Friday, 16 November 2018

Month of Suprise (PART 2) - MAJLIS KONVOKESYEN DAREAH LD FORM 6

Assalammualaikum W.B.T.





Hello there.
I'm back again with my silly story (i guess)
So...

For today story, aku nak kongsi lah sikit cerita / momento masa konvo tempoh hari (bulan 10) ... Who knows it already past 3 weeks now. dan sekarang aku di sini tengah tunggu exam P3 ku habis.

The story begins with excitement in my minds.
Pagi tu aku dengan omma aku sedang menunggu di depan dewan SK PEKAN 2 tu. Masa tu belum ramai lagi yang datang (bagi pelajar kelas ku sak la). Mau dekat jam 8 begitu tak silap, datang sudah guru-guru f6 SMK AGASEH dengan baju konvo kami. At first, aku sangka siapa dulu datang awal dia dapat baju ikut saiz dia.(KATA CIKGU C) BUT the things is, there are no rules like that! Peraturan tu dah jadi begini "SIAPA CEPAT DIA DAPAT". What the hell? . Aku yang punya lama menunggu, last-last dapat baju saiz XL. Kau rasa??? dann, orang yang baru" sak sampai, dapat baju ikut saiz dia. SHEK THOSE THING.

But me... being an angel there. Hanya melihat saja.(Walaupun hati sakit hati sebenarnya)
Sabar itu separuh daripada IMAN.

Selepas sak insiden baju tu, Tc Mataji kami suruh la kami semua ni berkumpul di tangga ka tu... nth la apa dipanggil tu, untuk bergambar ikut kelas, walaupun ada jugak yang lambat datang.
Waktu tu bukan aku yang pegang camera. Aku minta tolong dengan budak lower tuk tolong ambik gambar (which then it was a backfired plan) . and bla bla bla setelah selesai bergambar, kami disuruh lagi beratur. Cek siapa yang belum datang. Hurmm....

Kami budak f6 2018 memang susah diurus sebenarnya.

Dipendekkan cerita. Kami pun masuk lah ke dalam dewan. My first impresion. "WAUUU AKHIRNYA AKU KONVO JUGAK!"

Okey, kami masuk time tu bukannya terus duduk dan menunggu kehadiran segala YB . Tapi aku (sekali lagi) disuruh berkumpul dengan penerima anugerah SMK AGASEH yang lain (Zue, dila, vyna, epa,naqe, dan marun)  di depan pintu dewan tu. Tunggu punya tunggu yang lain. Tau ka cikgu di depan tu terpaksa sudah memanggil nama kami untuk ke depan dan ambil TAG nama kami. Astagaaa! Bikin malu yaa >_< Namaku lagi tu disebut duluan.

"MOHON PERHATIAN. PELAJAR YANG BERNAMA NOR ATIKAH MONA MONTILLA. SILA DATANG KE HADAPAN SEKARANG"

Aduhh.. aku terpinga-pinga ke depan tu dalam keadaan memalukan .
baru aku dengan beraninya ke depan sendiri" (dan diikuti dengan penerima anugerah yang aku sebut tadi tu) menahan malu macam mau dead sak.

Tiba sak di depan tu, cikgu tu suruh kami ambil TAG anugerah yang kami dapat. Soo aku yang tiba duluan.. Aku dapat la TAG ku (Well, for your info aku penerima anugerah pelajar terbaik PAM yee). Lepas tu aku mau duduk sudah (Tempat paling depan, baris pertama dan kerusi pertama.) terus cikgu tu suruh aku datang balik ada lagi satu anugerah aku dapat. Punya la aku hairan masa tu. Aku dapat anugerah mata pelajaran sak pun. Natang bende lagi aku dapat ni?

Rupa-rupanya aku lah yang dapat anugerah (ANUGERAH TOKOH). Selama ini aku sangka c marun. sebab ckgu M sudah bgitau, yang terima anugerah tu orang lain dan bukan dari kelas kami. 
Jadi, cikgu tu pun bagilah TAG aku tu dengan sedikit marah lah. Sebab aq ni ngok" jugak sikit.

Lepas sak insiden TAG" tu. aku duduk la dan orang disebelah ku ni, perempuan jugak. Aku dengan tak tahu malu (Kebabbalan) menanya la dia. macam ni....

"Kenal ka siapa namanya Nirwana? dan dari sekolah mana?" (what an innocent answer it is)

Dia senyum
Aku senyum balik
dan

Ni part paling memalukan sekali lagi dalam HIDUPKUU
dia cakap begini.

