahaha :’)

Tapi tak salah bukan nak update cerita dalam blog ni. Blogku juga. Mau malu apa bossku (N****)

Okey!  Done merepek .

Soo, for today stories…

Sebenarnya aku tak tahu nak mula dari mana… Ouhhhh iya.
Happy NEW YEAR dear blog dan dear ghost reader !  Hehehe.. Sorry la baru mau wish . Bulan 2 sudah mau aku mau meng-update .
Apa-apa pun New year ni mesti korang ada New Year Resolution kan? Mesti ada nak jadi orang berguna untuk kedua ibu bapa mereka. Aku yang baru ni tahun baru. Aku kurus sebab last year aku gemok, dan macam-macam lagi la New year Resolution untuk tahun ni kann?

Kalau aku lah,
Aku anggap tahun baru ni, macam sama je dengan tahun sebelum ni. Cuma yang berbezanya, aku kat rumah jer… Jadi penunggu anggur. Nak kerja…. Tak da panggilan, tggu spai8 masih belum berjawab. Hemmm… Sabar la nak.

Eh berbalik kepada new year resolution, Kalau aku.. Aku just nak aku sentiasa gembira bersama keluarga ku. Tu jerr. Simple…

(ELEHHH!!! TU JAWAPAN CLICHÉ)

Hahaha, sebenarnya aku pun ada NYR, Cuma aku rasa baik aku ambil jalan tengah jer…. Sebab kita Cuma merancang, Allah yang tentukan. Tak semua benda yang aku rancang tu akan jadi sama seperti yang aku harapkan… Mungkin ada yang akan berlaku, Cuma tak sama dengan apa yang aku bayangkan… Sooo daripada aku mengharapkan apa yang ada fikiran ku, lebih baik biar Allah sahaja yang aturkan perjalanan tersebut. Sebab perancangan daripadaNya lebih baik sebenarnya.. Cuma kita jer tak nampak.

Jadi anda faham?

Maybe kalau ada yang baca ni, mesti ada yang rasa offended . Mesti ada yang akan bercakap (Alaaa kau je tu yang rasa cepat putus asa … bla.. bla… and soo own ) Don’t judge me okey, every person had their own opinion. Aku bukannya cepat putus asa. Cuma aku lagi suka perjalanan hidup ku begini. Kadang-kadang semua yang kita harapkan tak akan sama seperti yang kita idamkan… Aku dulu selalu expect macam ni “okey aku rancang macam ni, kita plan itu dan ini, kompom akan jadi”.

At the end, bila benda tu tak jadi… Aku yang rasa frust, rasa bersalah dan kebahagiaan yang aku harapkan awal-awal perancangan ku menjadi kemurungan untuk sehari. Tu la sebabnya aku ambil jalan tengah…. Kita merancang Allah tentukan. Sama ada benda tu baik atau buruk kita tak tahu rahsia Allah sebaliknya…

Soo anda faham? Kalau masih tak faham sila jangan baca. Teruskan untuk cerita seterusnya…
Hahahahaha :’)

Jadiii…….

Masuk tahun 2019,

A new baby was born into this world and for our Family! And his named is RAFF ADREAN MONTILLA.
Aku dah ada anak buah baru lagi! dan keluarga kecil kami  dah semakin bertambah bilangannya. Mamak dan bapakku ada dua sudah cucunya. Tak lama lagi kakak ku kawin (opsss! spoiler ) bertambah la lagi anggota untuk MONTILLA FAMILY. Part yang paling special dan sungguh tak sangka adalah, c ayyid dengan adiknya baru sama tarikh lahir dan sama bulan!!!! Hahahah… tak sangka adik Raff mau juga sama-sama dengan abangnya ayyid nanti sambut birthday. Soo bila sambut befday nanti jimat la sikit kakak ipar dan abgku. sebab dua” sambut sama-sama.

Tak sangka pula kan… Walhal, due kakak ipar ku sepatutnya tanggal 18 bulan 1 lagi.. Cuma masih x da tanda-tanda baby tu mau melihat dunia awal. Sebelum-sebelum ni pun, aku memang ada cakap.. Kan bagus kalau baby raff sama befday dengan abangnya… Sekali, last-last. Betul” plak!.

Syukur Alhamdulillah,

Kehadiran baby baru dalam hidup kami, sangat bermakna dan Alhamdulillah kepadaNya, kakak ipar ku selamat melahirkan anaknya tanpa ada sebarang kesulitan…
Cuma yang sedihnya, abangku xda disamping isterinya ketika melahirkan anak mereka yang kedua… Demi mencari rezeki, c ayah terpaksa berkorban tenaga dan masanya untuk keluarga…..Abangku terpaksa pulang awal kerana ada sedikit kekangan kerjanya. Aku faham perasaan abangku… macam mana rasa rindu dan sakitnya pula rasa berjauhan dengan isteri dan anak-anak.

Tak apa, Allah tu maha adil.. InshaAllah abang akan pulang juga bersama keluarga mu juga.

hemmmm…. rasa sebak pula..
Macam mana lah tu kan kalau kejadian sama berlaku dengan aku. Aku sendiri pun x boleh bayangkan.

Itula orang kata, pengorbanan ibu dan ayah tu tidak boleh di ganti dengan sesiapa pun selain daripada mereka. Tu la aku rasa aku mau gembira dengan mereka berdua. Kadang-kadang, bila aku mengadu mahu minta beli sesuatu, mesti dorang akan cakap “ya nak, kamu pakai la dulu duit ni, nanti ganti sak balik kalau ada orang membayar hutang”….. Ya Allah, rasa luluh hatiku mendengar.. terus aku rasa bersalah dan sebak mendengar kata-kata mereka. Ya Allah, kesanggupan mereka dan derita demi memberikan kebahagian untuk anak mereka… Tiada siapa yang tahu selain Allah… Setiap kali mendengar jawapan itu keluar dari bibir mereka, buat aku rasa kuat untuk balas balik segala kebahagian mereka beri sama aku dulu. Walaupun, kadang-kadang pendapat ibu bapa kita ni ada yang menjengkelkan buat sakit hati. Aku harus kuat!! Walau apa pun !!!

Soo…
aku rasa cukup la cerita untuk harini..

Lain hari, nanti ku update lagi cerita baru.


Bye! Selamat bercuti dan selamat tahun baru cina!

I dunno what title to make

Assalammualaikum Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun st...