Friday, 2 December 2016

Mrs Bodyguard Mr VIP (Chapter 1)


              
               Bab 1


“A
wak tahu ke siapa yang buat laporan ni dengan Boss kita si Jazrin tu?’’
        ‘’Tak tahu lah Fahrina. Setahu aku, Arman ada bagi tahu yang misi ni kena dihentikan segera. Sebab kata dorang misi yang koe buat ni bahaya…’’
       ‘’Eh? Aku jalankan misi ni okey je pun. Apa benda yang bahayanya?’’
       ‘’Ermm.. Misi ni melibatkan nyawa orang Fahrina. Memang lah kau siasat misi ni macam misi-misi lain yang koe dah buat. Tapi sebenarnya, majoriti orang yang terlibat dalam kes ni kebanyakan orang yang berpengetahuan tinggi dan berkemahiran dalam menggunakan senjata tau dan…..”
       
       ‘’Nurul Fahrina binti Hamid.!”

       “Kejap weii. Aku rasa Boss Jaz panggil aku lah. Nanti sambung balik cerita kau Wawa’’
        ‘’Ok. Aku doakan kau semoga berjaya keluar dari pejabat ‘’BOSS’’dengan selamat’’
        ‘’Apa kau ni?! Kau doakan aku mati ke apa?!”
        ‘’ Hehe tak de lah. Dah pergi cepat, kang marah pula nanti BOSS kita tu.”
      
      ‘’Nurul Fahrina binti Hamid!!!”
     
       “ Saya tuan!”
       ‘’kau tunggu aku tau.”
       ‘’ Ye, ye.” sambung wawa sambil menjelirkan lidahnya kepada Fahrina

      “ Masuk ke pejabat saya sekarang!”
     ‘’B…b..Ba..Baik Tuan!”
    
     Habis lah aku, bisik Rina dalam hati kecilnya yang mengecil disebabkan ketakutan mendengar arahan daripada Ketuanya Encik Jazrin lalu beredar dari tempat rakan sekerjanya itu dan menuju ke pejabat tersebut dengan segera.


‘’Duduk…’’ pelawa Encik Jazrin.
    ‘’Terima kasih tuan.’’ Balas Rina dengan nada ketakutan seperti tikus mondok.
    ‘’Fahrina.. Adakah kamu tahu kenapa saya panggil awak masuk ke pejabat saya?.”
    “S..sebab…?”
    “Sebab kamu dah buat kesalahan yang amat besar, Iaitu melanggar peraturan ketika menjalankan tugas!” sambung Encik Jazrin kepada Fahrina dengan begitu marah sekali sehinggakan pekerja yang berada jauh daripada pejabat Encik Jazrin  boleh mendengar suaranya dengan lantang dan jelas sekali. Tidak perlu menggunakan alat pembesar suara.
     “Me..m..maafkan saya tuan.’’ jawab Rina dengan menundukkan kepalanya .
     Lalu Encik Jazrin duduk di kerusi empuknya itu menghadap dan melihat Fahrina yang menundukkan wajahnya.
    ‘’ Fahrina, saya dah banyak bagi peluang dengan kamu. Malah misi yang sepatutnya Arman lakukan saya berikan dengan kamu untuk  membuktikan kamu benar-benar layak dalam cawangan di kawasan ini. Tapi lihat, hasilnya saya juga yang harus bertanggungjawab untuk berhadapan dengan Ketua Polis Negara esok, hanya disebabkan perkara yang kamu lakukan ini.” kata Encik Jazrin kepada Fahrina dengan nada agak sedikit bercampur dengan perasaan marah dan kecewa. kemudian Encik Jazrin menyambung lagi.
     ‘’Fahrina, saya terpaksa... singkirkan kamu daripada menjalankan tugas ini .”

“T…t.Tapi tuan? Saya dah banyak kumpulkan maklumat tentang misi ni dan saya menjalankan tugas ini mengikut protokol yang telah diberikan. Mengapa saya harus disingkirkan Tuan?!” Tanya Fahrina kepada ketuanya itu dengan begitu marah sekali.
     “Fahrina, Cukup! Saya tidak mahu perkara seperti ini dibesar-besarkan. Terima sahaja apa yang berlaku ini. Baiklah itu sahaja. Awak boleh keluar.”

