Wednesday, 7 June 2017

MRS BODYGUARD MR VIP (Chapter 7)

           






Bab 7


Arghh!!! Kenapa aku perlu bertembung dengan this guy again.
I super hate him! Dia boleh senyum-senyum kat aku lagi time tu. Heeee! Nak je aku sumbat mulut dia tu dengan kasut aku ni.

    Rin…? Rin…? Oiiii Rinn?!!!
Wawa menjerit kepada Fahrina apabila melihatnya diam tidak berkutik. Lagaknya sama seperti orang yang kena rasuk.
“huh.? Yee saya. ?” Balas Fahrina seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
“Oiii… jejaka idaman koe tu tengah bercakap dengan kau lahh…. apa yang kau fikirkan dari tadi tu. Boleh pula kau mengalamun…..” Bisik Wawa kepada Fahrina yang masih mamai melihat insiden yang berlaku di depan matanya waktu ini.

“Haaa? Ye ke? aku…. Aku tak perasan… Aku fikir pasal popcorn yang melekat kat shawl aku ni je dari tadi.”
“Yelah tu.. ke.. koe tengah mengelamun melihat jejaka idaman kau tu dengan perempuan seperti model tu.?”
“Ko ni kan! Nak aku cepuk muka kau tu. Boleh pula kau fikir macam tu. ishhhkk..”
“Hehehe… okey okey.. sorry”
“I am not forgive you yet!”
“Alaaa.. Rin.. Sorry .. Please…”
“NOPE!”
“R..in…”

    Belum sempat Wawa menghabiskan kata-kata. Jejaka itu (Aqimi) mencelah perbualan mereka.

“Ehem!”

    Alamak! Dia dah mula bersuara. Barangkali dia dengar perbualan aku dengan Wawa tadi… Apa nak cakap ni ye.. Dah lah aku tak dengar apa yang dia cakap tadi. Habis lah aku.
     “Errr… Sorry disturbing your conversation. But anyway, my ‘’sayang’’ over here need to hurry. Soo, I am very sorry about that. Okey.” Balas lelaki itu dengan lemah-lembut. I mean, bukan lembut macam “Sotong”. No! But.. Panggilan sayang tu. Buat aku prak-prak pula? Eh! nonsense! He’s not my type okey! Geli lah panggil ‘sayang’ Ewww. Rasa mau muntah pun ada.

      Kemudian gadis yang berada di sebelah lelaki misteri itu meminta maaf kepadanya kerana tidak sengaja membuang popcorn beserta kotaknya sekali ke atas kepala Fahrina. Nampak anggun sekali, siapa-siapa yang melihat gadis itu sudah pasti mengukirkan senyuman di bibir disebabkan keanggunannya.

      “Minta maaf tau pasal tadi…” ucap gadis seumpama bidadari yang baru turun dari kayangan. Ceii
      “Errr.. Tak pe.. Aku okey…”
      “Serius? Ermm…” Balas gadis itu dengan nada rasa bersalah terhadap Fahrina.
     “ Yupp! I’m okey. Don’t worry.”
Gadis itu melangkah kebelakang sedikit lalu menarik-narik baju jejaka yang berada di sebelah gadis itu.
     “Abang… Tolong lah aku. Aku dah tak tau nak kata apa ni…!” Bisik gadis itu kepada lelaki itu untuk meminta bantuan.

    Kemudian lelaki itu menjawab “Awak. Sebagai tanda minta maaf, jom ikut kami berdua lunch esok. Okey.” Jawab lelaki tersebut dengan santai.
      “Yupp! Ikut kitorang esok okey. Nanti my “Abang” ni akan ambil awak. Don’t worry. Kitorang tak akan buat apa-apa yang merbahaya pun. Jangan risau”
     
Serius!! Baik gilerr dorang berdua ni. Aku mimpi ke apa?!
dengan nada yang teragak-agak… Fahrina menolak pelawaan mereka berdua dengan lemah-lembut.

      “Ermm..”
      “Okey DEAL! Saya akan ambil awak tepat jam 12.”
      “Ehhhh…. a.k..aku belum habis….ka..n…”
      “Awak tinggal kat mana.. ?”
      “Ar…”

Tiba-tiba sahaja Wawa menjawab soalan gadis tersebut.
       “Dia tinggal kat jalan ni… bla… bla… bla…” dan sehingga lah poskod tempat tinggal Fahrina pun dibagi tau oleh wawa. Perghh! Hafal gila.