"Tika! aku la ni. Nirwana. Kau ndak ingat ka sudah?. Kita kan pernah jumpa masa SUKTEM(sukan t6) tempoh hari PUBLIC SPEAKING tu?"

Dan..
Aku hanya ketawa menahan malu sebab aku lupa sudah dengan kak Nirwana. 

Apa aku buat.....
Aku cakap laa banyak yang kenal kak Nirwana ni sebagai seorang budak lelaki. Sebab satu namanya tiada bin or what so ever. Second, Nirwana tu boleh jadi lelaki dan perempuan. Kau rasa?
Hahaha.. aku pun ingat begitu jugak.
Tapi dia She okey.
Apa" pun kak Nir memang Hebat la.

Pelajar Terbaik keseluruhan untuk Sains tulen, Tokoh dan macam" lagi la dia dapat anugerah. Bila terfikir balik kan. Adu kecilnya aq rasa dunia ku masa duduk di sebelah kak Nir.
(Aku panggil dia Kak sebab dia 2 tahun tua dari aku dan aku sendri tak tau kenapa kak nir tu lambat smbg f6).

Dipendekkan cerita. Kami bercerita la sampai acara Konvo dimulakan. (dan aku adalah orang pertama naik pentasssss. Punyala bikin seram. Malas aku mau ingat balik waktu tu ).

ACARA HABIS!
dan
Kami berdiri cari mak dan ayah masing". Ada yang di bagi bunga. Aku pun dapat juga. Omma aku belikan. thanks mom <3 dan ada yang bergambar dengan family dan friends sebagai kenangan dorang. How sweet.

Tapi!! (banyak betul tapi")

Aku pula terkandas dalam situasi memalukan sekali lagi .
(kenapa waktu tu banyak betul insiden memalukan ya)

Waktu aku mau bergegas mencari  mamak ku.
Terjumpa pulak aku dengan c angela (sama juga insidennya dengan kak nir. Aku lupa juga)
Aku kenal dia masa konvo jugak. Tapi waktu tu aku jadi jurugambar SMK AGASEH dan sekolah dorang adalah Tuan Rumah majlis konvo tahun lepas. Dia waktu tu menari tarian unduk ngadau . Hahaha.... Brings a lot of memories. Aku gambar dia sebab cantik!
Serius cantik!


Sooo.. dia ucap congrats dan ajak bergambar. But this story is most humiliating for me. Why pulak atik? Kan dia ajak bergambar sak.

This is what you're wrong.

At first aku sangka dia ajak aku bergambar dengan dia sak. Tapi rupanya ada udang di sebalik bihun sup.

Rupanyaaaa dia di suruh rupanya ! oleh kawannya c (aku malas mau sebut tapi biarlah. Sebab bukan ada pun yang mau buka blog ku ni :") aku sebut nama bapak dia  sak lah) buraira.

Ya ampuunnnn! Bikin maluu bah!
Memang sudah aku agak.. masa dia mau ajak bgambar tu .. memang x sedap hati ku.
dan paling buat aku mau kubur muka ku di tanah pada waktu tu adalah.... Semua kawannya budak SMK SEPAGAYA berteriak macam pappau sak bila aq di depan dorang!!!

Aduhh .

Entah la

macam mana mau describe perasaanku waktu tu

huh

dan c buraira tu pun bangun dari tempat duduknya dan p keluar dewan ajak bergambar di luar.
(Seriously)

Mau menangis aku waktu tu.... malu betul!!!!
Argh!!!
 Sudahla aku ni ngok" juga.

Dan last" aku bgambar la dengan c buraira (Which dorang bestfriendku Atira , zue, ain , mimi, lijah , papau, anne, dan vina suka betul kasi kena" dia dengan aku. Walhal aku kenal dia sama juga macam c angela.)

Aku malu bukan sebab suka.
Aku malu sebab kawannyaaa semua teriakkan aku bertepuk tangan bila kawan dorang c buraira tu bgmbar dengan perempuan!!!!!!!!!!!!!!!

dan perempuan itu adalah aku.

Bikin sot!

Apa-apa pun aku dengan c buraira memang tidak ada apa-apa pun . Sumpah demi Allah. dan dia pun ada sudah kekasih hati. So atira, usah kenakan aku lagi dengan dia. Alright?

DONE part memalukan.


