Monday, 13 March 2017

Mrs Bodyguard Mr VIP (Chapter 2)

 Assalammualaikum...

   Hey guys πŸ’—
Sebelum tu saya nak minta maaf sangat-sangat sebab dah lama tak publish cerita MRS BODYGUARD MR VIP ni... Tapi tak usah risau hari ni kalian akan dapat membaca sambungan bagi chapter 1 tu.

Minta maaf sangat yer.



     HOPE YOU WILL ENJOY READING IT😍😍







Sambungan ....



           


                Bab 2




   
K enapa apabila dia katakan yang dia sukakan Wawa, aku rasa sedih sangat… Malah aku rasa kecewa sangat-sangat. Aku… rapat dengan dia pun sebab aku dah jatuh cinta dengan dia…

Sabar ya wahai hati… Dia bukan untuk aku, dia dah di takdirkan untuk orang lain dan bukannya aku. Kuatkan hamba mu ini ya Allah..
Aamin.


7:40 AM


   
 Loceng jam berbunyi dengan lantang sehingga membuatkan Fahrina yang sudah mencecah umur 22 tahun terpaksa membuka kelopak matanya yang masih lagi tertutup. Dengan langkah yang lemah dan longlai dia terpaksa mengagahkan dirinya untuk bangun. Tanpa disedari kakinya terpijak benda yang memedihkan iaitu jarum. Sakit! Merana jiwa akibat jarum.
   
       ‘’Mak!!!’’ Jerit wanita itu sambil menyumpah jarum itu dalam hati.
       Tekocoh-kocoh wanita berusia 46 tahun itu menaiki anak tangga dengan sepantas kilat. ‘’Apalagi masalah anak saturang ni? Awal pagi sudah jerit-jerit macam kena kejar hantu je budak nie ni tau’’ bebel Puan Kasmirah sambil membuka tombol pintu bilik anak daranya itu.
       ‘’Mak…’’sayu suaranya kedengaran.
      ‘’Mak tengok nie kaki Rina ni. Rina terpijak jarum mak…’’ Fahrina berkata lagi, kali ini dengan menitiskan air mata kesakitan.
      Puan Kasmirah melihat gelagat anak daranya yang masih berperangai seperti budak-budak terasa geli hatinya. Hampir sahaja terburai ketawa Puan Kasmirah di hadapan anaknya yang sedang merana akibat jarum. Macam mana lah jarum tersebut boleh ada di dalam bilik anaknya. Setahunya tak pernah-pernah lagi dia menjahit di dalam bilik anak daranya itu. Tak ke pelik tu namanya.
     Melihat ibunya menahan gelak, Fahrina membebel dalam hatinya sambil membuat jelingan tajam pada ibunya sendiri.
     Akhirnya, terburai jua ketawa Puan Kasmirah di hadapan Fahrina  kerana tidak dapat menahan gelagat anaknya itu. ’Nurul Fahrina binti Hamid anak tunggal kesayangan Puan Kasmirah. Menunjukkan muka merajuk sambil menjuihkan bibir mungilnya tanda protes.
     ‘’Mak ni… Rina tak main-main ni, Kaki Rin yang sakit ni mak boleh lagi gelakkan. Mak tengok ni…’’ suara Fahrina semakin sayu.
      ‘’Dah merajuk pula. Mari sini mak ubatkan kaki kamu tu.’’
     ‘’Terima kasih mak. Rina sayang mak tau,mama sporting, Yeppi!.’’ Jerit Fahrina dengan melompat-lompat girang.
     ‘’Sudah, dah! Bawak sini kaki kamu tu. Nanti kalau tak diubat boleh jadi lumpuh kaki kamu ni tau’’
    Gulp! Biar betul, tak pernah lagi aku dengar kena cucuk jarum boleh jadi lumpuh. Tapi kalau betul… Tak mungkin! Nanti tak pasal-pasal aku jadi ‘’Si Tempang’’ macam kat drama tu pulak. Oh! No,no,no way. Omel gadis itu dalam hati.
    Melihat air muka anak daranya itu berubah kerisauan, Puan Kasmirah pun tergelak lagi sambil membalut kesan luka akibat terkena cucuk jarum.
    Fahrina perasan ibunya sedang tergelak seorang-seorang dan dengan perasaan yang geram akhirnya gadis tersebut baru perasan bahawa dia sudah terkena dengan jenaka ibunya.
    ‘’Mak ni. Saja kan nak kenakan Rina!’’Marahnya dengan membuat muka comel.
  ‘’Okey-okey mak minta maaf kat Rina. Dah.. Lepas je mandi nanti turun, kita sarapan sama-sama. Mak rindu dengan kamu. Temankan mama ye.’’
   Apabila mendengar suara ibunya yang mula sayu, hatinya tiba-tiba dihempuk rasa  bersalah mendengar ibunya berkata dan segera memujuk ibunya.
  
    ‘’Okey! Rin pun dah lama tak rasa masakan mama. Nanti Rin turun ya, bau masakan mak pun dah boleh bau sampai ke sini.Hi. Hi..Hi. ‘’  gadis itu bersuara lagi.
    Pelik! Macam mana anak aku tu boleh bau masakan aku,sedangkan aku belum lagi masak apa-apa…?Pelik bin Ajaib. Hurm nak kenakan aku lah tu.

 Sekali lagi Puan Kasmirah berkata-kata dalam hatinya.