Wawaaa!!! Kau memang sengaja kan!!! Fahrina berkata dalam hatinya dengan penuh amarah.

      “Okey set! Soo that’s all. We need to hurry now. See you tomorrow” Balas gadis itu. Lalu mereka berdua beredar dari tempat tersebut dengan agak terburu-buru. Fahrina hanya mampu ternga-nga melihat apa yang telah berlaku sebentar tadi. Sungguh tidak disangka-sangka yang Fahrina telah di bawa makan bersama dua orang ‘’STRANGER’ yang baik hati sungguh.
       Wawa hanya mampu tersenyum girang melihat telatah mereka bertiga. Namun bagi Fahrina……
     “Dah lah Rin, jom balik. Aku tengok ko ni lesu sangat dah ni. Macam-macam dah berlaku kat kau. Kau tunggu kat sini, Anis dan Fatin nanti aku panggil.” Balas wawa tersenyum.
      Fahrina hanya mampu mengangukkan kepalanya.

Kenapalah banyak betul insiden yang berlaku hari ni. Tak boleh ke aku menjalani hidup aku seperti biasa… Terutamanya, Lelaki misteri itu.
Eh! Dia dah ada GIRLFRIEND. soo tak usah nak fikir!! Sudah sudah sudah!

Hurgh… (Mengeluh panjang)


KEESOKAN HARINYA…
12.45PM

    Fahrina sudah siap sedia menunggu kedatangan lelaki itu untuk mengambilnya makan tengahari bersama dengan kekasihnya itu. Sebenarnya, dia tidak mahu untuk menyertai makan tengahari itu. Namun, apabila melihat gadis itu sudah tersenyum girang melihat yang Fahrina akan menyertainya, rasa bersalah Fahrina untuk menolak pelawaan itu.

Tapi.. tidakkah aku menganggu ‘LUNCH’ mereka berdua. Kan mereka kekasih?

Argh!! Aku buntu!
  
BIP!!!!!
     Gadis manis yang sedang mengelamun jauhhhhh! Awak dengar tak?!!

Bukkk!
      Fahrina kembali kepada dirinya yang asal apabila lelaki itu memanggilnya mengelamun. Habis kedapatan dirinya mengelamun jauh. Lalu Fahrina cepat-cepat mematikan lamunannya itu dan dengan keadaan yang malu dia tunduk dan segera masuk ke dalam kereta lelaki itu tanpa di pelawa.
      Alamakkk! Malunyaaaaaa.

      Lelaki itu hanya mampu tersenyum riang melihat telatah Fahrina sebentar tadi. Naif sungguh. But again, she’s still cute,dengan mukanya yang merah tu. Hahahaha. Bisik hati lelaki itu.

     Sepanjang perjalan mereka berdua menuju ke restoran. Mereka berdua senyap sahaja. Krik krik..
     Dan tiba-tiba sahaja… Perkataan ini keluar daripada mulut Fahrina dan memecahkan banteng sepi diantara mereka berdua.

    “Awak… Kekasih awak kat mana? kenapa dia tak ikut sekali?” kata Fahrina malu-malu sambil menundukkan kepalanya . “slang” bahasa dia pun berubah. Hahaha
     Lelaki itu terkejut mendengar kata-kata gadis itu lalu dia tertawa menampakkan baris giginya yang begitu putih itu. Fahrina melihat sekilas lelaki itu dan tiba-tiba hatinya seakan-akan hendak meletup!
     Woii Fahrina kau ni dah kenapa?! Wake up!
     Lelaki itu menghentikan tawanya lalu menjawab soalan Fahrina sebentar tadi.

    “Dia dah tunggu kat Restoran tu awal.” Jawab lelaki itu santai sambil matanya menumpukan perhatian di jalan raya.
     “Kenapa tak ambil dia sekali.?” Balas Fahrina pelik namun soalan itu dibiarkan sepi. Dia marah kat aku ke ? Bisik hati nurani Fahrina.

    Fahrina hanya mampu diam .

   Hahaha… Comel. Biar je la dia macam tu. Lelaki itu tersenyum.
Namun dalam masa yang sama, Fahrina benar-benar merasakan bahang di mukanya akibat pertanyaan cepumas nya itu.
  
Arhhhh!!! Stop it!

Beberapa minit selepas itu, mereka berdua tiba di destinasi yang di tuju.