Sekarang ni part paling menyedihkan.
Aku dapat bergambar dengan mamakku sekejap sak. Lepas tu camera ku lagi mati. Gambar pun sikit sak.
And then semua mau kelam kabut mau balik.
dan Mamakku sudah semakin naik angin dengan aku sebab balik" menghilang.

Tapi at least ada lah juga dengan 9/9 kwan ku tu.

Masa semua mau pulang tu. Mamak ku sangka kami sudah di kasi tinggal oleh bapak c ijan.. Sebab masa awal" tu , mamakku cadang ikut mamak c ijan la pulang nanti . Soo my mom called my dad to pick us up . Tapi, mamak c.... datang dan suruh la kami ikut pulang sama-sama dia. Mamakku cakap ndak payah la.. Sudah juga di telefon bapakku. Tapi ndak mau jugak. Suruh la sama". Dan mamakku terpaksa la ikut juga dan so do I.

Akhirnya aku pulang tanpa bergambar bersama mak dan ayah ku di padang waktu konvo tu ari.
Bergambar sama ckgu Mariati juga tak dapat dilaksanakan. Bergambar ramai-ramai sebagai kelas UPM yang lengkap dengan ibu dan ayah 6AUPM  pun tak dapat. Sebab semua plan ku jadi backfired!.
Uhggg...


Itula moment aku paling sedih sekali. dan hari tu juga la.. aku rasa macam bukan konvo. Sebab gambar ku yang paling aq ingin buat pun tiada. Semuanya jadi fake hope.
Seriusssss aku mau konvo balik.
Bolehka?

But, past is past.
Sekarang I need to focus on finishing my studies and my final exam.

Apa-apa pun.Walaupun menyedihkan sebenarnya, tapi ada juga bestnya.
Memang suka duka lah. \ (^_^) /


Soo... that's all for the month of surprise part 2 .
Hope kenangan ini akan terus terpahat di memori ku.

Aaminnnn..

thnk for reading.
Love you.
























Monday, 5 November 2018

Month Of Suprise (PART 1) - CAMPING DI PULAU BUTA

Assalammualaikum w.b.t.

hi dear reader (actually only me)

Finally! I got some time to post another story of my life. Entah berapa lama aku tak mempost, mungkin dalam 3 atau 4 bulan begitu kot? Mungkin. Apa tidaknya, sibuk dengan WORLD OF FORM 6 STUDENTS. Well, duh.

Tanpa membuang masa, saya mulakan mukadimah post hari ni.

Cerita untuk kali ni adalah tentang bulan 10. Kenapa pula dengan bulan 10? Ap yang terjadi?!
Well, bulan oktober yang lepas berlaku kejadian yang tidak boleh diucapkan dengan perkataan sahaja. Tapi mesti dikaryakan kepada penulisan ayat yang amat panjang (Cewah! NahuBahasaMelayu ) . Okey, bulan oktober berlaku beberapa peristiwa penting bagi seorang pelajar STPM di SMK AGASEH dan juga sekolah-sekolah lain juga. Sepanjang minggu dalam bulan oktober tu adalah satu penantian yang amat ditunggu-tunggu. (apa bah aku cakap ni?). Kenapa? Sebab, bulan ni lah segala aktiviti FORM 6 dipadatkan kepada kami semua. Di sinila PROM NIGHT (makan malam buat sesiapa tak tau apa tu PromNight), Majlis Konvo daerah LD dan Perkhemahan di PULAU yang membuatkan anda BUTA . Naa petcah kau. Sudahla ndak lama lagi final exam. Ndak kau belau.

Tapi, 
Disebabkan aktiviti tersebut sangattt dinanti-nantikan, soo perasaan macam nak petcah tu tak da hal lah. Boleh handle.

Berbalik kepada cerita, 
Pada minggu pertama (5/10/18)-(7/10/18)

Petang hari tu, kami semua bertolak ke tapak perkhemahan di Telisai yang dinamakan sebagai PULAU BUTA. First", cadangan guru-guru form 6 sebelum ini mau buat camping site tu keluar daripada daerah LD. Pada awalnya cadang di KK, tapi diubah lagi pergi Semporna dan diubah lagiii ke Tawau. Last-last dekat LD juga...... Kamu sangka pemilihan camp kami di Ld ni tak da PROBLEM. This is what you think, but the reality is..... Ada lagi masalahnya. Setelah membuat pemilihan di daerah asal juga which is LD dan bertempat di SILAM COAST. Ditukar lagi ke menara kayangan (which is bersebelahan dengan silam coast juga) . Uinaa semangat sudah kami yaa, kami ni dengan innocent heart redha sak la dengan keputusan guru-guru t6 kami. BUT! all of a sudden, it was changed again and it turn out to be at PULAU BUTA. (Kecewa lagi). Kamu tau di mana pulau buta tu.? Pulau buta ni dekat dengan kawasan Felda sudah. Aku sangka pulau buta ni macam ni...