     “Tuan…Tuan tak akan pernah hargai apa yang telah saya lakukan. Baiklah, terima kasih tuan.” Kata Fahrina dengan penuh rasa kekecewaan dalam hati lalu bingkas bangun dari tempat duduk itu dan menuju keluar. Namun ketika Fahrina keluar dari pejabat tersebut. Tiba-tiba, Encik Jazrin memanggilnya semula.

     ‘’ Saya akan berikan kamu tugas yang baru mulai Khamis minggu depan. Jadi, esok jangan pula tak datang .”
     “Hmmm… Baiklah Tuan’’jawab Fahrina lalu dia menutup pintu bilik Encik Jazrin.

      Sebaik sahaja Fahrina keluar dari pejabat tersebut, hatinya masih berasa sakit dan kecewa atas apa yang telah berlaku. Malahan dia tidak henti-henti mengomel dan memaki hamun dalam hatinya ke atas orang yang telah membuat laporan itu . Jikalau boleh mahu sahaja dia memberikan tumbukan kepada orang itu.
      Setelah tiba di tempat bilik kerjanya itu, tiba-tiba Armina rakan sekerjanya mengetuk daun pintu biliknya.

Masuk! ujar Fahrina.
      ‘’Awak okey ke tak?’’ Berkata Armina dengan nada selamba.
      ‘’ Okey…” Jawabnya.
    ‘’ Rina. I just nak bagi tahu u, yang misi ni dah diberikan dengan aku tadi. ‘’
   ‘’Misi apa?”
   “Misi berkaitan penjualan senjata haram yang baru tu ‘’ jawab Armina.

       Tiba-tiba, hati Fahrina terluka  kembali malah lebih teruk dia terkejut bagai nak gugur jantungnya apabila mendengar apa yang dikatakan sebentar tadi oleh Armina.
      
Mereka diam seketika…

      “Kau boleh tak keluar?!” arah Fahrina.
      “Haih? kenapa. Sakit hati ke cik sayang oii?”
      ‘’Kau keluar je lah! Arahan aku tu senang je, tak susah. Soo just get out from my room!!” sembur Fahrina sekali lagi dengan Armina.
     
     ‘’Aku tau kau J.E.L.O.U.S dengan aku. Sebab Tugas ni Encik  Jazrin dah beri dengan aku, so aku minta lepas ni janganlah terlalu mengharapkan tugas ni akan kembali kepada kau okey. Opps! And one more thing awak nak tahu siapa gerangan yang buat laporan tu.” kata Armina kepada Fahrina dengan nada sinis sehingga boleh membuatkan cermin bilik pejabatnya retak terbelah-belah menjadi serpihan kecil.

    ‘’Siapa?” tanya Fahrina dengan wajahnya yang begitu serius.

     Armina tidak menjawab pertanyaan Fahrina, tetapi Cuma meninggalkan Fahrina dengan senyuman sinisnya itu dan menutup pintu bilik itu dengan hentakan yang amat kuat

     Aku dah agak ni semua angkara kau Armina!!! Jerit Fahrina di dalam biliknya itu sepenuh hati.

    Fahrina kini ditinggalkan sendirian di dalam biliknya. Lalu Fahrina menekup mukanya yang sudah menitiskan air mata kekecewaan. Dia sudah tidak mampu menahan lagi perasaannya. Cuma itu sahaja cara yang boleh melegakan jiwanya.Tidak lama kemudian, rakan sekerjanya masuk ke dalam biliknya dan terkejut melihat keadaan Fahrina yang menangis dengan teresak-esak. Tanpa membuang masa Wawa  segera memeluk erat Fahrina untuk menenangkan hatinya.

     ‘’Wa…..”
     “Ya Rina? Kenapa kau nangis ni. Kau kan seorang gadis yang kuat. Macam mana kau boleh menitiskan Air mata …’
     “Wawa rupanya Armina yang buat laporan tu kat Boss kita… “ balas Fahrina dengan nada yang tersekat-sekat.
      “Apa?! perempuan bedebah betul! Kalau aku jumpa dia kat luar memang habis aku kerjakan dia. Hishhh! Geram pula aku dengar.”
     ‘’Tak mengapa lah Wa..Barangkali ni adalah balasan untuk aku atas segala perbuatan yang telah aku buat kat dunia ni.” sambung Farihna sambil mengelap air matanya itu.
     ‘’ Sabar ya Rina. kau kena kuat. mana tahu tugasan baru yang akan diberikan dengan kau ni lebih baik dari itu.?”
     ‘’Huh? Dari mana kau dapat tahu yang aku ada tugasan yang baru.?”
     “Adalah…. hehehe”