“Wah!! Serius?! Ni Restoran 5 bintang! Dua orang ni biar betul! Dah lah aku pakai pakaian biasa-biasa jak. Seriusssssss! Macam mau pengsan sak. Apa yang aku buat ni. Ya Allah, malunyaaaaaa.

     “Gadis mengelamun.. Dah habis scan tempat ni ke? Kalau dah jom masuk.” Balas lelaki itu santai. Seperti biasa Ego!
    What?!! He’s calling me “Gadis mengelamun” . Eeeee!! Geramnya aku! Tunggulaa, pembalasan sipitung kau nanti tu. Hmmp!
Fahrina pun dengan pantas mengejar lelaki itu masuk ke dalam restoran mewah itu. Apabila mereka sudah melabuhkan punggung di atas kerusi empuk dan begitu mewah. Tiba-tiba datang seorang gadis ke tempat mereka berdua. Gadis itu sangat cantik sekali. Waktu itu, Fahrina masih tidak perasan yang gadis itu adalah kekasih lelaki yang duduk berhadapan dengannya. Maklumlah, make-up dia, baju dia, kasut high heels dia dah macam artis .

     “Hai korang berdua…” tegur gadis itu.
   Aduhh… dengar suara dia pun dah boleh buat orang jatuh cinta tau. Memang sepadan sangat gadis ni berpasangan dengan jejaka yang berada di depan aku ni. Jealous sungguh! Haahahaha. Bisik hati Fahrina.
    Gadis tersebut duduk bersama-sama Fahrina dan jejaka itu. Lalu mereka menjamu selera .

     Setelah penat tertawa, bercerita sakan. Lelaki itu meminta dirinya untuk ke bilik air dan tinggal lah mereka berdua dan tiba-tiba keluar lagi soalan cepumas Fahrina. Whyy Fahrina?!?

    “Awak dengan dia dah berapa lama?”
    Gadis itu menunjukkan reaksi terkejut.

“Hahaha… Fahrina. He’s not my boyfriend okey. Dia tu abang aku. Hhahaha”
Ucap Fitriey sambil tertawa.

Note: Nama gadis itu adalah Fitriey. Adik kepada jejaka misteri itu.

“Habis kenapa dia panggil awak sayang?”
“Sebab tu memang nama samaran aku. Family aku panggil aku nama sayang. Hhihih”
“ooooo… he he,” Senyum sumbing.

Oii Fahrina… Kau ni dah kenapa.. Mindanya berkata-kata.

Dengan perasaan malu  Fahrina meminta diri untuk pergi ke bilik air juga.

    Hurghh…
    Kenapa aku boleh cakap macam tu kat orang yang baru je kenal. Adoii Fahrina.. Semenjak aku balik sini, macam-macam benda berlaku kat aku. Terutamanya lelaki tu. Entah berapa kali aku terserempak dengan dia ni, ke kitorang berdua memang ada ‘chemistry’…? dan kenapa aku rasakan seolah-olah aku dengan dia dah lama kenal. Eh tak mungkin! Dia baru je kenal kau dan kau baru je nampak dia. Eeeee… Serabutnyaaa!
     “Hurmm” Fahrina melepaskan keluhannya.
     “Lebih baik aku keluar kat tandas ni.”

     Sebelum Fahrina keluar, dia sempat mengoleskan gincu kegemarannya di bibir munggilnya itu dan memperkemaskan pakaiannya serta tudungnya.
Nampak comel, walaupun simple. Setelah sudah berpuas hati dengan penampilannya, Fahrina pun keluar dari bilik air tersebut.

BUKKK!!

    Aduhh! “Heii tak tengok jalan ke apa?!” Bentak Fahrina apabila dirinya dilanggar oleh seseorang. Kenapa manusia zaman sekarang ni buta sangat dah ni? Eeee.. habis satu, satu.
     Namun apabila Fahrina melihat gerangan yang melanggarnya tadi, siapa sangka Lelaki itu lagi. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan Fahrina waktu itu. Baginya dia sudah tidak tahan dengan apa yang berlaku, dia ingin pulang ke rumah. Makan Moist Cake bersama ibunya. Arghhh! Malu teramat dah ni.