"Maksudnya, kalau pulau buta ni mesti naik bot lagi untuk ke pulau buta. Sebab... PULAU BUTA is PULAU or ISLAND. Mana la ada tempat begini kalau bukan ada pulaunya kan." What an innocent human am I.

But NOPE. 

Pulau Buta is just a Name for the resort. There is no Pulau over there. Nak pulau? Korang boleh la pergi ke PULAU Pababag. Dekat dengan rumah C PU marun. Hahahhaha.(sorry PU). 
Soo, dalam perjalanan yang boleh dikatakan singkat juga.(yelah sebab area LD kan) kami pun tiba lah di Pulau Buta pada jam 3 sekian,sekian. Sampai sak di sana, ada briefing sesion di dewan kecil di resort tu(aku tak tau la apa nama tempat tu, aku cakap la dewan kecil) and then solat asar bagi muslim yang boleh sembahyang waktu tu. (aku tak boleh , masih dalam red flag) 

After solat tu, kami pun pergilah di camp site nya. Dekat jer.
Keadaan di situ memang betul-betul bukan padang. Sebab, kalau padang mesti ada rumput. Di situ langsung pasir, tandus dan dikelilingi dengan KELAPA SAWET.

Memang berbeza betul laa.

(Sesi memasang khemah)

Waktu tu aku kongsi (kira menumpang) khemah dengan atika amri(she's such a good person to me :) dan juga dengan si dil. So kiranya kami dalam khemah tu 3 orang sak . Thank you so much tika sebab let me stay in your camp sepanjang 3 hari 2 malam tu. Aq tak tau la kalau x da kau ikut time tu, kali bmalam dengan suasana luar . 

Dipendekkan cerita la...

3 hari 2 malam tu, 
HUJAN langsung tak turun
PANAS TERIK yang membunuh sampai burn out di muka yang amat teruk
KHEMAH waktu tu memang tak boleh duduk waktu tengah hari (macam kau dalam oven)
KEKURANGAN AIR sebab banyak air kami diguna untuk masak nasi. (nanti aku cerita)
TUKANG MASAK DAN TUKANG MENCUCI PIRING
AKTIVITI yang memuaskan hati la juga (walaupun istana pasir yang aku cadang mau buat sendiri di kecam oleh ahli kump sendiri)
BALIK-BALIK kena lompat bintang . (Sebab tak patuhi masa)
MANDI TAK MANDI (aku langsung x mandi yaaaaa)
ORANG YANG KUAT MENGECAM di sekeliling
dan 
KAMI KUMP PENGAKAP mendapat tempat ke-3 camping temph hari. No 1 st.John dan no 2 Ranjer Puteri.

Itulah list-list kejadian semasa di Pulau Buta kalau di simpulkan mengikut apa yang aku hadapi.
True Storyy.

Oh! iya, cerita pasal nasi dan memasak tu.
Serius yaa, kami la tukang masak untuk pengakap waktu tu. Aku,c tika, dila, chief masakan kami Fatma dan juga yaniek. Muka-muka kami terus yang masak waktu tu dan aku dan c tika muka-muka cuci piring. Kau pikir ni, setelah diberi perancangan oleh ketua pengakap kami yang kurang cekap tu (malas mau taip namanya) boleh la kami tukar-tukar shif, esok siapa masak, petang dan malam. Tapi malangnya..... That is all just a FAKE hope, especially for me. Bcuz macam yang cakap di atas la tu. urghh... Walaupun benda ni sudah berlalu, tapi serius aku masih tak boleh lupa.