     Selesai sahaja Fahrina menyegarkan badannya, kemudian dia menuruni anak tangga di rumahnya itu dan menuju ke dapur untuk bersarapan bersama ibunya tercinta.
     ‘’Mama!” Kejut Fahrina sebaik sahaja dia melihat ibunya sedang memasak bihun goreng kegemarannya.
      ‘’Astagfirullahalazim. Fahrina! Terkejut mak tau. Nasib lah ndak gugur jantung mak ni. Dah, dah.. Tolong mak letak Bihun goreng ni di atas meja makan tu.” tegah Puan Kasmirah.
      Setelah Fahrina meletakkan bihun goreng dan segala pinggan mangkuk di susun cantik di atas meja tersebut, lalu Fahrina memanggil ibunya dengan lembut sekali untuk menjamu selera bersama-sama di pagi yang indah.
     Setelah 3 tahun lebih berada di negeri orang, atas tujuan untuk menjalankan tugas yang diarahkan oleh ketua mereka. Fahrina begitu rindu dengan ibunya. Rindu akan segala-galanya yang ada di rumah ini, rumah peninggalan arwah ayahnya yang bernama Hamid bin Mohd Mazlan. Walaupun ayahnya telah meninggalkan mereka berdua, nama rasa rindu, sayang dan cinta tak akan dia lupakan. Kalau bukan kerana ayahnya yang berhempas pulas membiayai yuran pembelajarannya dulu. Tidak mungkin dia berjaya seperti sekarang. Fahrina juga turut perasan yang cara pertuturannya dulu dan sekarang banyak berubah. Dari “slang” anak jati negeri Sabahan dah bertukar sedikit “slang”nya macam orang semenanjung. Walhal, duduk di negeri orang baru 3 tahun. Bukan selamanya.

       Apabila Puan Kasmirah duduk di atas kerusi kayu itu menghadap Fahrina, dia perasan yang anaknya sedang mengelamun jauh. Hati ibu seolah-olah dapat mengagak sesuatu, yang Fahrina sedang merindui Arwah suaminya itu. Tanpa membuang masa ibunya memadamkan lamunan Fahrina dengan memanggil nama penuh Fahrina.
   
       “Nurul Fahrina binti Hamid.” tegur Puan Kasmirah.
      “Aa…aa.a.a.. Ya saya Tuan!” balas Fahrina.

     Ermm… Betul apa yang aku agak, dia ni sekarang sedang mengelamun. bisik Puan Kasmirah dalam hatinya.

     “Hey.. Fahrina, ini mama, bukan Tuan awak . Ishh budak ni.”
    “Oopss! Minta maaf ma…”
    “Kenapa ni.. awal-awal pagi dah mengelamun jauh di Afrika. Cuba kongsi sikit dengan mama?” tanyanya dengan penuh kerisauan.


Diam seketika.

   “Ma… Rin rindu dengan abah. Rindu sangat.” akhirnya anak gadis tersebut meluahkan rasa rindunya yang terpendam dalam jiwanya itu.
  “Mama pun rindu juga dengan ayah kamu. Dia adalah kekasih mama yang paling mama cintai. Tapi kita ni Cuma hamba Allah. Hanya Allah yang berkuasa, dan hanya dia yang tahu ajal dan maut kita ni sayang. Kita sebagai hamba patut redha dengan segala ketetapan yang telah DIA tetapkan. Kena ingat yang Allah lebih sayangkan Abah Rin tau.”

    “Betul tu ma…..” jawab Fahrina ringkas sahaja.
    Melihat gelagat anak seperti itu, dengan segera Puan Kasmirah mengubah topik perbualan mereka dengan mengajak Fahrina untuk menjamu selera.

    “Dah! Mari makan, nanti ndak sedap sudah pula bihun ni kalau sejuk. Mari sayang, makan. Kegemaran Rin tau. Special mama masakkan.”
   “Okey mama.”
   Akhirnya anak beranak tersebut menjamah sarapan mereka dengan penuh selera dan gelak tawa juga turut diikuti bersama.
 
    Alangkah indahnya kalau hari-hari aku seperti ini selalu. Tak perlu memikirkan kerja dunia dan juga dia. Argh!! Lupakan sahaja dia Fahrina. Dia tak akan pernah mencintai mu. Sudah!



10:21 AM


      ‘’Bip-bip’’
Bunyi mesej kedengaran dan Fahrina segera membuka pesanan tersebut.
      
        -Assalammualaikum..Rin awak  free ke..?

 
 Fahrina tersenyum sumbing lalu dia membalas sms tersebut dengan penuh ceria.     Almaklumlah lama tak bersua muka selama 5 tahun. Ini kerana Ain iaitu rakan baiknya semenjak di bangku sekolah telah menyambung pelajaran di Negara matahari terbit iaitu Jepun.
 
     -Waalaikumsalam...Ain! Bila awak sampai kat KK nie..?  Balas Fahrina.
     -Kelmarin..Erm kalau boleh Ain nak ajak Rin lepak kat kedai mamat  malam esok…boleh tak plezz..Rindu kat awak.
    -Erm kdai mamat yang mna 1 ek? Aku dah lupa lah ain..hihihi
     -Ala dekatx2 dengan pantai tue…tak kan kau dah lupa..?

 
     Fahrina diam seketika memikirkan di mana kah tempat yang dikatakan rakan baiknya itu.
Tiba-tiba sahaja, Fahrina tersenyum lagi.   
     ‘’Owh tempat tu aku dah ingat!’’ Fahrina  berkata sendiri sambil melompat-lompat seperti tupai jumpa makanan saja gayanya.
 Lalu Fahrina segera membalas pesanan rakannya itu.

       -Okey nanti aku pergi…jam 9 ek..Assalammualaikum .
       -wslm :-P

I dunno what title to make

Assalammualaikum Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun st...