     Fahrina tunduk malu dan matanya hanya melihat lantai restoran itu sahaja.
Lelaki itu memberi bantuan kepadanya untuk bangun, namun Fahrina menolak dan bingkas bangun lalu beredar dari restoran itu tergesa-gesa. Lelaki itu hanya mampu melihat perlakuan Fahrina yang secara tiba-tiba itu. Fitriey juga perasan Fahrina keluar dari Restoran itu, mahu di kejar. Tapi dia sudah nun jauh belari keluar dari restoran itu. Fitriey pun segera mendapatkan abangnya itu dan ingin penjelasan atas apa yang telah berlaku.

      “Abang! Fahrina… Dia kenapa? Tergesa-gesa je aku tengok dia keluar. Kenapa??” Tegur Fitriey kepada abangnya yang masih dalam keadaan ‘’blur’’

    “ABANG!!!” Jeritnya.
    “Aa.. ahh yee.. Saya.” balas lelaki itu.
   “Fahrina ?”
    “Okey…. Abang langgar dia tadi masa nak keluar dari bilik air tu. Abang tak perasan pun ada orang berada di hadapan abang masa tu.” Jawab lelaki itu sambil mengaru-garu kepalanya walaupun tidak terasa gatal.
     “Ni mesti tengah syok main handphone lah ni kan?” Teka Fitriey sambil menyilangkan tangannya. Lelaki itu hanya mampu tersengih-sengih. Kenapa.. Sebab tekaan adiknya itu TERamat lah betul dan SANGAT tepat. Rasa bersalah dalam dirinya mula timbul akibat perbuatannya itu.

    “You better go and chase her right now. I think she’s waiting outside the restaurant.”
    “Okey! okey! Fine! I will.”

    Lelaki itu pun keluar dari restoran tersebut dan mencari-cari di mana kelibat gadis itu. Tidak disangka Fahrina masih berada di luar restoran. Kebarangkalian, sedang menunggu Teksi untuk pulang. Bisik Jejaka itu. Lalu dia mendekati gadis itu.
   
    “Ehem! Gadis mengelamun tengah tunggu siapa?” gurau lelaki itu kepada Fahrina.
  
    Alamakkk! Dia lagi. Kenapa jantung aku berdegup kencang ni. Muka aku … rasa panas sangat.. Ya Allah, kuatkan semangat hamba mu ini….
     “Tengah tunggu Teksi lahhh! Nak balik. Lapar…” balas Fahrina dengan nada egonya itu. Tidak mahu dia tewas dengan perasaan dan jantungnya yang sedang berdegup kuat .

     “Aii… kan kita dah makan tadi kat dalam restoran tu? Lapar lagi? “Babat” “ Sekali lagi lelaki itu bergurau namun di hujung ayatnya tadi, amat membuatkan Fahrina jengkel tahap ‘VOLCANO’’.

Dia panggil aku ‘’BABAT’’ !!! Mau kenak lah niii.

     Lalu Fahrina membalas semula soalan Lelaki itu.
     “Apa salahnya. Orang nak makan. Bukan masalah awak pun. And one more thing. Aku babat ke apa ke?  it’s none of your business. Okey.”
 
Eh.. eh.. Egonya dia ni.
     “Oh ye ke. Ermm tak pe lah. Good Luck okey tunggu teksi kat tempat ni. “Babat”. Jangan pengsan sudah!” Balas lelaki itu.
    “Tak kisahhh! Biar sampai tengah malam pun aku sanggup tunggu!”
   “Okey. Whatever. Aku nak balik daripada aku buang masa dengan gadis “Gendut” macam ko ni.”

ZAPP!!!

    Dia ni pehal?! Nak cari gaduh ke apa?!

    “Suhhhh! Pergi jauh-jauh!” Teriak Fahrina kepada lelaki itu.
    “Oh ye! Nanti hati-hati tau kat sini. Sebab…..Eh tak nak cerita lah, nanti ada yang meroyan dekat aku nanti. Soo good bye!”
    “Aku tak takut lah weiiii!” Ucapnya dengan lelaki menjengkelkan itu yang sudah jauh meninggalkan dirinya di luar begitu sahaja.

Tak apa Fahrina…

     “Abang Fahrina mana?” Tanya Fitriey dengan abangnya.
     “Dia dah balik.” Jawab lelaki itu ringkas walaupun sebenarnya dia tinggalkan Fahrina sendirian di luar restoran itu.
     “Dah minta maaf kat dia ke ?” tanyanya lagi .
    “Dah.”
“Ermm.. Yelah abang, sayang nak balik. Bil makanan ni pun sayang dah bayar. See you kat rumah.”