Petang setelah tiba tu, kami semua memasak (semua perempuan datang membantu untuk petang tu sak) ada yang masak nasi. Okey, di sini la yang bikin aku belak. Nasi tu kalau boleh masakla macam biasa. Macam masak di dapur gas tu. Tapi dorang mau dikukus. tau ka .. DI KUKUSSS! Naa.. baru kalau dikukus tu , beras nya sikit, ndak apa la.. Ni ..... Ya Ampun kalah-kalah kenduri 100 orang diletak. siap campur dengan beras wangi. kau pikir ni apa.... Tunggu punya tunggu.... sampai dekat mau isyak sudah. Kumpulan lain sudah siap masak nasi dan makan. Kami lauk siap masak, tapi nasi masih mentah. Waktu tu tgal kami-kami sak yang tak boleh solat yang masak. Terpaksa sudah dorang c yaniek dan c tika ni kasi pindah separuh nasi/beras tu p kuali untuk di masak dan gara-gara inilah air banyak kami terpaksa guna. sebab nasi/beras tu ndak masak.

Gaul-gaul sampai menangis (bau asap) akhirnya di kuali tu masak la juga (ndak teruk macam yang pertama). terpaksa la dimakan.... Aku tak makan sebab semua macam buragassss makan time malam dan sepanjang 3 hari tu. Aku sediakan piring pun meminta walaupun sikit, macam apa sak aku di tengok-tengok sampai habis tu makanan oleh dorang. (Okey ini aku redha)
Tapi......................
Ada pula hamba ALLAH ni yang sudahlah ndak da menolong memasak pandai sak mengomen kami ni ndak pandai masak, terutamanya nasi tu. (Aku kenal, tapi malas mau cakap namanya)

Weina, kalau boleh aku bercakap depannya waktu tu. Aku cakap dengan dia "Kau tau cakap sak, kalau ndak sedap masak la sendiri. Ada hotak kan. Pakai tu! Bukan letak dilutut."

Eeeiii sakit hatiku bah. Hahahahaha

Tapi aku simpan sak la ayat-ayatku tu bah. (Siapa makan cili dia terasa pedasnya)

Sepanjang 3 hari tu, aku dan c tika terpaksa mengemis ke ranjer puteri untuk makan . Macam sepanjang hari tu, aku makan biskut oat sak tau. Bagus c dila ni dapat makan lagi dia . Huntunglaa.


(Berteduh, sebab terlampau panas.)

But overall, it was just a memory that I will never forget it.
Banyak la aktiviti kami buat. Mau senarai semua pun sampai bila x habis. Gambar pun sikit sak. Bukan banyak.

Kesimpulannya, perkhemahan di Pulau Buta ni boleh dikatakan memuaskan untuk aku lah. Walaupun banyak yang tidak bestnya yang berlaku di sana daripada bestnya. Still inilah kenangan yang terus diingati dan akan ku kongsi kepada kamu.

Jadi sebelum penghujung cerita hari ni. Di bawah ni gambar-gambar  waktu di pulau Buta.
Enjoy and thanks for reading .


















PART 2 pula sambungan cerita untuk konvo..
Stay tuned.






































































Friday, 5 January 2018

AM I THE TROUBLE?

Assalammualaikum w.b.t.

Dear blog buruk...

Today , it is really bad day for me at the school.
IDK why.. maybe I think it to deeper, I guess...  But really, I really hate this day. SOOO MUCH!

Kejadian ini berlaku masa waktu pdp selepas sahaja waktu mata pelajaran sejarah.

Pagi tu, mood aku memang HAPPY dan dalam masa yang sama aku teruja sangat mau hantar kerja rumah yang tc (dot dot dot) bagi kelmarin. Sepatutnya kerja tu kena hantar kelmarin. Tapi memandangkan aku dan 2 org lagi hamba Allah tu tak ada bawa buku lebih untuk subject (dot dot dot) . Jadi tc tu suruh la hantar esok - today- .

   Tiba sak di sekolah, aku memang nak hantar awal. But, waktu sejarah mula sudah dan gurunya pun sdh sampai di kelas. Tak kan lah masa tu jugak kau mau keluar hantar buku. Nampak kurang adab di situ bila aku buat macam tu nanti dengan cikgu sejarah kami. Fikir punya fikir .. I DECIDED , lepas sahaja waktu sejarah aku keluar dan hantar.

Done masa sejarah... minta kebenaran dengan cikgu sastera yang berada di luar kelas kami untuk hantar buku sekejap. APPROVE.

Okey
waktu ni lah yang buat aku sangat-sangat MOOD SPOILERS betul.