      ‘’ Hurmmm…Betul cakap kau tu.”
      “Sabar je tau. Allah tu Maha Adil.. Dah lah, jom kita pergi surau kat tingkat 3 tu. Lagipun dah masuk waktu dah ni. Jom!”
     “ Okey Wa, thanks’’
     ‘’Your most welcome’’

     Mereka berdua beredar dari bilik tersebut dan pergi ke surau dan menunaikan solat Zohor bersama-sama. Selesai sahaja mereka beribadah, ketika berdoa sempat juga Fahrina menyisipkan permintaannya untuk menjadikan dia lebih tabah di dalam doanya kepada Allah. Siapa sangka, hatinya yang tadi membakar kini sudah terpadam, dan kini ketenangan pula mengetuk pintu hatinya.
     Usai menunaikan solat, ketika Fahrina memakai kasut hitamnya itu dan berdiri tiba-tiba bahunya dilanggar begitu kuat sekali sehinggakan dia jatuh terkulai di atas lantai. Fahrina bangun dan melihat apakah yang melanggarnya tadi. Namun ketika cuba melihat benda tersebut, mulut Fahrina terlopong luas kerana ianya bukan benda tapi seorang jejaka yang memakai kaca mata hitam dan bertopi kelabu sedang melihatnya sambil tersenyum manis padanya.
     Tapi Fahrina tidak semudah itu cair dengan senyuman jejaka itu lalu dia bangun dan meminta lelaki itu ke tepi. Baru sahaja aku hendak merasakan ketenangan dlam jiwa, tapi malangnya ada pula yang buatkan aku hilang mood! bisik hati Rina.
  
    ‘’Cik, minta maaf ye.’’ kata jejaka itu sambil memberikan Fahrina senyuman.
    ‘’ Hump! Jalan tu Encik pakai mata. Jangan pakai lutut boleh tak?!. Apa guna yang mata yang di beri kalau tak digunakan. Lain kali jalan pakai mata bukan lutut. Sekian
terima kasih. Ke tepi!!” Marah Fahrina dengan jejaka itu lalu membiarkan jejaka itu sendirian di luar surau tersebut.
  Garangnya dia. Tapi comel… bisik hati jejaka itu..

Mrs Bodyguard Mr VIP





karya

Nor Atikah Mona Montilla







               Prolog



A ssalammualaikum sayang…
Maafkan abang sebab tak bagi tau Rina yang abang keluar kerja awal hari ni.
Jangan risau, Mira ada dengan abang. Abang bawa dia ikut hari ni, lagipun abang tahu Sayang ‘’Buzy’’ … Soo , Sayang tak payah nak risaukan Mira ok. Sarapan abang dah siapkan. Kegemaran Sayang.

Ok lah sayang, abang ada meeting ni. Kalau ada apa-apa hal ‘’Just Call me’’

I love you. . .



       ‘’Tak sangka pula, awal juga dia bangun hari ni. Biasanya laki aku ni liat betul nak bangun. Tak pe lah, yang penting dia dah berubah.’’ Bisik gadis itu sambil tersenyum hingga ke telinga melihat pesanan itu lalu bingkas bangun dari tempat tidurnya menuju ke bilik air.
        Baru sebulan kedua-dua pasangan suami isteri itu menduduki rumah banglo yang terletak sedikit jauh dari Bandar Metropolitan Kuala Lumpur yang sentiasa tidak pernah lekang dengan manusia di sana.
        Walaupun sudah hampir 5 tahun mereka berdua bergelar suami dan isteri malah mereka juga mempunyai seorang anak perempuan yang berumur 3 tahun , namun cahaya kasih sayang diantara mereka berdua masih tidak pernah hilang dalam diri mereka berdua.
        Suami bagi si isteri tersebut cukup melayani dia bagaikan pemaisuri, sentiasa mengambil berat dan menyayangi dirinya. Baginya suaminya itu benar-benar membuat dirinya bagaikan di awangan yang terbentang luas.
        Siapa sangka, dahulu dia yang terpaksa menjaga suaminya itu. Tapi kini sudah bertukar pula angin.