“Okey”

     “Arghh! Kenapa aku mesti berhadapan dengan semua ni… hurmmmm… Dah dekat sejam aku tunggu Teksi kat luar ni. Be strong Fahrina!” Fahrina memberi motivasi kepada dirinya sendiri. Namun ketika Fahrina menoleh ke tepi, Fahrina ternampak kereta milik Fitriey sedang keluar dari Restoran mewah itu lalu dia segera bangun dan dalam hatinya ingin menumpang untuk pulang ke rumah. Namun…. sia-sia sahaja.Dia langsung tidak di pedulikan oleh Fitriey. Fahrina pun duduk semula di bangku. Hatinya punah. Hancur.
Makkkk! Nak balikk.. makan moist cake..

     Tiba-tiba satu lagi kereta muncul. Fahrina langsung tidak mengetahui milik siapa kereta tersebut. Dia hanya duduk memandang kereta mewah itu keluar, tapi yang peliknya, kereta mewah itu menuju ke tempatnya dan apabila kereta itu sudah berada di tepinya. Cermin kereta itu diturunkan dan melihatkan lelaki yang paling dibencinya itu dengan gaya yang poyo sangat lahh.
   
     Ishk.. Dia lagi. Tak habis-habis ganggu hidup aku!
  
     “Hai, gadis “Gendut” . Belum balik lagi ke?” Tanya lelaki itu dari dalam keretanya.
     “Roh aku dah balik. Yang kau nampak sekarang ni Bangkai dia jak.” jawabnya malas. Malas dengan sikap lelaki ini.
     “Ohh ye ke? Patutlah aku bau semacam je dari tadi. Rupanya….” Ejek lelaki itu, tidak mahu kalah dengan Fahrina.
    
ZAPPP!!!
     Sekali lagii !  Ni dah melampau!

       “Kau nak apa! Tak habis-habis ganggu aku ni . Kenapa haa?!” Marah Fahrina kepada lelaki itu. Dirinya seakan-akan sudah hilang pertimbangan sudah. Apa tidaknya, dirinya balik-balik di ganggu.
     
     “Alamak singa betina dah marah lah. Okey lah aku cau. Good bye Gadis Gendut” Balasnya lalu beredar dari tempat itu meniggalkan Fahrina sendirian.

Tak guna punya lelaki! I HATE YOU!!!

    “Aduhh Fahrinaa! Kenapa kau tak cakap elok-elok dan minta tumpang balik dengan dia. Kenapa lah aku ni ngok sangat. Dah lah tempat ni seram semacam je. Biarpun hari siang.” bebelnya.
      Tiba-tiba, lelaki itu muncul semula. Lelaki itu segera memberhentikan keretanya di tepi Fahrina yang sedang tunduk keletihan menunggu di tempat itu.
Lalu, lelaki itu membantunya naik ke dalam kereta miliknya itu dengan cara lembut.
      “Fahrina, dah lah. Aku minta maaf okey. Jom aku hantar kau balik rumah. Muka kau ni lesu sangat dah.” pelawa lelaki itu kepada Fahrina.
“Ermm.. Yelah.! Thanks!"
Fahrina pun bangun dan masuk ke dalam kereta.

      Ketika dalam perjalanan mereka pulang, Fahrina melihat lelaki itu. Dia perasan lelaki itu tersenyum. Manis sangat senyumannya. Mengingatkan dia kepada seseorang. Sampai hati Fahrina yang berasa bak katakan seperti batu pun boleh cair. Jantungnya berdegup kencang melihat lelaki itu senyum. Dalam tidak sedar, Lelaki itu perasan pandangan Fahrina terhadap dirinya. Lalu dia pun senyum dan menampakkan baris giginya yang putih itu.

Waduhh… Aku sekarang dah tewass. bisik hati Fahrina.

ps: Boleh dikatakan suasana dalam kereta tu berbunga-bunga lah. Hahaha! XP

     “Awak tidurlah dulu. Nanti kalau dah sampai saya kejutkan.” Kata lelaki itu, dan sekali lagi dia senyum pada Fahrina.

     Aku tersangat tewas sekarang ni. TEWASS tau tak?!

Fahrina pun tertidur lena di tempat duduknya dan dalam tidak sedar dia sudah pun tertidur di bahu lelaki itu.

      Fahrina…….


I dunno what title to make

Assalammualaikum Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun st...