Time tu aku minta teman dengan sahabat sekelas ku. Soo masuk jer dalam bilik tersebut, nampak cikgu tu duduk dan tak tau la buat apa.. Kami pun cepat-cepatla pergi ke meja nya. dengan harapan yang tinggi seperti gunung everest, aku gagahkan la langkah berjumpa dengan tu tc.

and then,

aku tak tau la tc tu marah ka apa ka.. tapi aku nmpak macam marah... entah apa yang dia cakap sebab terlalu laju tapi yang pasti tu lah, dia NAGGING dekat kami berdua. Aku .. hummm, apalagi ketakutanlaa.. macam tikus, semua satu badan sejuk macam mayat sudah. Kawan ku di sebelah ketawa-ketawa sak (dia sendiri cover takutnya) .

Kalau aku ingat balik aku cakap "forgive me teacher". Sebab dalam kepala ku tc tu marah sebab aku lambat hantar buku.. walhal kan dia sudah bagi excuse tuk hantar keesokan hari. dan d tambahkan lagi perasaan gabrah ku .. Macam langsung aku tak faham terus bahasa yang dia cakap.

yang aku tau aku kena marah......

dan tu tc punya last words sebelum dia keluar "kirim salam dengan kelas kamu".


Hurmmmmmm..... Apalah salahku?

Sebelum kami keluar tu, tc tu pggil sahabat ku ni tuk tolong hantar kertas kuning ke setiap kelas. Kami turuti je lah..

Keluar dari biik tu dan tiba di Kelas UM (urgghh) . Kami trserempak lagi dgn tu tc, dia tengok c kawan ni and then aku. Aku cuba lah senyum paksa even aku masih ketakutan. But what I get it.... i dont wanna talk about it. Its hurt sooo much . :")

Lepas jer hantar tu kertas, kami pun beredar dan masuk ke kelas. Waktu Sastera tu.. sesungguhnya aku tak tau apa yang cikgu tu cakap. Di kepala ku, MOOD HANCUR BERKECAI. Langsung aku tak ingat. Sampai aku cipta my own literature (poem) pasal kejadian hari ni.

Ngokk kan aku??

Lepas tu,aku bercerita la sama si kawan ni .
Si kawan ni explain la..
"mungkin dia salah faham bah tu, kali dia sangka buku tu dihantar tadi pagi sedangkan dia minta kelmarin. Cuma masalahnya kita hantar tu buku dengan dia time balik sudah. Kali pasal itulah dia marah"

yelp... it makes sense.

Tapi.. aku la yang parah dan terkena tempias yang prak prak kan hari ku.

Hurmmmmmmmmmmmmmmm....
sabar je lah.

Dipendekkan cerita, aku terus jadi trauma tau dengan tu tc sudah. Mesti muka ku di "M" / target sudah antara budak-budak bermasalah. Entahla aku..
Apalah salah ku? Salahkah aku membantu keluar kelas hantar buku?

heyyy... semangat ku macam menurun sudah sikit , bayangkan aku punya excited highhh. Gara-gara tu sak, jatuh menjunam ke dalam kerak bumi bah. deii..

Yeah.. yeah.. Aku tau mesti dalam minda dan hati korang yang sedang membaca cerita ngok ni macam...
ishh childish
move on laa tu pun susah
baru kena marah begitu terusla begitu begini
apalaa aku pernah kena marah lagi teruk dari kau
dan

pelbagai lagi lah.

Tapi kena ingat setiap manusia di dunia ni tak sama. berbeza. Ada yang tabah dan ada yang tidak. Aku share ni pun sebab it is my blog.

Jadi kesimpulannya... dalam kejadian hari ni tidak ada yang betul, masing-masing melakukan kesilapan. Termasuk la aku. Dan yang lepas tu lepas lah.. aku tak nak simpan dendam pasal ini sak sampai bila-bila... gila ka apa.. kan?? Biarla Allah sahaja yang tentukan segalanya.

Lepas ni, kalau ada waktunya, aku mau kurangkan bercakap sudah. Aku malas dicakap seolah-olah aku ni minta perhatian manusia. Nanti dijadikan bahan GOSSIP lagi dan nama ku naik lagi di kalangan manusia manusia ni. \

Sabar je lah atika.

Buat kamu yang mungkin ada perangai macam aku ni.... Kalau memang tak boleh handle rasa kekecewaan tu kongsi dengan Allah atau kawan-kawan mu. InshAllah sedikit sebanyak kuranglah tu perasaan marah di hati tu. Kalau tak pun menangis kalau rasa mau menangis. Keluarkannya jangan di pendam.

alright?

Soo i guess thats all for today..

good night..

xoxo aT

I dunno what title to make

Assalammualaikum Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun st...