      ‘’Alhamdulillah, segarnya badan kalau dah mandi awal pagi macam ni… Yess! Aku pasti hari ni akan jadi hari yang amat mengembirakan sekali dalam hidup aku. ‘’Dinner Date with my Beloved husband’ Yahooo!.’’ kata gadis itu melompat-lompat seperti tupai sambil mencari-cari pakaian yang sesuai untuk dipakai malam hari.
      Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi dengan mengumandangkan lagu nada dering kegemarannya “Me and My Broken Heart’’ oleh kumpulan Rixton, dengan Sepantas mungkin dia mencapai telefonnya yang berada di atas tilam yang empuk itu.




      ‘’Assalammualaikum… Rin tunggu je abang, maybe abang balik lambat sikit. Ada kerja yang belum siap lagi ni.’’ jawab si suami tercinta itu.
      Menghela nafas. Kemudian gadis itu menjawab.
      ‘’ Waalaikumsalam, tak apa, Rin akan tunggu abang. Tapi Mira macam mana? Rin risau… Mira mana abang? Rin nak cakap dengan dia kejap.”
     ‘’ Jangan risau sayang. Mira ada kat sebelah abang je ni, tengah main-main dengan handphone dia. Jap! abang bagi dengan Mira…   Mira sayang, Ibu nak cakap dengan Mira. Mari sini kejap.”
       Kedengaran suara si suami itu memanggil anak kesayangannya itu ketika dalam panggilan sudah membuatkan gadis itu rindu dan bersyukur kerana anak emasnya itu masih selamat di pangkuan Ayahnya.
        ‘’Ibu? Ibu? ibu?’’
Tiba-tiba lamunan gadis itu terpadam lalu kembali ke realiti.
       ‘’ Ya sayang. Mira okey tak ni? Ibu risau dengan Mira. Mira dah makan? ‘’ tanya gadis itu dengan penuh kerisauan.
       ‘’Ibu… Mira okey. Mira dah besar lah bu, ayah dah bawa Mira makan tadi kat restoran. Cuma.. Mi.. Mi…’’
      ‘’ Cuma apa sayang?’’ Tiba-tiba hatinya mula berasa tidak sedap. Seolah-olah bakal ada sesuatu yang akan terjadi.
      ‘’Tak ada lah ibu! Ibu dah kena.. Hihihihi.. Sayang ibu!’’
      ‘’Sayang juga Mira. Hati-hati ya sayang. Gigit Ayah Mira kalau Ayah Mira cuba nak ngorat  awek kat ofis tu tau. Okey”
       “Okey ibu! Roger!” kemudian si suami mula mencelah apabila mendengar gadis itu berkata seperti itu. ‘’Mira, bagi ayah phone tu kejap. Boleh?”
Nah ayah.
        Alamak habis lah aku. Dia dengar tak tadi apa yang aku cakap dengan Mira, habislah, bisik gadis itu dalam hati.
       ‘’Sayang… Sayang..”
        ‘’ Ya abang.?’’ gadis itu berkata dengan penuh lemah lembut. Takut nanti ketahuan pula apa yang dia kata tadi.
        ‘’Okeylah sayang. Abang nak sambung buat kerja dulu. Pasal Mira sayang jangan risau, abang dah minta tolong dengan Mak Tok minta tolong jagakan Mira untuk malam ni. So malam nanti abang datang jemput sayang ok…. bye sayang. Assalammualaikum.’’
        ‘’ Oh, okey. bye juga. Waalaikumsalam. I love you.’’ balas gadis itu.
       ‘’Eh! tak pernah pernah sayang cakap I Love you kat abang… Hehehe thank you soo muchh.’’ sakat si suami dengan gadis itu sehingga membuat gadis itu merasakan bahang di mukanya.
       ‘’ Ihh perasan! I love you tu untuk Mira. Bukan abang okey. ‘’
       ‘’Okey fine! abang merajuk dengan sayang 1 minit. Hump!’’
       ‘’ Yalah tu, mengada sangat. Hahaha!’’ gelak gadis itu kepada si suami.
        ‘’ Okey-okey. ok sayang.. Bye.”
        ‘’Bye”.



