ASSALAMMUALAIKUM
Alhamdulillah...Syukur ke atas Allah sebab masih berikan kita kehidupan untuk meneruskan perjuangan dalam dunia bayangan ini. Walaupun banyak liku-likunya dalam mengharungi kehidupan seharian, tapi akhirnya.. Percayalah di hujungnya nanti pasti manis semanis kurma . Kann?Hahaha.Mukadimah...(di atas tu) Anyway, dah masuk puasa yang ketiga sudah. Huhuhu dan aku belum kecundang lagi. (Hal kaum hawa.. Tak usah nak sibuk). Kepada pembaca setia untuk Cerpan (Cerita Panjang) Mrs bodyguard mr vip .. Saya nak minta maaf sangat sebab lambat publish bab yang seterusnya.. Maklumlah tak de idea.. N then buzy lagi... Sibuk dengan segala homework dan bla... bla... bla...Tapi, dengan usaha yang teguh. Aku cuba publishkan bab ke-6. Demi pembaca setia. (Walaupun hakikatnya berapa orang jer baca) Soo.. that's all from me.Enjoy the reading.Love from me .. Atikah.
Sambungan....
Bab 6
Dah sampai pun! Hurayy!” Kata Puan Kasmirah.
Pelik. Mama pula yang teruja sangat ni kenapa.? Fahrina berkata dalam hati.
“Oi! Yang Rin mengelamun sangat ni kenapa.? ’’ Puan kasmirah berkata sambil menunjukkan muka berkerut-kerut.
“Huh?! Apa dia mama kata tadi.”
“Tak de apa-apa. Dah cepat nanti lambat pulak jadinya”
Fahrina mengambil begnya dan menyambut salam ibunya yang sentiasa tersenyum lebar.
Setelah hampir sejam penat menunggu sahabat-sahabatnya itu tiba, Wawa, Fatin dan Anis memanggil-manggil namanya seraya melambai tangan ke arah Fahrina. Fahrina hanya mampu tersenyum simpul sedangkan dalam hatinya penat sekali menunggu mereka ini.
Fahrina, Wawa, Fatin dan Anis berada di. Mereka berempat mahu menjamu selera selepas keluar dari kedai buku di tingkat atas. Kelihatan muka-muka kelaparan sudah terzahir di raut wajah masing-masing. Perut pun tidak berhenti-henti berbunyi.
Fahrina hendak menceritakan kepada kawan-kawannya kejadian sebentar tadi di mana dia terserempak dengan seorang lelaki di lebuh raya tadi. Walaupun sudah berkali-kali dia hendak melupakan kejadian tersebut, namun ianya tetap mengetuk pintu hati dan mindanya. Ada baiknya mengisi perut terlebih dulu. Baru ada tenaga hendak bergosip!
Berpusing-pusing mereka berempat di dalam medan selera itu, lagaknya sama seperti lalat, sekejap hendak makan itu, sekejap hendak makan ini. Sudahnya masing-masing keletihan. Mujurlah ada beberapa meja yang masih kosong, lalu dengan sepantas harimau, mereka bergegas menarik kerusi lalu melabuhkan punggung di situ. Fahrinah teringin sekali menikmati nasi kandar. Disuarakan keinginannya itu dan terus kawan-kawannya yang lain turut memesan menu yang sama. Malas hendak berfikir makan apa, gamaknya.
“Rina, aku lantik kau mewakili kami untuk pergi order makanan. Penatlah bertawaf satu food court ni,” ujar Fatin sambil membuat muka kasihan.
Bagi Fahrina, dia tidak kisah. Meskipun dia tahu, itu Cuma alasan semata-mata. Cakap sahaja malas hendak bergerak. Hujungnya, Wawa menawarkan diri untuk temani Fahrina ke gerai makan yang ada menjual nasi kandar itu. Sementara Fatin dan Anis setia menjaga tempat.
Sebaik sahaja sajian sudah berada di depan mata, serupa malaikat lalu suasananya. Baru tahu untuk berhenti berceloteh. Yalah, mulut penuh dengan makanan.
“Wehh! Aku ada benda nak beritahu ni,” ujar Fahrina mencetuskan perbualan.
Wawa, Fatin, dan Anis menatap wajah kawannya itu seperti bersinar-sinar saja wajahnya.
“Apa benda? Berita gembira ke? Ke kau dah nak kawin?” tanya Anis yang sudah meletakkan garpu dan makan menggunakan jari-jemarinya.
“Tadi… aku bumped into somebody masa kat traffic light tadi.”
Ternganga mulut Anis, Wawa dan Fatin seraya memandang sesama sendiri. Seperti tidak boleh tutup sahaja rahang mulut mereka. Mereka kenal Fahrina. Dia bukannya jenis gadis yang propa atau jenis yang cakap tidak serupa bikin. Sudah tentu apa yang dicakapkan Fahrina adalah benar. Untungnya Fahrina!
Apalagi, berlumba-lumba Anis, Wawa dan Fatin hendak bertanya.
“Kau ada bercakap dengan dia, Rin? Soal Anis, lalu menolak ke tepi makanan di pinggan. Kenyang pula tiba-tiba perutnya. Begitu hebat sekali penangan orang tersebut.
“Yup! Aku ada bercakap dengan dia, tapi sekejap je lah. Tu pun disebabkan lelaki tu hampir langgar orang tua yang hendak melintas waktu tu. Ada ke patut?! Dia langsung tak sedar tau orang tua tu nak limpas. Hump! Nasib baik orang tua tu tak apa-apa tau.” telus saja Fahrina bercerita.