Bip! punat telefon yang berwarna merah ditekan oleh gadis itu.
       Hati gadis itu masih lagi tidak berasa tenteram selepas apa yang dikatakan oleh anaknya sebentar tadi. Seolah-olah anaknya itu sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya. Tapi gadis itu cuba padamkan perasaan yang tidak baik itu. Takut pula menjadi fitnah akhirnya. Lalu gadis itu keluar dari kamarnya dan menuju ke dapur sambil menyanyi lagu ‘’Fifth Harmony’’ yang bejudul ‘’Work’’.

‘’But you gonna to work.. work.. work.. work.. work” gadis itu menyanyi dengan penuh kesungguhan. Nasib baik aku ni bukan artis, kalau tak dah Lama aku buat album sendiri. Mana tau boleh masuk GV yang seterusnya ke.. kan? Hahaha.
Lawak.



    08.32 PM.


     Gadis itu cepat-cepat menguncikan pintu rumah di hadapan kemudian di belakang rumah. Takut nanti ada yang dipecah masuk.
    Ketika gadis itu sedang menghala keluar daripada rumah banglo itu, dia menunggu di hadapan pagar itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Lalu dia segera menjawab panggilan tersebut dengan penuh rasa ria riang di dalam hati. Panggilan itu datangnya daripada suaminya yang amat dia cintai sepenuh hati.


     Punat butang hijau ditekan.


‘’Assalammualaikum. Abang.. Rin dah kat luar rumah ni. Abang kat mana?” tanya gadis itu .
      ‘’ Waalaikumsalam… Minta maaf ya…… Puan ke isteri kepada pemilik telefon ini.?’’ balas lelaki yang tidak diketahui itu.
     ‘’ Ya. Sayalah isteri dia. Kenapa ya Encik? Boleh saya bantu? dan boleh saya tanya kenapa telefon suami saya ada dengan Encik? Suami saya di mana? Saya nak bercakap dengan dia sekejap? Tolong Encik? Kenapa Diam? Encik cakaplah? Mana dia?”. Jawab gadis itu bertubi-tubi dan hatinya mulai resah dan tidak keruan.
      ‘’Puan… (Diam sebentar) Puan, suami puan kemalangan…. Sekarang ni dia kat dalam hospital. Bahagian ICU dan masih tidak sedarkan diri…’’ jawab lelaki itu dengan tergagap-gagap.


Gadis itu mulai merasakan jiwanya bagai ditusuk sebilah pisau yang amat tajam.

      ‘’Tak mungkin! Ini semua tak mungkin!!! Ini semua mimpi aku je… Aku… Aku…
 tak percayakan kamu! Kamu penipu! Suami aku mana?!! Aku nak dia! Tolonglah Encik jangan permainkan saya… Encik tau ke yang hari ni hari yang paling bahagia untuk aku! Encik tolong faham! Jangan tipu saya!!!” Jerit si gadis itu dengan penuh  marah. Namun dalam pada masa yang sama, matanya sudah mula menjatuhkan buti-butir air mata tidak henti-henti. Hatinya bagaikan diremuk dengan begitu kuat sekali malah jiwanya sudah tidak dapat dikawal dan menjadi mula tidak keruan bagaikan orang yang sudah hilang akal dan fikiran.
  

     Apa dosa aku kepada-Mu Ya Allah…. Jawablah pertanyaan ku ini Ya Allah. Tolong hamba mu ini ya Rabb. Tolong lah….
      ‘’Puan bawa bersabar. Puan…?!’’ pertanyaan lelaki yang tidak dikenali itu tidak lagi berjawab dari gadi itu.



  Astagfirullahallazim…Ya Allah, Rina!
     Rina?!
     Rina?!


 ‘’Mak….? Abang Farhan…..Abang Farhan…..’’
“Sayang anak ibu… Farhan kenapa? Rina kenapa ni???”


(Diam sebentar)


‘’Abang Farhan accident mak……”

Tiba-tiba sahaja gadis itu terkulai jatuh di pangkuan ibunya dengan keadaannya yang pucat dan lesu.
Dunianya kini menjadi pudar dalam gelap gelita.




Rina!
Rina!
Rina!!!



......

I dunno what title to make

Assalammualaikum Lately, aku terlalu sibuk dengan assignment yang bertimbun banyaknya. Selepas sahaja 2 minggu home quanrantine kelas pun st...