“Tapi… bertuahnya kau Rina. Mesti handsome kan?” Tanya Fatin.
“Nope! He’s not my type of boyfriend or husband-to-be okey.” balas Fahrina sambil menyilangkan tangannya tanda protes.
“Eleh! Maka suka lah tu:” sindir Anis kepadanya.
Terus sahaja membuntang mata Fahrina apabila dikatakan seperti itu. Mahu saja di cepuknya si Anis itu.
“Sungguh aku jealous dengan kau, Rina! Aku ni hah.. banyak kali dah kena reject tau. Asal je bawa dating, or bawa berjumpa buat kali pertama. Esok hari dah hilang. Sedih tau….” keluh Anis hampa.
“Dah kebetulan aku ada kat situ dengan mama aku tadi. Bukan sebab dia nak cakap dengan aku pun. Dah, cepat habiskan makan. Lambat pulak kita masuk panggung nanti.”
Fahrina menamatkan perbualan mereka tentang lelaki misteri itu, sengaja tidak mahu dileret-leretkan. Usai makan di medan selera pusat membeli-belah itu, mereka terus menuju ke kaunter tiket wayang hendak membeli tiket yang telah pun dipesan menerusi laman sesawang.
Sebelum masuk ke dalam panggung, Fahrina terasa hendak membuang air. Anis dan Fatin sudah mengambil tempat di dalam panggung, tinggal lagi Wawa saja yang menjadi mangsa untuk menemankannya.
Tidak lama kemudian, muncul Fahrina terkocoh-kocoh mendapatkan kawannya di luar. Wawa terpinga-pinga apabila Fahrina mengheretnya ke sudut yang agak berselindung daripada laluan orang ramai keluar masuk tandas itu.
“Kau ni dah kenapa? Nampak hantu dalam tanda ke apa?” Soal Wawa kehairanan melihat gelagat rakannya itu.
Fahrina menundukkan wajahnya. Bertambah peliklah Wawa dengan kelakuan Fahrina. Kebarangkalian kena sampuk hantu raya kot?
“Weii! Lelaki yang aku cerita tadi tu ada kat sini. Aku nampak dia tadi. Nasib baik dia tak nampak aku.” terang Fahrina sambil melilau melihat kalau-kalau lelaki yang dimaksudkan itu sudah beredar.
“Ada nampak dia?”
“Maksud kau, lelaki yang pakai baju kemeja-T dengan topi tu ke?” balas Wawa selamba.
“Ha’ah! Ada tak???”
“Dia dah masuk pintu yang sama dengan kitalah. Aku rasa dia tengok cerita yang sama.”
“Serius!!!” bentak Fahrina sambil mulutnya sudah terlopong luas.
“Yupp. I’m serious dear. Alaa, tak pe lah. Dia bukannya perasan kau pun. Jangan risau lah.”
“Aku nak balik arh. Ok goodbye. tata titi tutu”
“Eh ! kau jangan nak mengada. Jom!” Kali ini giliran wawa pula menolak tubuh Fahrina. Mereka berdua mencari tempat duduk dalam keadaan samar-samar itu. Anis dan Fatin sudah melambai-lambai ke arah mereka, terus saja Fahrina dan Wawa melabuhkan punggung di kerusi empuk di dalam panggung itu. Popcorn dan air coke yang dibeli, bertukar-tukar tangan. Lagak mereka, seperti mahu berkelah pula.
Suara jeritan penonton menguasai pawagam besar itu sebaik sahaja minit-minit pertama cerita ditayangkan. Wawa hanya mampu menutup kelopak matanya dengan tangan.
“Lebih baik tak payah tengok kau ni. Asyik tutup mata je dari tadi.”
“Hehehe… Kalau macam tu aku nak tunggu siang arh. Siang hantu tak da” balas wawa menyebabkan Fahrina dan Anis terkekeh-kekeh ketawa manakala Fatin menumpukan perhatiannya pada cerita tersebut.
Ketika mereka semua sibuk dengan cerita seram dan apabila tiba di satu babak dalam cerita itu yang boleh dikatakan menyeramkan dan mengejutkan. Tiba-tiba kepala Fahrina sudah ditutupi oleh kotak popcorn yang tidak diketahui asal usulnya.
Apalagi, menjerit marah lah Fahrina di dalam panggung tersebut lalu keluar dari tempat itu. Wawa, Fatin dan Anis pun turut keluar mengejar Fahrina yang sedang mengamuk akibat insiden sebentar tadi.
“Rina. Kau tak okey tak ni?”
“Siapa yang kurang adab tadi pi lempar kotak popcorn kat kepala ko?”
“Kalau dah tahu takut nak nonton, lebih baik keluar je.”
Hurmmm…
Apa salah aku?
“Fahrina bawa bersabar ye. Aku tahu kau marah sekarang ni. Tapi kawal perasaaan kau dulu. Tu yang penting.” Ucap Wawa menenangkan jiwa Fahrina.
Tiba-tiba..
Seorang jejaka dan seorang wanita keluar dari panggung itu juga lalu menuju ke arah Fahrina.
Lelaki itu menyuruh gadis itu untuk meminta maaf kepadanya akibat insiden popcorn . Namun Fahrina berasa pelik, mengapa suaranya macam pernah sahaja dia dengari. Apabila Fahrina mengangkat mukanya untuk berhadapan dengan wanita dan jejaka itu…
Tak mungkin!!!
Dia Lagiii?!!!